Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 77.8 peratus cari cinta di aplikasi cari jodoh

    77.8 peratus cari cinta di aplikasi cari jodoh

    By Zubaidah IbrahimSeptember 6, 2023Updated:September 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mereka dari kumpulan umur 25 hingga 34 tahun menggunakan aplikasi cari kenalan dan jodoh.- GAMBAR HIASAN/JEREMY WONG WEDDINGS/UNSPLASH

    DALAM dunia digital hari ini, cinta boleh ditemui dengan satu swipe sahaja. Tingkah laku berdating juga telah berubah sejak berakhirnya pandemik. Mereka dari kumpulan umur 25 hingga 34 tahun menggunakan aplikasi cari kenalan dan jodoh.

    Ritual dating dalam dunia hari ini telah berubah. Mereka yang belum berkahwin kini menggunakan kuasa teknologi dalam usaha mereka mencari cinta dengan hampir 77.8% memanfaatkan platform cari jodoh untuk mencari pasangan hidup masing-masing.

    Pendedahan terbaru ini diperoleh daripada laporan penyelidikan unik yang bertajuk Match to Marriage oleh agensi kreatif global, TBWA Asia.

    Kajian ini telah dilaksanakan oleh Halal Wave, sebuah unit yang mengkaji tentang pengguna Islam yang berpangkalan di Malaysia.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TBWA Group Malaysia, Hui Tsin Yee, unit tersebut telah meneliti data yang didapati daripada 158,586 perbualan media sosial dan 16 temu bual yang dijalankan mulai tahun 2021 hingga 2023 merentasi lima buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Jerman dan United Kingdom.

    “Idea untuk menerbitkan laporan ini telah dimulakan dan diterajui oleh 65dB Kuala Lumpur, sebuah unit risikan audiens di bawah TBWA Malaysia dengan kerjasama pejabat-pejabat serantau TBWA.

    “Usaha bersepadu untuk mengumpulkan data ini membuktikan pendekatan proaktif kami dalam merancang strategi yang bersesuaian dengan kumpulan pengguna yang berpengaruh ini,” katanya.

    Menyentuh soal temu janji dan mencari jodoh dalam kalangan orang Islam, laporan berikut mendedahkan pengalaman yang dilalui oleh orang Islam ke arah mendirikan rumah tangga.

    Laporan turut menyediakan data penting yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih berkesan untuk audiens yang berpengaruh dan pelbagai ini

    Sementara itu, Ketua 65dB Kuala Lumpur, Nazirah Ashari, berkata, pengalaman sekatan pergerakan semasa pandemik memberi kesan yang mendalam kepada dirinya.

    “Saya rindu untuk berinteraksi dengan orang-orang tersayang lalu saya mula mendekati Tuhan. Semua ini mencetuskan keinginan saya untuk mendirikan rumah tangga.”

    “Saya kemudiannya merangka dan menulis semula tentang keutamaan serta tujuan hidup.

    “Mencari teman hidup yang memiliki pemikiran yang sama menjadi matlamat saya. Dengan itu, saya mula menyelami dunia pencarian jodoh melalui dalam talian dan program motivasi, termasuk memahami cabaran dan peluang di sebalik usaha ini,” ceritanya yang juga Pengarah Strategi Halal Wave, TBWA\Asia dan Pengarang Penyelidik bagi laporan Match to Marriage.

    Laporan mendedahkan bahawa usaha untuk mendirikan rumah tangga dalam kalangan orang Islam turut berdepan dengan cabaran.

    Oleh kerana orang Islam tinggal dan berinteraksi dalam latar belakang budaya yang berbeza, perbualan tentang perkahwinan berbeza agama menjadi topik yang sangat menarik.

    • 62.3% mengambil berat tentang peraturan perkahwinan berbeza agama serta penukaran agama kepada Islam sebagai sebahagian daripada syarat perkahwinan berbeza agama.
    • 20.6% menyatakan kekurangan bimbingan sebagai penghalang kedua terbesar kerana mereka tidak pasti sama ada pendekatan mereka dalam membentuk hubungan adalah selari dengan ajaran Islam atau sebaliknya.
    • 3.9% menyebut tentang masalah bahasa.
    • 3.0% menyatakan kebimbangan ditipu dalam dunia temu janji dan mencari jodoh dalam talian.
    • 2.6% bimbang tentang tujuan yang tidak sepadan dengan individu yang mungkin mempunyai pandangan berbeza, terutamanya mereka yang serius tentang niat mereka untuk mendirikan rumah tangga.

    “Apabila wujudnya niat yang berbeza dalam kalangan orang Islam yang berdating, kami menyedari bahawa terdapat perubahan yang berlaku secara dalaman apabila masing-masing bersedia untuk berkahwin.

    “Menerusi analisis yang mendalam terhadap data yang diperoleh melalui perbualan media sosial, kami mengenal pasti lapan bentuk persediaan untuk berkahwin yang menyenaraikan kerohanian, sikap, persetujuan dan penerimaan keluarga, komunikasi, kewangan dan keselamatan, kesihatan, tempat tinggal selepas berkahwin serta nikah/majlis perkahwinan,” tambah Nazirah.- RELEVAN

    Previous ArticleBelajar tentang kewangan dengan Monopoly
    Next Article Pelajar PhD ini gunakan angklung untuk bantu warga emas di pusat jagaan

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.