Facebook Twitter
    Trending
    • Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi
    • Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya
    • Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025
    • Kewangan

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 langkah pengundian untuk PRN di 6 negeri

    10 langkah pengundian untuk PRN di 6 negeri

    By August 11, 2023Updated:August 11, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ENAM negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencatatkan sejarah apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak esok.- GAMBAR HIASAN/IQBAL ROSLI

    ESOK 12 Ogos, enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencatatkan sejarah apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    Ramai yang teruja dan berdebar-debar untuk menantikan hari pengundian serta keputusan pengundian kerana PRN di enam negeri ini bakal memberi impak besar kepada politik negara.

    Tidak hairanlah anak-anak perantau baik di dalam mahupun luar negara telah berpusu-pusu pulang ke negeri masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab memilih calon ADUN mereka.

    Di sini Relevan kongsikan 10 langkah penting untuk anda ketika hari pengundian supaya proses pengundian dapat dijalankan dengan lancar.

    1. Anda boleh masuk ke bilik mengundi apabila dibenarkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.

    2. Serahkan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 panduan di hari mengundi untuk pengundi baharu

    3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang dibacakan oleh Kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.

    4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.

    Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol dakwat pilihan raya.

    5. Seterusnya, anda akan menerima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

    6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi

    7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.

    Anda boleh mengikut panduan menanda kertas undi seperti di bawah:

    INFOGRAFIK Suruhanjaya Pilihan Raya

    8. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.

    9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.

    10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

    – RELEVAN

    featured negeri politik PRN undi

    Artikel berkaitan

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025
    Artikel Terkini

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.