Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 16, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat. - GAMBAR HIASAN CANVA

    TIADA siapa yang tahu bila ajal akan menjemput. Namun, setiap individu boleh merancang pengurusan harta yang ditinggalkan melalui penyediaan wasiat.

    Wasiat ialah dokumen untuk menyatakan hasrat berkaitan harta. Ia perlu mengandungi maklumat penting seperti hutang atau perkara lain yang perlu waris cakna selepas kematian. 

    Dengan adanya wasiat, urusan pengagihan aset dapat dilakukan dengan lebih teratur selain mengurangkan risiko pertikaian dan perebutan harta selepas pemergian seseorang.

    Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, pembahagian harta akan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

    Bagi orang Islam, pembahagian dibuat berdasarkan Hukum Faraid. Bagi bukan Islam pula, ia tertakluk kepada Akta Pembahagian 1958.

    Apa yang terjadi jika meninggal dunia tanpa wasiat?

    Bagi orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat wasiat, semua harta pusaka akan diagihkan mengikut Hukum Faraid. 

    Faraid merupakan sistem pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh syarak berdasarkan al-Quran dan hadis kepada waris yang berhak.

    Harta pusaka yang terlibat merangkumi harta tidak alih (tidak boleh dialihkan, diubah dari satu tempat ke tempat yang lain) seperti tanah dan rumah. Wang simpanan, saham, KWSP, Tabung Haji, insurans, koperasi, kenderaan dan barang kemas termasuk kategori harta alih.

    Bagaimanapun, proses pembahagian harta secara Faraid tidak berlaku secara automatik sebaik sahaja seseorang meninggal dunia. 

    Menurut Property Guru, berikut ialah prosedur yang perlu dilalui oleh waris sebelum harta diagihkan.

    1. Harta pusaka akan dibekukan

    Sebaik sahaja berlaku kematian, semua harta pusaka si mati akan dibekukan dan tidak boleh dituntut atau digunakan oleh mana-mana pihak.

    Harta tersebut hanya boleh diagihkan selepas proses pentadbiran dan pembahagian pusaka selesai mengikut prosedur ditetapkan.

    1. Waris perlu memohon Sijil Faraid

    Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:

    • Borang permohonan yang lengkap
    • Salinan sijil kematian atau surat akuan kematian
    • Salinan kad pengenalan waris, sijil kelahiran atau surat akuan berkaitan
    • Salinan geran harta, buku akaun atau penyata berkaitan aset
    • Sijil penilaian hartanah (jika ada)
    • Bayaran proses mengikut nilai harta pusaka yang ditetapkan
    1. Ikut proses permohonan dengan teliti

    • Mengemukakan permohonan
    • Penerimaan dan semakan permohonan
    • Pengesahan serta tandatangan jika dokumen lengkap
    • Siasatan terhadap waris yang terlibat
    • Pengiraan bahagian waris selepas siasatan selesai
    • Pengeluaran sijil dalam tempoh yang ditetapkan selepas siasatan selesai
    • Pemberitahuan kepada waris setelah proses siasatan tamat
    1. Mendapatkan persetujuan waris

    Dalam sistem Faraid, waris yang berhak perlu bersetuju untuk melantik seorang pentadbir bagi menguruskan harta pusaka si mati. Pelantikan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis.

    Menurut al-Quran, waris ialah individu yang layak menerima bahagian tertentu daripada harta pusaka sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak.

    Pentadbir pula merupakan individu atau pihak yang dilantik untuk menguruskan harta pusaka si mati, sama ada daripada kalangan waris, bukan waris, institusi pengurusan pusaka atau peguam. – RELEVAN

    Previous ArticleBukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    Next Article Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.