Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

    Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

    By Umi FatehahSeptember 18, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja. - GAMBAR HIASAN IKLAN PEKERJAAN/ FARIZ RUSADIO

    PILIHAN untuk menerima tawaran bekerja di mana-mana syarikat tidaklah semuanya mementingkan faktor gaji. 

    Tetapi, tidak dinafikan calon pada masa kini cenderung untuk mempertimbangkan tawaran pekerjaan dari perspektif yang lebih luas namun gaji tetap menjadi faktor penentu yang paling penting.

    Namun begitu, yang menjadi isu sekarang ialah tidak semua iklan pekerjaan menyatakan jumlah gaji yang ditawarkan secara terang-terangan. Perkara ini sudah berlaku sejak berzaman-zaman dahulu.

    Majikan tidak mendedahkan apa-apa maklumat gaji atas pelbagai sebab. Sungguhpun begitu, zaman sudah berubah dan masyarakat sudah lebih cakna. 

    Berikutan isu ini, Relevan mengupas beberapa kelebihan dan kekurangan tidak menyatakan gaji ditawarkan dalam pengiklanan kerja seperti yang dikongsikan di FlexJobs.

    Kekurangan

    • Kehilangan kuasa berunding gaji

    Hal ini kerana apabila majikan sudah menyatakan gaji dalam pengiklanan kerja, ada kemungkinan calon akan membuat rundingan untuk gaji yang lebih tinggi kerana mereka tahu syarikat mampu untuk membayar gaji lumayan.

    Di samping itu, maklumat gaji yang tersedia secara terbuka ini mungkin digunakan oleh pesaing untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi dan menarik minat calon-calon lain.

    • Menetapkan jangkaan tidak realistik kepada calon

    Organisasi juga bimbang jika gaji sudah dinyatakan, semua calon akan menjangkakan angka itu di peringkat lebih tinggi tanpa mengira kepakaran dan kelayakan mereka. Dalam pemberian gaji, segalanya bergantung kepada kemahiran, kelayakan, pengalaman, kepakaran dan faktor-faktor lain. 

    Tawaran gaji yang lebih tinggi biasanya dikhaskan untuk calon yang berkelayakan tinggi sahaja.

    Walau bagaimanapun, apabila maklumat gaji diketahui umum, calon mungkin enggan untuk memohon bekerja kerana kecewa dengan tawaran gaji yang rendah. 

    Walaupun mereka mungkin akan bekerja dengan syarikat tersebut, mereka akan merasakan bahawa mereka ‘menjual’ kemahiran dan pengalaman yang ada pada harga yang murah. Ini akan memeberi kesan kepada produktiviti, penglibatan dan kesejahteraan mental.

    • Pekerja sedia ada mungkin rasa mereka dipandang rendah

    Ia boleh menimbulkan rasa cemburu dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja sedia ada. Jika pekerja semasa mengetahui bahawa pekerja baharu memperoleh pendapatan lebih daripada sewaktu mereka diambil bekerja, mungkin menimbulkan rasa seakan-akan diremehkan.

    Kebaikan

    • Kelebihan berdaya saing

    Walaupun semakin ramai orang menyokong idea meletakkan gaji pada iklan kerja, banyak syarikat masih tidak menyebut gaji dalam iklan pekerjaan. 

    Maklumat gaji yang jelas dan telus juga akan meningkatkan jumlah pemohon. Majikan berpeluang untuk memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik. Lebih-lebih lagi, jika gaji dan faedah cukup menarik, calon yang lebih berkaliber akan mengisi permohonan. Ia akan menjimatkan masa majikan dan menyediakan kumpulan calon berkualiti.

    • Memupuk kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman

    Menyatakan maklumat gaji dalam iklan pekerjaan menunjukkan komitmen organisasi anda untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan kemasukan. Ia juga membantu calon dan pekerja sedia ada memastikan organisasi bertanggungjawab memupuk kepercayaan, kesepaduan pasukan dan komitmen.

    Sebagai contoh, pendekatan menyatakan gaji dengan jelas dapat menggalakkan lebih banyak permohonan daripada wanita dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki.

    • Menarik minat calon yang betul-betul berminat sahaja

    Memandangkan gaji adalah penentu penting pekerjaan, calon yang mengharapkan gaji yang lebih tinggi tidak akan memohon. Oleh itu, calon yang memohon adalah mereka yang telah mempertimbangkan semua aspek peranan dan bukan hanya gaji semata-mata.

    Ini akan mengecilkan kumpulan calon kepada hanya mereka yang sepadan dengan organisasi dan peranan. Syarikat juga tidak akan membuang masa dan dapat menilai calon-calon yang betul-betul mahu bekerja sahaja. Memandangkan gaji sudah diuruskan, ia memberi ruang untuk perbincangan lain seperti faedah, tanggungjawab dan sebagainya. – RELEVAN

    Previous Article10 makanan pencetus migrain
    Next Article Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.