Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji progresif: Menang-menang untuk majikan, pekerja

    Gaji progresif: Menang-menang untuk majikan, pekerja

    By Umi FatehahAugust 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gaji progresif: Menang-menang untuk majikan, pekerja. - FOTO FAUZI BAHARUDIN

    DASAR Gaji Progresif yang diumumkan kelulusannya oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Ogos adalah berita baik untuk rakyat Malaysia yang terbeban dengan kadar gaji rendah serta kenaikan kos sara hidup.

    Seperti yang dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar tersebut akan bersifat sukarela, berteraskan insentif dan berkait dengan produktiviti.

    Persoalannya, bagaimana dasar ini bersama sifat-sifatnya akan dilaksanakan dan apakah kesan langsung kepada hidup rakyat?

    Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, Relevan menghubungi Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff. Ikuti temu bual kami bersama beliau.

    RELEVAN: Mengapa dasar ini bersifat sukarela?

    AHMED RAZMAN: Dasar ini bersifat sukarela dan tidak diwajibkan. Hal ini kerana kerajaan tidak mahu memaksa mana-mana pihak. Justeru, majikan yang mampu dan tidak akan terkesan sahaja bebas memilih untuk melaksanakan dasar ini atau tidak.

    Apa kesan pelaksanaan dasar ini kepada ekonomi negara?

    Pelaksanaan dasar ini tidak melibatkan bantuan kewangan fiskal daripada kerajaan. Ia melibatkan insentif daripada majikan swasta yang mahu meningkatkan gaji pekerja setelah mereka sudah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

    Kecuali, kerajaan mahu memberi subsidi upah seperti tempoh pandemik yang lepas. Namun, setakat ini saya rasa tidak ada kemungkinan untuk dasar gaji progresif akan diberikan subsidi.

    Adakah pekerja di bawah sektor ekonomi gig juga akan terlibat?

    Konsepnya, selagi ada majikan, dasar ini boleh dilaksanakan. Tetapi kebanyakan pekerja ekonomi gig bekerja sendiri.

    Melainkan, suatu hari nanti kerajaan akan memberi takrifan kepada syarikat seperti Grab, foodpanda dan lain-lain sebagai majikan, barulah mereka tertakluk dan boleh melaksanakan skim ini.

    Bagaimana dasar gaji progresif ini akan membantu menoktahkan kemiskinan dalam negara?

    Seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, dasar ini merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat.

    Gaji minimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,500 tanpa mengambil kira lokasi, jumlah isi rumah dan sektor. Kalau kita pertimbangkan secara realistik, gaji sebanyak ini tidak mencukupi sekiranya pekerja tinggal di kawasan bandar dan mempunyai isi rumah yang ramai.

    Oleh itu, gaji progresif ini merupakan ruang untuk pekerja meningkatkan gaji dan kualiti hidup sekiranya mereka menambah kemahiran dan pengetahuan. Peningkatan kemahiran juga akan mewujudkan pekerja yang lebih produktif serta menambah keuntungan kepada syarikat.

    Secara tidak langsung, dasar ini juga mewujudkan situasi menang-menang antara majikan dan pekerja. Justeru, kedua-dua dasar ini perlu bergerak seiringan bagi menoktahkan kadar kemiskinan dalam negara.

    Saya rasa, meskipun dasar ini dilakukan atas dasar sukarela, tidak ada salahnya kalau kerajaan mengumumkan pelaksanaan ini beberapa bulan lebih awal supaya pihak majikan yang mahu melaksanakan tu boleh membuat persiapan dan lebih bersedia. – RELEVAN

    Previous ArticleRealiti gaji rendah rakyat Malaysia
    Next Article Tak perlu 10,000, berjalan 2,337 langkah sehari sudah cukup baik untuk kesihatan

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.