Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cerita dua toko kecil di tengah bandar besar

    Cerita dua toko kecil di tengah bandar besar

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEDUA-dua kedai milik Sue Emoqwin (kiri) dan Benz Ali terletak di Tingkat 2 Wisma Central. - GAMBAR SADDAM YUSOFF/UTUSAN

    INDUSTRI buku menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara. Kerja menulis, menyunting, mencetak, mereka letak sehingga menjual buku mewujudkan pekerjaan malah memberi keuntungan kepada pemilik setiap tahun.

    Itu manfaat yang ‘seksi’ dalam ekonomi: menyumbang wang, mencipta pekerjaan dan membawa keuntungan.

    Dari segi ilmu, ia lebih unggul. Buku menjadi alat untuk menyebarkan ilmu, mempropaganda agenda dan mengagih manfaat seni.

    Tanpa buku, ketamadunan luput bersama jasad pemikirnya. Rantaian pengetahuan terputus dan kemajuan menjadi mustahil.

    Seperti industri lain, buku juga punya ekosistem yang bergerak dalam kitaran. Setiap komponen ekosistem memainkan peranannya tersendiri; seperti cakera-cakera gear yang saling memerlukan, termasuk cakera kecil.

    Sebab itu Relevan mahu memperkenalkan kepada anda pemain-pemain kecil dalam industri buku negara. Sumbangan mereka terhadap berbilion wang yang mengalir dalam industri mungkin kecil tetapi manfaat ilmu yang digerakkan sangat signifikan.

    Di bangunan lama

    Di hadapan Avenue K, hanya beberapa langkah sebelum sampai KLCC, ada bangunan lama yang menjadi tumpuan pada waktu makan tengah hari. 

    Pengunjung biasa akan nampak 7 Eleven dan kedai nasi kandar di luarnya. Tiada apa-apa menarik yang boleh mengundang kita masuk.

    Tetapi dalam bangunan lama itu ada dua permata yang kilaunya tak jauh tetapi sangat berharga. Dua toko pedagang buku. Dua ruang mengandung ilmu.

    Tokosue dan Toko Buku Rakyat: kedua-duanya memilih untuk duduk dalam perut Wisma Central. Letaknya di tingkat dua, hanya terpisah beberapa langkah.

    Kedua-dua kedai ini memilih untuk berdagang buku secara fizikal ketika jualan secara langsung di TikTok atau Shopee lebih mudah dan menguntungkan. 

    Menjadi alternatif

    Benz Ali, sosok lantang dunia buku mula membuka Toko Buku Rakyat di Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail sebelum dipaksa berpindah. Wisma Central menjadi rumah kedua kedai buku yang menyajikan bacaan-bacaan radikal dan serius itu.

    Sue Emoqwin yang mengendalikan Tokosue juga pernah terpaksa berpindah tetapi hanya berpindah tingkat. Kedai itu awalnya di tingkat satu.

    Kedua-dua kedai buku itu menawarkan bacaan yang berbeza. Cuma mereka diikat satu sifat yang sama, iaitu alternatif.

    Tokosue dan Toko Buku Rakyat menjadi rumah untuk bahan bacaan yang jarang kita nak jumpa di kedai-kedai buku besar. Kebanyakannya diterbitkan penerbit kecil yang tidak mampu cetak buku dengan jumlah yang banyak.

    Di sinilah mereka berfungsi sebagai cakera gear kecil dalam ekosistem buku Malaysia. Cakera kecil dengan kekuatan signifikan, tanpanya mungkin cakera besar lain berkarat tidak berputar.

    Kerana buku-buku dari penerbit kecil selalu menjadi permulaan yang baik untuk menuntun pembaca baharu. Tanpa pemula seperti ini, karya agung berhabuk tak berusik. Perkembangan ilmu menjadi rencat dan toko buku besar tiada yang singgah.

    Dua dimensi sokongan

    Kedai buku yang alternatif dan kecil perlu wujud untuk mempelbagaikan tawaran bacaan kepada rakyat Malaysia. Kita tidak mahu rakyat Malaysia membaca tetapi hanya membaca karya dan pemikiran yang sama.

    Untuk mengekalkan operasi kedai yang tidak banyak buat untung seperti ini, perlu ada sokongan.

    Benz Ali lebih cenderung melihat perspektif sokongan dari kerajaan. Seperti yang pernah dilaksanakan dahulu, baucar buku dan bantuan geran kepada pengusaha buku perlu diteruskan.

    Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembacaan yang lebih didominasi penerbit dan kedai buku kecil seperti perbincangan buku serta acara jualan.

    “Ini peranan sesiapa yang terlibat dalam industri buku. Ia bukan hanya untuk keuntungan, kita juga membentuk komuniti. Inilah ‘kerja buku’.

    “Kita bukan sekadar jual buku, kita perlu juga beri masa untuk orang membaca. Kalau ada acara, orang tak datang dan kita rugi, tak apa sebab mungkin mereka duduk rumah baca buku yang dibeli sebelum ini.

    “Cuma masalah kalau orang tiada kuasa beli. Kita buat apa pun tak guna kalau orang tak mampu membeli. Kalau kerajaan beri dia RM250 untuk beli buku, dia boleh guna sepenuhnya untuk beli buku. Duit dia yang lain guna untuk beli makan,” katanya.

    Itu antara kelebihan pemberian baucar buku menurut Benz Ali: memberikan kuasa beli kepada pembaca.

    Di pihak Sue pula, dia melihat sokongan daripada pembaca perlu diberikan kepada pengusaha kedai buku kecil yang menyediakan ruang untuk mereka membeli dan membaca buku.

    “Orang selalu meromantiskan pembukaan kedai buku kecil macam ini tapi sebenarnya ia sama macam perniagaan lain. Kita kena kerja keras, berusaha untuk teruskan operasi.

    “Kalau mahu sokong kedai macam ini, belilah apa yang dijual di kedai buku. Bukan sekadar datang nak ambil gambar,” katanya.

    Begitu juga dengan peranan agensi kerajaan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MKBM) dan persatuan seperti Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) yang perlu lebih aktif membantu pengusaha kecil. – RELEVAN

    Previous Article6 makanan ini ‘perisai’ kepada sinaran radiasi
    Next Article 5 tanda pemanipulasian gaslight di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.