Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 amalan untuk tubuh kalis sakit

    8 amalan untuk tubuh kalis sakit

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 29, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KALAU rajin bersenam, tubuh lebih kalis sakit walaupun usia semakin meningkat. - GAMBAR HIASAN/EKATERINA BOLOVTSOVA (Pexels)

    SEMAKIN berusia, semakin tubuh kita mudah berasa sakit. Kalau dulu, kita boleh hadap seminggu yang aktif di padang bola sepak, jatuh-jatuh itu biasa. Tapi sekarang, peha terlanggar kerusi dah sakit-sakit otot.

    Ia normal sebenarnya kerana semakin kita berusia, lebih-lebih lagi jika kehidupan tidak aktif, otot dan tubuh kita tidak ‘sekebal’ dulu. Sebab itu menjalani kehidupan aktif itu penting. 

    Sebelum ini Relevan ada berkongsikan aktiviti 15 minit yang anda boleh lakukan setiap hari untuk membina tubuh yang lebih kalis sakit.

    Kali ini, dengan merujuk pakar osteopati yang sama, James Davies, kami kongsikan pula amalan yang boleh anda lakukan sepanjang masa untuk mendapatkan tubuh yang kalis sakit.

    • Urut muka dan kulit kepala setiap hari

    Terdapat 43 otot di bahagian muka dan ia boleh mengetat jika kita tertekan. Urutan mudah boleh membantu mengurangkan ketegangan otot.

    Bermula dari hidung, urut dalam gerakan bentuk bulatan kecil sehingga ke tulang pipi dan ke arah telinga. Urut juga bahagian garis rambut dan seluruh kulit kepala. Urut lebih sedikit di bahagian pelipis (antara dahi dengan telinga) dan belakang telinga.

    Anda juga boleh urut otot suboccipital (terletak di tengkuk, betul-betul di bawah tengkorak) untuk mengurangkan sakit kepala. Baring dan letakkan bola tenis di bahagian otot tersebut. Cuba golek-golekkan bola guna kepala.

    • Uji kesihatan otot leher

    Davies mencadangkan tiga ujian untuk mengenal pasti masalah pada otot leher.

    Pertama, duduk atas kerusi dengan penyandar yang kukuh di hadapan cermin. Tegakkan badan dan turunkan bahu. Kekalkan bahu pada posisi rendah dan toleh ke kanan kemudian kiri. Jika dagu anda tidak berada pada kedudukan selari dengan bahu, maknanya leher anda kaku.

    Kedua, turunkan dagu anda ke dada. Jika ada rasa sakit pada bahagian belakang badan atau bahu, mungkin otot trapezius (otot besar dari tengkuk, bahu sehingga belakang) anda tegang.

    Ketiga, dongak kepala sehingga hidung anda hampir tepat menunjuk ke arah siling. Jika sakit, ada otot pada leher yang menegang.

    • Jaga postur ketika menonton televisyen

    Postur terbaik ketika menonton televisyen ialah duduk di atas lantai dan bersandar tegak pada sofa, kaki pula melunjur lebar. Kedudukan ini baik untuk tulang belakang.

    Namun, kalau tak selesa nak duduk sebegitu dengan lama, boleh sahaja duduk seperti biasa di atas sofa. Cuma lazimkan bertukar posisi atau berdiri secara berkala.

    Davies juga mencadangkan supaya kita gunakan masa menonton televisyen untuk membuat regangan ringkas. Contohnya, berbaring dengan bahagian kanan badan di bawah dan letakkan tangan kanan di bawah kepala. Bengkokkan lutut ke dada dan turunkan semula. Ulang sebanyak 12 hingga 15 kali sebelum tukar posisi.

    • Rehatkan tulang belakang

    Duduk mungkin posisi yang tenang dan santai tetapi tidak untuk tulang belakang. Duduk yang lama memberi tekanan kepada tulang belakang, terutamanya di bahagian pinggang. Maka, lazimkanlah berdiri dan bergerak untuk merehatkan tulang belakang.

    Begitu juga apabila mengangkat barang. Postur membongkok apabila mengangkat barang memberi tekanan yang tinggi kepada tulang belakang dan pinggang. Lazimkan mengangkat barang dengan melutut supaya tekanan turut dirasai otot kaki dan gluteal (punggung).

    • Tukar bantal dan tilam

    Tanpa bantal yang sesuai, anda berisiko menghadapi masalah pada bahagian leher dan bahu. Bantal yang sesuai juga membantu meluruskan tulang belakang ketika tidur. Bantal yang rata dan padat lebih baik untuk kebanyakan orang berbanding bantal yang gebu atau menggunakan dua bantal.

    Bantal tidak boleh terlalu tinggi kerana ia menyebabkan tengkuk kita terbongkok ke depan, menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

    Tilam juga tak boleh terlalu lembut kerana tubuh kita akan tenggelam, menyebabkan tulang belakang terbengkok.

    • Gunakan penggelek busa

    Penggelek busa (foam roller) boleh jadi alat yang sangat berguna untuk anda.  Selain murah, penggunaannya juga mudah.

    Baring dan letakkan penggelek di belakang badan. Kaitkan jari ke belakang kepala, tapak kaki rata di atas lantai dan bengkokkan lutut. Lurus dan bengkokkan lutut untuk gerakkan badan, supaya penggelek bergelek di belakang badan.

    • Sauna 15 minit

    Haba yang diterima tubuh ketika bersauna boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan, menurunkan tekanan darah, menggalakkan peredaran darah dan menambah baik pernafasan.

    Bersauna selama 15 minit juga setiap minggu juga didapati boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan strok. Melainkan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk tidak bersauna, cuba lakukannya setiap minggu.

    • Mandi air sejuk

    Amalan terbaik ialah mandi ais setiap pagi tetapi tak semua orang bersedia untuk amalan sebegitu. Mulakan dengan mandi air sejuk setiap pagi sebelum perlahan-lahan menambah kesejukan air sehingga tubuh anda bersedia untuk mandian ais.

    Air yang sejuk pada waktu pagi membuatkan saluran darah anda mengecut dan mengembang semula apabila selesai mandi. Proses ini dikatakan dapat membantu anda membuang sisa metabolik yang terkumpul dalam badan semasa bersenam.

    Malah, mandian ais juga memberikan lonjakan tenaga, kejelasan mental dan menambah baik metabolisme.

    Tapi ingat, dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu dan jangan berendam terlalu lama, jangan lebih daripada 15 minit. – RELEVAN

    Previous ArticlePunca tangan menggigil, adakah ini penyakit serius?
    Next Article Ucapan terakhir Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.