Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UPU: Lebih 70,000 calon STPM/Setaraf berjaya dapat tawaran

    UPU: Lebih 70,000 calon STPM/Setaraf berjaya dapat tawaran

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 7, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI 70,156 calon lepasan STPM/Setaraf berjaya mendapatkan tawaran ke universiti untuk sesi akademik 2023/2024. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam (UA) lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2023/2024 menyaksikan 70,156 calon berjaya mendapatkan tawaran.

    Keputusan yang diumumkan pada 7 September itu adalah untuk 1,098 program pengajian sarjana muda di 20 UA di seluruh negara.

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang melibatkan 72,772 tempat melalui permohonan UPUOnline.

    16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing-masing.

    “Jumlah permohonan UPUOnline yang diterima bagi lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran.

    “Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat. Kadar kejayaan lelaki adalah 73.94 peratus berbanding perempuan 73.49 peratus,” katanya dalam kenyataan pada 7 September.

    Jelas jabatan itu, terdapat 36,365 calon berjaya mendapat tawaran melalui Tawaran Laluan Khas, dengan pecahan 35,892 calon kategori B40, 192 Orang Kurang Upaya (OKU), 181 atlet dan 100 orang asli.

    Peratus calon bumiputera yang berjaya pula adalah sebanyak 72.69 peratus daripada keseluruhan calon bumiputera yang layak.

    Calon bukan bumiputera yang berjaya pula adalah sebanyak 78.70 peratus daripada keseluruhan calon bukan bumiputera yang layak.

    “Pemilihan kemasukan calon kategori STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 pertaus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

    “Pemilihan bagi calon kategori Diploma/Setaraf pula adalah berdasarkan 100 peratus pencapaian akademik.

    “Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA,” katanya.

    Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, sejumlah 5,442 atau 84.11 peratus daripada 6,740 tempat yang ditawarkan melibatkan 119 program pengajian dalam bidang pendidikan dan latihan vokasional (TVET) telah dipenuhi calon di empat rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN).

    Keempat-empat universiti tersebut ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

    Selain itu, sejumlah 36,463 atau 91.17 peratus daripada 39,994 tempat melibatkan 673 program pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) telah dipenuhi oleh calon di 20 UA. – RELEVAN

    Previous ArticleLambatkan penuaan dengan pemakaian retinol
    Next Article Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.