Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dandan kucing di pasar jadi lebih cantik, kenangan paling manis

    Dandan kucing di pasar jadi lebih cantik, kenangan paling manis

    By November 2, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KECINTAAN Anas dalam dunia dandanan kucing telah tumbuh sejak usia 15 tahun.

    MINAT Anas kepada dandanan kucing telah tumbuh sejak dia berusia 15 tahun.

    Ketika itu dia bekerja sambilan di sebuah pasar untuk mencari wang tambahan bagi membantu keluarga.

    “Pasar adalah lokasi popular tempat orang membuang kucing. Sedih dan menyayat hati melihat keadaan haiwan itu sangat kotor, tidak terjaga dan ada yang sakit. “Saban hari jumlahnya semakin bertambah.

    “Saya cuba membantu kucing-kucing itu dengan memberinya makan, merawat dan membersihkan.

    “Melihat minat saya kepada kucing, ayah kepada seorang sahabat menawarkan kerja sambilan di kedai haiwan miliknya dan di sinilah saya belajar untuk mendandan kucing,” tuturnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cat groomer bukan sekadar mandi, cantikkan kucing

    Dengan kemahiran dan ilmu yang dimiliki, dia mula mendandan kucing-kucing di pasar itu dan akhirnya ramai yang membawa pulang untuk dibela.

    Jinakkan kucing agresif

    Itu adalah detik termanis dalam hidupnya dan menjadi titik tolak kepada kecintaannya kepada kucing dan kerjaya sebagai pendandan kucing.

    Kini, Anas menawarkan khidmat dandanan kucing di Kaka Cat House yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

    “Saya dan isteri membuka Kaka Cat House pada 1 Januari 2022 yang menawarkan perkhidmatan dandanan dan hotel kucing.

    “Sekarang saya masih lagi bertugas sebagai pengurus kilang dan waktu kerja yang agak fleksibel membolehkan saya melakukan tugas dandanan ini,” katanya yang turut membela 23 ekor kucing.

    Anas banyak berkongsi aktivitinya mendandan kucing di platform TikTok yang kini diikuti seramai 258,000 orang.

    Ramai yang terpegun melihat cara Anas menjinakkan kucing yang garang dan tersangat agresif.

    Tugas pendandan kucing tidak mudah dan berbahaya. Jika tersilap langkah serta terleka, ia boleh mendatangkan kecederaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sarang burung paling ‘gila’, bukti kepintaran gagak dan murai

    Bagi keseluruhan proses dandanan, Anas mengambil masa dua hingga tiga jam untuk seekor kucing bergantung kepada kerjsama yang diberikan, tahap stres dan agresif.

    “Kucing mempunyai ragam dan karakter yang berbeza-beza, maka cara untuk mengendalikannya juga tidak sama. Kita perlu tahu tingkah laku dan psikologi kucing.

    Cabaran cat groomer

    “Pendandan kucing perlu sentiasa berhati-hati kerana kucing akan bertindak agresif jika berasa tidak selamat dan dalam sekelip mata kecederaan boleh berlaku.

    “Saya pernah digigit dan dicakar kucing sehingga terpaksa menerima lapan jahitan,” ceritanya.

    Tambah Anas, paling berisiko jika perlu mengendalikan kucing jalanan kerana kukunya tidak akan dipotong; ia adalah senjata untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, pendandan kucing perlu sentiasa berjaga-jaga.

    Sepanjang menjalankan tugas sebagai pendandan kucing, dia tidak boleh melupakan peristiwa menerima tetamu yang jauh dari Terengganu.

    “Pemilik kucing ini meminta bantuan saya untuk menyelesaikan masalah bulu bergumpal yang sudah dialami selama setahun.

    “Kucing ini menanggung kesakitan kerana bulu itu sudah menarik kulitnya dan menyebabkan jangkitan kulit yang serius di bawah gumpalan tersebut.

    “Kucing ini sangat garang kerana dahulu ia dibela oleh arwah ayahnya dan cara yang biasa veterinar akan lakukan adalah kucing perlu ditidurkan untuk menggunting bulu tersebut,” katanya.

    Terang Anas, kucing tersebut sudah tua dan boleh meragut nyawanya jika diberikan anestetik.

    Kursus tertinggi

    Sehubungan itu, kepakarannya sebagai pendandan kucing sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu menidurkan kucing.

    Menggunakan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, Anas berjaya ‘menundukkan’ kucing yang garang itu dan menggunting bulu kucing itu dengan gaya potongan singa bagi memudahkan kulit yang tercedera itu dirawat.

    Anas tidak lokek berkongsi ilmu dan dia juga sering dijemput untuk memberi tunjuk ajar cara dandanan kucing.

    Besar harapan Anas untuk memantapkan lagi kemahiran tertinggi sebagai pendandan kucing dengan mengikuti kursus di Institut Dandanan Kucing Kebangsaan (NCGI) di Amerika Syarikat yang membolehkannya diiktiraf sebagai Feline Master Groomer.

    Pengiktirafan itu juga membolehkannya menubuhkan akademi dan melebarkan lagi sayap dalam kerjaya ini.

    Pun begitu, kosnya bukan sedikit. Dia perlu sediakan sekitar RM45,250 hingga RM62,892 bagi kursus, latihan dan peperiksaan selama 14 minggu. – RELEVAN

    cantik cat groomer featured kucing
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.