Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belajar tentang kewangan dengan Monopoly

    Belajar tentang kewangan dengan Monopoly

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERMAINAN seperti Monopoly boleh mengajar kita banyak hal tentang kewangan. - GAMBAR HIASAN/ANETE LUSINA (Pexels)

    SUDAH ada kenalan lama tiba-tiba mesej minta sticker Monopoly Go? Saya sudah.

    Permainan papan klasik itu kembali menjadi bualan baru-baru ini apabila versi aplikasi mobilnya mendapat sambutan meriah, terutamanya daripada pemain dari Malaysia.

    Di segenap media sosial orang bercerita, termasuk video-video live di TikTok. 

    Sebagai permainan papan, Monopoly sudah wujud hampir 100 tahun. Ia menjadi antara permainan papan paling popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia dengan variasinya seperti Jutaria.

    Monopoly merupakan permainan yang secara tidak langsung mengajar pemainnya mengendalikan wang dan aset. Malah, ada pakar kewangan yang mencadangkan permainan ini sebagai kaedah menyeronokkan untuk mengajarkan anak kecil kesedaran kewangan.

    Memang ada pengajaran kewangan kita boleh dapat dari permainan Monopoly (bukan Monopoly Go yang gaya permainannya berbeza). Merujuk Investopedia, Relevan kongsikan kepada anda lima pengajaran kewangan yang boleh diperolehi dari permainan itu.

    • Kecairan tunai

    Konsep asas permainan Monopoly, anda perlu menjadi pemain terakhir yang mempunyai wang untuk menang. Tanpa wang, anda perlu menggadaikan aset yang ada untuk membayar pemain lain.

    Sebab itu, membeli semua aset (tanah, rumah atau hotel) secara semberono bukan strategi yang baik dalam Monopoly kerana jika kehabisan wang, aset-aset anda terpaksa dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga belian.

    Dalam dunia realiti juga boleh berlaku sedemikian. Dalam keterdesakan akibat tiada tunai, seseorang terpaksa menjual asetnya pada harga yang rendah, memberi kesan kepada kesihatan kewangannya secara keseluruhan.

    Hal sama berlaku jika seseorang tidak mampu melunaskan pinjaman atau gadai janji, asetnya boleh disita atau dirampas dengan bayaran pampasan yang rendah.

    Dalam Monopoly, kalau ada duit banyak, anda bebas untuk membeli aset dan mampu membayar sewa yang tinggi. Kebiasaannya, pemain sebegini yang menang. Begitu juga dalam dunia realiti.

    • Sabar dan berstrategi

    Membeli aset sebanyak mungkin tanpa menghiraukan baki wang yang tinggal biasanya tidak boleh membuatkan anda menang Monopoly. Anda perlu bersabar, fikirkan strategi dan tahu apa yang mahu dibeli.

    Kena ingat, antara faktor penting yang mempengaruhi menang-kalah pemain dalam Monopoly ialah dadu – faktor yang tidak boleh anda kawal. Jangan terlalu bersangka baik dengan dadu.

    Hal sama juga dalam dunia kewangan, terutamanya melibatkan pelaburan. Jangan membeli semberono dan mengharapkan pasaran membawa keuntungan. Pelabur yang berjaya tidak bergantung kepada nasib dan harapan, sebaliknya disiplin dan strategi.

    • Aliran tunai

    Mungkin ramai yang kurang setuju tetapi hartanah paling bernilai dalam Monopoly ialah landasan kereta api (atau lapangan terbang untuk Jutaria). Empat tapak itu menawarkan aliran tunai terbaik, lebih-lebih lagi jika anda berjaya mendapatkan keempat-empatnya.

    Dengan empat tapak itu, anda mendapat pulangan 25 peratus daripada harga belian. Walaupun ia tidak boleh dinaik taraf seperti tapak hartanah lain, ia juga bermakna anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan peratus pulangan yang tinggi.

    Dalam dunia realiti, aset yang mampu memberikan aliran tunai yang positif adalah yang terbaik. Ini termasuk aset asas seperti akaun simpanan atau bon simpanan.

    • Yang paling mahal tak semestinya yang terbaik

    Pastinya, ramai pemain akan berkejar-kejar mahu membeli tapak termahal dalam Monopoly (Park Place dan Boardwalk) atau Jutaria (Sepang F1 Circuit dan Multimedia Super Corridor). Namun, pembelian tapak mahal itu tidak akan menjamin kemenangan anda.

    Betul, nilai sewanya mahal tetapi harga beliannya juga tinggi. Kedua-dua perkara perlu diberi perhatian.

    Orang yang menang dalam Monopoly dan kehidupan sebenar tidak hanya menumpukan perhatian kepada jangkaan pulangan, tetapi juga kos yang perlu dikeluarkan; nilai yang diterima daripada harga yang dibayar.

    Mereka yang peka dengan perkara ini lebih berpeluang menang dalam Monopoly dan kehidupan.

    • Jangan kumpul telur sesangkak

    Peluang untuk anda menang sangat tipis kalau anda hanya menumpukan pembelian pada sebilangan tapak dan memaksimumkan peluang mendapat pulangan daripada tapak itu dengan membina rumah dan hotel.

    Dalam Monopoly, peluang lebih besar jika anda mempelbagaikan peluang mendapat bayaran sewa daripada banyak tapak, walaupun mungkin lambat untuk memaksimumkan nilainya.

    Prinsip sama digunakan dalam pelaburan. Kalau semua wang dipertaruhkan pada satu atau dua saham, berkemungkinan besar anda akan hilang kesemua wang yang dibelanja.

    Pelbagaikan sumber pendapatan tetapi jangan terlalu pelbagai sehingga keuntungan dari setiap sumber itu terlalu kecil. Pelbagaikan sumber dengan bijak dan rasional. – RELEVAN

    Previous ArticleMemahami Hepatitis A, B,C, D dan E serta cara jangkitan  
    Next Article 77.8 peratus cari cinta di aplikasi cari jodoh

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.