Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 makanan ini ‘perisai’ kepada sinaran radiasi

    6 makanan ini ‘perisai’ kepada sinaran radiasi

    By Zubaidah IbrahimOctober 4, 2023Updated:October 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MAKANAN tinggi antioksidan penting untuk melindungi diri daripada sinaran radiasi.

    ISU pembuangan radioaktif ke dalam laut Jepun menjadi perbualan hangat pada ketika ini. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mengamalkan pengambilan sumber makanan berkhasiat bagi melindungi diri daripada kesan sinaran radiasi.

    Menurut Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi, terdapat pelbagai jenis sumber tinggi antioksidan yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah tersebut.

    Berikut beliau kongsikan enam makanan yang tinggi antioksidan untuk diamalkan. Mudah didapati dalam menu seharian kita.

    1. Teh hijau

    “Bahan antioksidan dalam teh hijau dikenali sebagai epigallocatechin gallate (EGCG). Kajian menunjukkan bahan EGCG boleh kurangkan kesan bahaya yang disebabkan oleh sinaran radioaktif gamma.

    Kajian ke atas tikus dengan memberi minum teh hijau selama 30 hari kemudian mendedahkannya kepada radiasi. Hasil kajian mendapati enzim antioksidan dalam darah meningkat selepas radiasi,” kongsi Suri di Facebook miliknya.

    Selain itu, teh hijau juga kaya bahan khasiat asid galik. Kajian ke atas sampel darah manusia selepas terdedah kepada sinaran radiasi menunjukkan asid galik dapat bantu halang kerosakkan DNA.

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Superbanana’ atasi kekurangan zat makanan dan vitamin

    1. Tomato

    Tomato kaya bahan antioksidan lycopene. Kajian mendapati pengambilan sumber tinggi lycopene dalam kalangan pesakit kanser yang menjalani kemoterapi dan radioterapi membawa kepada hasil yang baik.

    Hasil kajian mengesahkan bahawa bahan khasiat lycopene dalam tomato juga boleh kurangkan kerosakan sel akibat sinaran radioaktif. Selain itu, ia juga boleh tingkatkan enzim antioksidan dalam darah.

    1. Ubi bit

    Ubi bit kaya dengan bahan khasiat betalain. Kajian ke atas tikus menunjukkan pemberian ubi bit selama 30 hari sebelum didedahkan kepada radioaktif dapat turunkan sel darah putih dan tingkatkan sel darah merah.

    1. Bayam, kubis dan brokoli

    Bahan khasiat kaempferol terdapat dalam bayam, kubis dan brokoli. Sumber lain tinggi kaempferol adalah strawberi, anggur dan teh.

    Kajian menunjukkan pengambilan sumber tinggi kaempferol sebelum terdedah kepada sinaran radioaktif boleh kurangkan kehilangan berat badan selepas radiasi. Ia juga boleh mengurangkan kecederaan organ akibat sinaran.

    1. Makanan tinggi antioksidan – Asid Ferulik

    Asid ferulik terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jagung manis, rebung buluh, tomato, beras bran, gandum dan brokoli. Asid ferulik adalah antioksidan yang kuat dan boleh kurangkan radikal bebas.

    Kajian menunjukkan pengambilan sumber tinggi asid ferulik sebelum radiasi dapat menghalang kerosakan DNA dan tingkatkan enzim antioksidan darah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    1. Ambil sumber tinggi antioksidan – Asid Salvianolik

    Chinese sage atau danshen adalah sumber tinggi antioksidan asid salvianolik. Perubatan tradisional Cina banyak menggunakan tumbuhan ini.

    Asid salvianolik adalah antioksidan yang berkesan mengurangkan radikal bebas. Penyelidikan menunjukkan bahawa tumbuhan ini boleh membantu masalah jantung dan melindungi hati.

    Kajian menunjukkan salvianolik memberi perlindungan daripada kerosakan struktur protein akibat radiasi. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan tingkatkan antioksidan dalam darah.

    Justeru, penting untuk kita amalkan makanan kaya antioksidan. Walau bagaimanapun, pengambilan semua makanan ini bergantung kepada keperluan tubuh dan penyakit yang dihidapi.- RELEVAN

    Previous Article5 langkah kejar kerjaya impian
    Next Article Cerita dua toko kecil di tengah bandar besar

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.