Facebook Twitter
    Trending
    • Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital
    • Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial
    • Belanjawan 2026: RUU pekerja gig
    • Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan
    • 6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu
    • Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta
    • Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?
    • Perkasa semula program keusahawanan 1K1P
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

      October 17, 2025

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025
    • Kewangan

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025
    • Pendidikan

      Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

      October 17, 2025

      6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

      October 15, 2025

      Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

      October 15, 2025

      Pernah tertanya kenapa bau hujan buat kita tenang?

      October 15, 2025

      Belanjawan 2026: PLKN sedia bentuk generasi pelapis negara

      October 13, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Inisiatif Payung Rahmah, STR dan bantuan kewangan lain

    Belanjawan 2024: Inisiatif Payung Rahmah, STR dan bantuan kewangan lain

    By October 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PELBAGAI program di bawah Payung Rahmah diteruskan dan diperkasa dalam Belanjawan 2024. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INISIATIF Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan dan diperkasa dalam Belanjawan 2024.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Payung Rahmah akan diteruskan pada tahun hadapan dengan peruntukan RM200 juta.

    Antara inisiatif yang bakal diteruskan ialah Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah yang akan akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

    “Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan harga jualan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober.

    Inisiatif Payung Rahmah diletakkan di bawah Ikhtiar 8 Belanjawan 2024: Melindungi Kebajikan Rakyat yang memperuntukkan keseluruhan RM58.1 bilion untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan.

    Kata Anwar, hampir 50 peratus peruntukan tersebut adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan untuk manfaat rakyat.

    “Umpamanya, RM225 juta disediakan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, gas petroleum cecair, tepung, beras dan minyak masak ke kawasan desa serta pedalaman di bawah Program Community Drumming.

    “Program ini akan diperluas ke kawasan baharu, antaranya di zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerebai, Mukah, Sarawak,” katanya.

    STR dan SARA

    Pemberian tunai kepada rakyat melalui Summbangan Tunai Rahmah (STR) juga ditingkatkan dan ditambah baik. Menurut Anwar, ini merupakan hikmah penyasaran semula subsidi yang dijalankan kerajaan.

    Berikut merupakan penambahbaikan yang dibuat pada 2024:

    • Pada 2024, pemberian STR akan memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
    • Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus, iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
    • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.
    • Kadar minimum STR untuk golonmgan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
    • Untuk 2024, bayaran pertama STR yang biasanya RM300 dinaikkan kepada RM500 yang mungkin akan disalurkan sebelum Ramadan.
    • Permohonan baharu akan dibuka seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Bayaran pertama sehingga RM500 mungkin akan dibuat pada Februari 2024.

    Kerajaan juga telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun ini dengan mengkreditkan RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan ke dalam myKad 200,000 penerima STR.

    Melalui sumbangan tersebut, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit dan menggunakan myKad untuk membeli keperluan asas.

    Kata Anwar, mengambil kira maklum balas yang amat baik, kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 untuk tempoh 12 bulan.

    Hasil jualan nombor plat khas

    Pada 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion.

    Jelas Perdana Menteri, ia akan memberi manfaat kepada lebih 450,000 rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

    Malah, beliau turut mengumumkan perluasan syarat kelayakan yang kini selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023, iaitu RM1,198 sebulan.

    Sementara itu, sebahagian pendapatan yang diraih hasil penjualan nombor plat khas juga akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan melalui tiga cara, iaitu:

    • Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia dari keluarga kurang mampu.
    • Sebanyak 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak dibekalkan untuk diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
    • Meneruskan ikhtiar FLYsiswa, iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar. Ia diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar dari keluarga kurang mampu.

    Perlindungan sosial

    Kerajaan juga akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya. Terdapat lima penambahbaikan yang akan dibuat, iaitu:

    • Kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta. Perdana Menteri berharap syarikat pengendali akan menanggung baki 10 peratus caruman bagi pihak pekerja gig.
    • Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup.
    • Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun, terhad kepada RM3,000 seumur hidup.
    • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta, memanfaatkan lebih 400,000 suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.
    • Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan dua peratus caruman KWSP syer pekerja kepada suami.

    Menurut Anwar, kerajaan juga akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman Perkeso daripada RM5,000 kepada RM6,000. Peningkatan itu akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka.

    Malah, katanya, akaun ahli KWSP juga akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

    “Akaun fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa,” katanya. – RELEVAN

    artikel pilihan Belanjawan 2024 featured kewangan Sumbangan Tunai Rahmah

    Artikel berkaitan

    Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

    October 17, 2025

    Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

    October 17, 2025

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    October 16, 2025

    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    October 16, 2025

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025

    Galileo Galilei, saintis yang mengubah cara manusia melihat alam semesta

    October 15, 2025
    Artikel Terkini

    Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

    October 17, 2025

    Kebebasan bersuara bukan lesen meluah sesuka hati di media sosial

    October 17, 2025

    Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

    October 16, 2025

    Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

    October 16, 2025

    6 fakta tentang Lemon Law yang anda perlu tahu

    October 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.