Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 25, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    cara-terbaik-pujuk-anak-kenal-minat-mereka. - GAMBAR IHSAN

    MEMILIH jurusan pengajian atau hala tuju kerjaya bukanlah keputusan yang mudah. Perbincangan ini sudah pasti buat ibu bapa turut sama pusing kepala dan gusar memikirkan masa depan anak mereka. Persoalan dalam situasi ini, suara siapa yang wajar menjadi penentu?

    Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi berkata, kekeliruan tentang minat adalah sesuatu yang normal dilalui oleh semua orang. Apa yang penting ialah bagaimana ibu bapa membantu anak meneroka minat itu dengan cara yang betul.

    PENDEDAHAN AWAL MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI ANAK

    Menurut Syaza, proses mengenal minat bukan sesuatu yang boleh diputuskan dalam masa singkat. Sebaliknya, ia memerlukan pendedahan yang konsisten sejak kecil. Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak berada di tingkatan lima untuk mula berbincang tentang hala tuju masa depan.

    “Perbualan tentang kerjaya boleh dimulakan dengan bahasa yang sesuai mengikut usia anak. Contohnya, ibu bapa boleh ajak mereka lihat tugas doktor dan jururawat dan terangkan peranan mereka ketika di hospital.

    “Walaupun nampak kecil, pendedahan seperti ini sebenarnya menimbulkan rasa ingin tahu dan semangat dalam diri anak,” tambahnya.

    BAWA ANAK KENAL DUNIA SEBENAR

    Syaza turut berkongsi, ibu bapa digalakkan membawa anak menghadiri hari terbuka universiti, berbincang dengan pensyarah atau kaunselor kerjaya.

    “Kalau ada peluang, benarkan anak ikut kenalan profesional selama sehari supaya mereka dapat lihat sendiri rutin kerja sebenar yang berbeza dari apa yang digambarkan di filem atau media sosial,” ujarnya.

    BERBINCANG DENGAN FAKTA, BUKAN EMOSI

    Dalam era digital yang sarat dengan maklumat, anak-anak cenderung merasakan mereka sudah cukup tahu. Justeru, Syaza menyarankan agar ibu bapa untuk tidak memaksa mereka, sebaliknya bincang secara baik dengan fakta dan penyelidikan yang kukuh. 

    “Platform seperti MyMahir dan MyNext ada data tentang pasaran kerja yang semakin berkembang dalam beberapa tahun akan datang. Ini boleh menjadi asas perbincangan yang lebih informatif antara ibu bapa dan anak,” jelasnya.

    MENCARI TITIK TENGAH ANTARA MINAT DAN PASARAN

    Persoalan yang sering timbul ialah sama ada anak perlu memilih minat atau pasaran kerja. Bagi Syaza, jawapannya terletak pada keseimbangan. Memilih bidang yang diminati tetapi tiada permintaan boleh menimbulkan kesukaran mendapatkan pekerjaan. 

    Bagaimanapun, bekerja dalam bidang yang langsung tidak diminati boleh mengundang tekanan dan keletihan emosi untuk tempoh lama. Anak boleh mengekalkan minat mereka, namun pada masa sama perlu memahami realiti pasaran kerja serta tuntutan gaya hidup semasa agar tidak menyesali keputusan yang dibuat nanti.

    PERBINCANGAN SIHAT BANTU ANAK BUAT KEPUTUSAN

    Dalam situasi di mana minat anak boleh bercanggah dengan pandangan ibu bapa, komunikasi menjadi kunci utama. 

    Ibu bapa perlu menyampaikan pandangan dalam bahasa yang mudah difahami, bukan dengan nada paksaan atau arahan. 

    “Jik minat anak bercanggah dengan pandangan ibu bapa, komunikasi itu yang terpenting. Ibu bapa perlu bercakap dalam bahasa yang anak faham dan boleh terima.

    “Sebenarnya, kedua-dua belah pihak mahu perkara yang sama, iaitu melihat anak berjaya dan hidup selesa. Cuma pendekatan berbeza boleh menimbulkan konflik,” tambahnya lagi.

    PERLU BERANI MENCUBA DARI TIDAK LANGSUNG

    Bagi anak yang masih kabur tentang minat, Syaza menasihati agar berani mencuba dan tidak menjadi orang pertama yang menolak peluang. 

    Mencuba sesuatu pengalaman sama ada melalui sukarelawan, program industri atau aktiviti kokurikulum boleh membuka perspektif baharu yang tidak pernah terlintas sebelum ini.

    “Sebagai ibu bapa pula, peranan kita bukan untuk menentukan sepenuhnya jalan hidup anak, tetapi menjadi pembimbing supaya mereka yakin membuat keputusan dan merancang percaturan hidup mereka pada masa depan,” pesannya.

    Previous ArticleBerapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    Next Article 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.