Facebook Twitter
    Trending
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    • Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lagu patriotik yang mungkin anda tak tahu pernah wujud

    Lagu patriotik yang mungkin anda tak tahu pernah wujud

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANDA pernah dengar semua lagu patriotik ini? - GRAFIK RELEVAN

    BULAN kemerdekaan ialah bulan keraian. Kita meraikan sejarah gemilang negara dengan menghayati pengorbanan pembangunnya dan menghargai kekuatannya.

    Antara cara untuk meraikan bulan istimewa negara ini adalah melalui muzik. Lagu-lagu patriotik sudah sekian lama menjadi runut bunyi sambutan kemerdekaan kita. 

    Ada lagu yang sangat ikonik, seperti Tanggal 31 Ogos, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Ada juga lagu yang tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

    Di sini Relevan senaraikan tujuh lagu patriotik yang, mungkin, anda tidak tahu pun pernah wujud.

    • Keranamu Hatiku Malaysia – Manis

    Lagu yang comel dan manis ini dihasilkan untuk pertandingan Lagu 1Malaysia Kita oleh stesen radio Hot FM pada 2009. Dinyanyikan oleh kugiran independen, Manis, lagu ini mempunyai irama rancak yang sesuai dengan selera anak muda pada tahun itu.

    Walaupun gagal memenangi tempat dalam pertandingan itu, Keranamu Hatiku Malaysia sesuai menjadi antem anak muda di bulan kemerdekaan kerana liriknya yang cocok dan rentaknya yang memacu semangat.

    • Kami Anak Malaysia – Noh Salleh, Shila Amzah dan Lah Ahmad

    Mesti ramai yang tak tahu Noh Salleh, Shila Amzah dan Lah Ahmad pernah berpadu suara menyanyikan lagu patriotik, bukan?

    Lagu ini juga dihasilkan untuk pertandingan Lagu 1Malaysia Kita pada 2009. Ia dicipta oleh Ashroff Shariff dan Eka Shariff. 

    Lirik lagu ini lebih memberi penekanan kepada perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Iramanya juga rancak dan menaikkan semangat.

    • Tanah Airku Tanah Airmu Jua – Monoloque dan Siti Nurhaliza

    Walaupun tidak sepopular lagu ikonik lain, Tanah Airku Tanah Airmu Jua merupakan antara lagu patriotik paling lengkap pernah dihasilkan. Ia menyentuh soal perpaduan, pengorbanan dan kecintaan kepada negara dalam gubahan muzik yang kaya.

    Video muziknya lebih menarik. Dengan bantuan rakan-rakan artis lain, termasuk penyajak, Pyanhabib, Monoloque membentang dinding hijau untuk semua mereka menulis erti merdeka buat diri masing-masing.

    “Kemerdekaan bererti setiap usus perut rakyat berisi nasi, vitamin dan zat besi!” – Pyanhabib

    • MERDEKA – Butterfingers dan Kassim Masdor

    Dimuatkan dalam album terakhir mereka, Kembali, MERDEKA mungkin kolaborasi paling membanggakan untuk semua anggota Butterfingers. Mereka berjaya mendapat sentuhan pemuzik legenda, Kassim Masdor.

    Lagunya santai sahaja tetapi ada elemen keraian berunsur keroncong yang membuatkannya terasa meriah. Pada bahagian akhir pula, petikan piano Kassim Masdor memberikan perasaan sayu yang sukar dijelaskan. 

    • Tanah Tumpah Darah – DISH

    Tanah Tumpah Darah pekat dengan elemen Melayu walaupun muziknya akustik yang moden. Dari segi lirik, melodi dan vokal, Melayunya kuat.

    Liriknya lebih menyentuh; tentang kesediaan seorang rakyat berkorban untuk negaranya yang dicintai. Isinya penuh perumpamaan dan nasihat.

    Petikan gitar pada bahagian awal dan tengah lagu menambah rencahnya, menjadikan ia mudah diingati.

    • Inilah Malaysia – Jaclyn Victor dan Arch (Little Danielle)

    Satu lagi lagu yang dilahirkan dari pertandingan Lagu 1Malaysia Kita. Inilah Malaysia nadanya lebih patriotik dan menaikkan semangat.

    Gubahan Taja (Meet Uncle Hussein) dan lirik oleh Tun Teja membangkitkan rasa bersatu buat pendengar, menyampaikan inti konsep 1Malaysia yang pernah menjadi tema kemerdekaan negara.

    Pada pertengahan lagu juga ada dibacakan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan untuk semua warga Malaysia.

    • Di Suatu Pagi – Sudirman

    Kita tutup senarai ini dengan lagu yang berbeza nadanya. Di Suatu Pagi oleh Sudirman membawa suara sayu pengorbanan ahli keluarga perajurit negara.

    Dari perspektif ibu sehingga isteri, Sudirman menyanyikan rangkap-rangkap lirik yang merungkai perasaan mereka yang terpaksa melepaskan insan tersayang bertaruh nyawa di medan perang.

    Mungkin Sudirman lebih terkenal dengan lagu patriotik lain, seperti Tanggal 31 Ogos dan Warisan tetapi Di Suatu Pagi membawa perspektif yang berbeza dan mendalam, menjadikannya istimewa walaupun kurang popular. – RELEVAN

    Previous Article7 filem patriotik sempena bulan kemerdekaan Malaysia
    Next Article Cegah batuk kokol melalui vaksin

    Artikel berkaitan

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026

    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    April 21, 2026

    Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

    April 21, 2026

    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    April 21, 2026

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026
    Artikel Terkini

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026

    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    April 21, 2026

    Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

    April 21, 2026

    Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    April 21, 2026

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.