Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    By Umi FatehahSeptember 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKI/PEXELS

    DALAM era digitalisasi kini, kehidupan kita semakin lama semakin bergantung kepada peranti digital termasuklah membeli belah.

    Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja dan tanpa risau waktu kedai ditutup. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk memandu ke pusat beli belah hanya untuk membeli beberapa barang. Semuanya di hujung jari sahaja.

    Menurut Security Intelligence, memandangkan hakikat bahawa individu biasa kini meluangkan kira-kira 400 minit rutin harian mereka untuk aktiviti dalam talian, ia telah membuka pintu kepada individu tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan dalam talian.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita kenal pasti jenis-jenis penipuan kewangan agar kita tidak menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab.

    1. Kecurian identiti

    Kecurian identiti merujuk kepada individu tidak bertanggungjawab mencuri apa-apa sahaja maklumat pengenalan peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

    Mereka akan menggunakan data-data sensitif ini untuk menyamar sebagai anda, mengambil alih akaun bank, membuat pinjaman palsu dan juga melakukan penipuan bank. Sekiranya identiti dicuri dan ada individu yang menyamar sebagai anda, besar kemungkinan segala tindakan yang dilakukan oleh mereka akan memberi kesan kepada rekod bank dan sebagainya.

    Penjenayah mempunyai beberapa pilihan untuk mencuri maklumat sensitif. Mereka mungkin menyasarkan anda dengan serangan pancingan data melalui e-mel, panggilan telefon atau teks yang berpura-pura sebagai daripada bank. 

    1. Penipuan kad kredit

    Penipuan kad kredit ialah salah satu jenis penipuan kewangan yang paling biasa berlaku kerana pencuri boleh menggunakan maklumat kad yang dicuri untuk mencipta kad palsu atau membuat pemindahan atau pembelian tanpa kebenaran dalam talian. 

    Perhatikan sekiranya ada apa-apa transaksi yang mencurigakan pada kad kredit atau penyata bank anda. Pada peringkat awal, mungkin caj dikenakan dalam jumlah kecil sahaja. Penjenayah menggunakan penipuan yang dipanggil carding untuk mengesahkan kad kredit anda sebelum membuat pembelian besar.

    1. Penipuan melalui hubungan percintaan

    Kejadian ini kebiasaannya berlaku dalam platform cari jodoh seperti Tinder, Bumble dan sebagainya. Penipu akan mewujudkan hubungan romantik, memancing menggunakan kata sayang untuk menawan hati mangsa.

    Kemudian, mereka akan mulakan senario sedih atau dalam kesusahan untuk ‘meminjam’ wang daripada mangsa. Mangsa pula, sudah sayang dan jatuh hati lalu sanggup memberi wang kepada mereka. Akhirnya, penipu tersebut menghilangkan diri, tidak dapat dijejak atau mengatakan mereka sudah tidak ada hati lagi.

    Anda boleh menonton dokumentari The Tinder Swindler untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka mencari mangsa dan melakukan kerja-kerja penipuan.

    1. Penipuan derma kebajikan

    Penipuan derma berlaku apabila penipu memujuk orang ramai untuk menderma wang kepada tujuan palsu. Kebiasaannya mereka memancing orang ramai dengan cerita sedih seperti kematian keluarga, kucing dan sebagainya. 

    Penipuan jenis ini sudah banyak kali berlaku di Malaysia. Tidak salah untuk melakukan perkara baik dan menolong orang yang kesusahan, tetapi lebih baik selidik dahulu atau jangan mudah percaya dengan apa yang dikongsikan di media sosial.

    1. Penipuan pelaburan

    Penipuan pelaburan mempunyai banyak variasi, tetapi kebanyakannya mengikut gaya skim Ponzi. Syarikat pelaburan palsu akan memikat orang ramai dengan janji skim pelaburan tanpa risiko dengan pulangan tinggi. 

    Namun, dalam kebanyakan skim Ponzi, penipu tidak akan melabur wang itu. Sebaliknya, mereka menggunakannya untuk membayar individu  yang melabur lebih awal sebagai helah bahawa pelaburan mereka membuahkan hasil. 

    Mereka juga mungkin menyimpan beberapa jumlah untuk diri mereka sendiri.

    Skim Ponzi memerlukan aliran wang baharu yang berterusan untuk terus hidup. Apabila sukar untuk merekrut pelabur baharu atau sejumlah besar pelabur sedia ada mengeluarkan wang, skim ini cenderung untuk runtuh.

    Jadi, hati-hati sebelum membuat pelaburan. Segala urusan berkaitan wang, anda perlu lebih berhati-hati daripada biasa. Nak cari duit bukan senang. Pastikan anda menguruskan wang dengan baik agar tidak terjerumus dalam mana-mana jenis penipuan kewangan. 

    Terus layari relevan.com.my dan follow kami di Facebook dan TikTok untuk tip kewangan yang bermanfaat. – RELEVAN

    featured financial fraud kewangan pelaburan penipuan kewangan
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.