Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 panduan di hari mengundi untuk pengundi baharu

    6 panduan di hari mengundi untuk pengundi baharu

    By Umi FatehahNovember 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 panduan di hari mengundi untuk pengundi baharu. - Gambar Hiasan Fariz Rusadio/Kosmo

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini. Rakyat dikehendaki untuk memilih pemimpin yang bersesuaian mengikut kawasan masing-masing yang seterusnya akan membentuk kerajaan baharu.

    Sebelum ini, setiap warganegara berumur 21 tahun yang bermastautin dan berdaftar sebagai pengundi layak untuk mengundi.

    Jadi, pengundian kali ini mungkin sedikit berbeza kerana PRU15 merupakan kali pertama pelaksanaan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun ke atas. 

    Buat pengundi muda yang pertama kali mengundi, anda pasti tertanya-tanya apakah proses atau perkara yang perlu dilakukan pada hari kejadian. 

    Terdahulu, Relevan telah kongsikan 7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi buat panduan semua pengundi. Bagi artikel kali ini, Relevan memperincikan lagi proses untuk peringatan dan pemerhatian tertamanya kepada pengundi muda.

    Proses mengundi

    1. Setibanya di pusat mengundi, anda dikehendaki untuk beratur mengikut saluran yang ditetapkan dan tunggu sehingga tibanya giliran.

    Anda akan boleh masuk ke bilik mengundi apabila diarahkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.

    Pusat dan saluran mengundi boleh disemak melalui laman web 

    https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih. Masukkan nombor kad pengenalan dan isikan aksara Captcha untuk pengesahan.

    2. Serahkan dokumen pengenalan sama ada kad pengenalan, passport atau apa sahaja dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1). Kemudian, anda dikehendaki untuk menunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

    Pastikan nama dan nombor kad pengenalan yang dibacakan oleh KP1 adalah betul untuk mengelakkan sebarang permasalahan berlaku.

    3. Kemudian, bergerak ke kaunter atau meja Kerani Pengundian Kedua (KP2) untuk mencelup jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diarahkan oleh KP2.

    KP1 akan menanda nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya selepas selesai mencelup jari ke dalam botol dakwat.

    4. Seterusnya, dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga (KP3). 

    Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi adalah tidak dibenarkan. Jadi, selepas mendapatkan kertas undi, terus bergerak ke kaunter tempat mengundi untuk meninggalkan telefon bimbit. 

    Matikan atau letakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap supaya tidak mengganggu kerani-kerani pengundian dan proses mengundi.

    5. Selanjutnya, bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada kotak kosong bersebelahan dengan logo parti dan nama calon dalam kertas undi.

    Tanda menggunakan pen dan pastikan anda tidak menanda ‘X’ melebihi ruang kotak yang disediakan dan tidak menconteng pada kertas undi. Sekiranya anda berbuat sedemikian, undian anda berpotensi untuk menjadi undi rosak.

    Akademi Pilihan Raya telah berkongsi satu video di TikTok yang menunjukkan cara menanda ‘X’ dan cara lipatan kertas undi yang betul bagi pemahaman yang lebih jelas.

    Selesai sahaja mengundi, lipat kertas undi dan masukkan ke dalam parti undi yang betul. Pusat-pusat mengundi di negeri yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak, Pahang dan Perlis mempunyai dua kotak undi.

    Kotak pertama dilabelkan ‘Parlimen’ dan satu lagi kotak dilabelkan ‘DUN’. Jadi, pastikan anda memasukkan kertas undi yang betul ke dalam kotak undi masing-masing.

    6. Pergi semula ke kaunter tempat undi untuk mengambil telefon bimbit yang ditinggalkan. Setelah selesai melakukan semua perkara yang sepatutnya, segera keluar daripada tempat mengundi untuk memberi laluan kepada pengundi-pengundi lain.

    Jabatan Penerangan Malaysia juga telah berkongsi satu video yang memaparkan keseluruhan proses mengundi sebagai gambaran apa yang anda perlu lakukan pada hari mengundi.

    Selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara. – RELEVAN 

    Previous Article12 kematian Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda ‘magnet’ nyamuk

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.