Facebook Twitter
    Trending
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026
    • Kerjaya

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UPM tubuh makmal dagangan saham pertama

    UPM tubuh makmal dagangan saham pertama

    By August 14, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UNIVERSITI Putra Malaysia bekerjasama dengan Asri Ahmad Academy (AAA) Sdn. Bhd., dan RHB Investment Bank telah menubuhkan Makmal Dagangan untuk mendidik pelajar asas pelaburan saham dengan betul.

    SEKOLAH Perniagaan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Asri Ahmad Academy (AAA) Sdn. Bhd., dan RHB Investment Bank membangunkan Makmal Dagangan atau dikenali sebagai Share Trading Lab Powered by RHB Investment Bank bagi mendidik pelajar asas pelaburan saham dengan betul.

    Dekan SPE, Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin berkata, makmal tersebut akan memberikan peluang kepada pelajar UPM untuk mempelajari secara real time proses jual beli saham melalui perisian yang dibekalkan oleh pihak RHB Investment Bank.

    “Pembangunan makmal ini sekali gus, dapat meningkatkan potensi dan kebolehpasaran graduan dan membolehkan mereka mendapat pelbagai peluang pekerjaan dalam pasaran modal.

    “Selain itu, makmal dagangan ini juga akan menjadi permulaan perkongsian ilmu latihan praktikal dan teknikal bukan sahaja kepada pelajar malah kepada warga UPM.

    “Dalam mendepani cabaran ekonomi pada masa kini pelajar dan warga UPM perlu sentiasa peka serta berfikiran kritis untuk meneroka segala peluang yang ada untuk menjana pendapatan bermula di universiti,” katanya.

    PELAJAR UPM diberi penerangan mengenai pelaburan saham di Makmal Dagangan Saham, SPE, UPM.

    Tambah beliau, pembangunan Share Trading Lab ini adalah inisiatif dan cetusan idea Pengarah Urusan AAA Sdn. Bhd., Datuk Mohd Asri Ahmad yang merupakan Mentor Pelaburan Saham Syariah di Malaysia.

    Penubuhan makmal itu juga selari dengan pencapaian akreditasi SPE UPM di peringkat antarabangsa iaitu AACSB dan EQUIS yang mampu melonjakkan lagi nama SPE UPM di peringkat global.

    Sementara itu, salah seorang pelajar Bacelor Ekonomi dengan Kepujian (BE), SPE, UPM, Noorfaizah Zainal Abidin berharap agar makmal ini dapat melahirkan ramai graduan yang celik pelaburan dan membentuk graduan yang kompetetif di pasaran kerjaya.

    “Peluang untuk meneroka kemahiran teknikal ini sangat membantu graduan di luar sana menjadi lebih resilien dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk menyediakan pasaran kerja,” katanya.

    Dalam pada itu, seorang kakitangan UPM, Muhamad Adib Mohammed berkata, dengan adanya  makmal pelaburan  di SPE, ianya dapat memupuk kesedaran dan pendedahan yang lebih baik kepada pelajar dan kakitangan tentang saham.

    “Para pelajar dan staf kini boleh mempelajari kaedah pembelajaran berkenaan dengan pelaburan secara interaktif dan hands-on serta boleh mengambil peluang untuk mempelajari ilmu pelaburan dan pengurusan kewangan,” katanya.- RELEVAN

    Previous ArticleMengenali kesatuan sekerja dan fungsinya kepada pekerja
    Next Article Ketoksikan budaya hustle demi hasil

    Artikel berkaitan

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026
    Artikel Terkini

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.