Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 filem patriotik sempena bulan kemerdekaan Malaysia

    7 filem patriotik sempena bulan kemerdekaan Malaysia

    By August 23, 2023Updated:August 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BULAN kemerdekaan cukup bermakna buat kita rakyat Malaysia sehingga banyak filem dihasilkan untuk membangkitkan semangat patriotsime kepada negara tercinta.

    BULAN Ogos cukup bermakna buat semua rakyat Malaysia kerana tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh bersejarah apabila negara kita diisytiharkan merdeka dan bebas daripada cengkaman penjajah.

    Hasil kemerdekaan itu membolehkan kita pada hari ini hidup dalam suasana aman makmur. Oleh itu, jom kita bangkitkan semangat cintakan negara dengan menonton filem-filem patriotik.

    Berikut 7 filem patriotik pilihan Relevan yang boleh anda tonton seisi keluarga sempena bulan kemerdekaan ini.

    1. MALBATT: Misi Bakara

    Malbatt: Misi Bakara menceritakan kisah benar yang dihadapi oleh Batalion Malaysia (Malbatt) apabila menjadi satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh pada tahun 1993.

    Penggambaran filem ini menceritakan tentang perang saudara di Somalia pada tahun 1993 yang melibatkan pelbagai aksi termasuklah tembak-menembak dan letupan.

    Filem ini djangka menemui penonton bermula 24 Ogos ini. Antara bintang yang turut sama terlibat menjayakan Malbatt: Misi Bakara ialah Hairul Azreen, Bront Palarae, Tony Eusoff, Dafi Ismail, Shaheizy Sam, Taufiq Hanafi, Theebaan G dan Dini Schatzmann.

    2. PASKAL

    Pasukan Khas Laut (PASKAL) diadaptasi daripada kisah benar yang mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

    Filem arahan Adrian Teh ini menjalani penggambaran pada Mac 2018 di Kuala Lumpur dan berakhir pada Mei 2018, PASKAL ditayangkan kepada umum pada 27 September 2018.

    Antara pelakon yang membintangi Filem PASKAL adalah seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

    3. 1957- Hati Malaya 

    Filem 1957: Hati Malaya diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dengan bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan serta semangat nasionalisme.

    Filem ini berkisarkan mengenai golongan muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957- Hati Malaya, filem ini turut menyelitkan kisah benar mengenai perjuangan untuk mencapai kebebasan.

    4. Bravo Lima

    Bravo Lima merupakan sebuah filem aksi/perang yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah.

    Filem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis.

    Filem Bravo Lima didedikasikan kepada para pejuang negara yang terkorban dan telah ditayangkan pada 10 September 2015.

    5. Tanda Putera

    Tanda Putera merupakan sebuah filem drama politik Malaysia yang diadaptasi daripada kisah benar yang memapakarkan persahabatan antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei.

    Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

    Filem ini telah memenangi tiga anugerah dalam Anugerah Skrin 2014 dan lima anugerah (termasuk Anugerah Khas Juri) dari sebelas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.

    6. Bukit Kepong

    Filem Bukit Kepong diadaptasi daripada peristiwa sebenar serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 23 Februari 1950.

    Dalam kejadian itu, balai polis berkenaan diserang oleh sekumpulan komunis seramai 180 orang pada pukul 5 pagi.

    Filem arahan Jins Shamsuddin dan turut dibintangi oleh dirinya sendiri bersama barisan pelakon seperti A. Rahim dan Hussein Abu Hassan merupakan filem termahal pada era 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM1.3 juta.

    Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3 temasuk Filem Terbaik.

    7. Leftenan Adnan

    Leftenan Adnan merupakan sebuah filem drama perang arahan Aziz M. Osman yang mengisahkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan) yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

    Filem ini turut memaparkan babak pertempuran terakhir Rejimen Askar Melayu berdepan kemaraan tentera Jepun yang jauh lebih ramai di Bukit Chandu sehingga mengorbankan Leftenan Adnan.

    Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario. – RELEVAN

    featured filem Malaysia Merdeka patriotik
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.