Facebook Twitter
    Trending
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    By Umi FatehahJuly 25, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara 'tackle' bos suka mengkritik. - GAMBAR HIASAN PUWADON SANG NG/PEXELS

    ADA hari di pejabat rasa seronok bekerja. Tetapi ada juga hari yang terasa berat lebih lebih lagi jika bos terlalu suka mengritik dan mengawal segala yang anda lakukan.

    Setiap kali nak hantar e-mel, anda semak ayat berkali-kali kerana takut dipersoal. Sebelum mesyuarat bermula, anda tarik nafas panjang sambil bersedia untuk dimarah atau diperbetulkan hadapan orang lain. Sedangkan, apa yang anda buat bukannya salah besar pun.

    Namun, bila bos terlalu mengawal, suka mengkritik dan tak pernah percaya kebolehan orang lain, tugas paling mudah pun boleh jadi beban emosi. Lama-kelamaan, ia boleh menghakis keyakinan diri. Mahu buat apa-apa tugasan sahaja rasa seperti tidak mampu buat yang terbaik.

    “Siapa aku sebenarnya kalau setiap keputusan pun dia tentukan?”

    Jika berhenti kerja bukan pilihan sekarang, anda masih boleh bertahan dengan menjaga kesihatan mental dan maruah diri. Menurut Forbes, bekerja di bawah bos autoritarian atau dalam erti mudah ‘kuku besi’ bukan hanya tentang bersabar atau menunggu keadaan berubah dengan sendirinya. 

    Ia memerlukan tindakan kecil dan bijak untuk melindungi harga diri tanpa membakar jambatan yang masih diperlukan bagi mencapai impian dalam kerjaya.

    Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh membantu anda menghadapi bos yang terlalu suka mengawal.

    1. Fahami kenapa mereka bersikap sebegitu

    Orang yang terlalu suka mengawal biasanya bukan kerana mereka lebih hebat atau serba tahu. Sebaliknya, mereka sering dipacu oleh ketakutan dan rasa tidak aman dalam diri sendiri. 

    Ada bos yang risau jika orang lain melakukan kerja lebih baik, mereka akan dilihat lemah. Ada juga yang terlalu obses untuk kelihatan sempurna di mata pihak atasan hingga sanggup menekan staf bawahan.

    Menyedari hakikat ini tidak akan mengubah perangai mereka tetapi ia membantu anda untuk tidak mengambil setiap kritikan secara peribadi. 

    Daripada terus menyalahkan diri atas kata-kata pedas yang dilemparkan, cuba lihat ia sebagai cerminan apa diri mereka dan bukan kerana anda tidak cukup bagus.

    1. Jangan hilang nilai diri

    Apabila anda ditekan setiap hari, keyakinan diri boleh merosot tanpa sedar. Jangan biarkan itu berlaku. Cari semula bukti anda sebenarnya mampu. 

    Buka e-mel lama yang mengandungi pujian daripada rakan sekerja atau klien. Ingat kembali projek-projek yang pernah diselesaikan dengan jayanya. Berborak atau berbincang dengan rakan baik di tempat kerja yang mengenali kekuatan diri juga boleh membantu.

    Nilai diri anda bukan terletak pada komen atau cara layanan bos yang suka kritik. Ia terletak pada usaha, kemahiran dan niat baik anda dalam bekerja. Dengan menyedari segala kekuatan yang ada, anda akan lebih bersemangat dan tidak mudah ‘goyang’ oleh kata-kata negatif.

    1. Cari ruang autonomi kecil

    Mungkin anda tidak boleh mengawal projek besar atau keputusan utama syarikat. Namun, anda masih boleh mengawal jadual harian, cara berkomunikasi dengan rakan sekerja dan menyelesaikan kerja secara lebih efektif mengikut keselesaan sendiri.

    Contohnya, jika bos suka membetulkan setiap pembentangan anda, cuba siapkan lebih awal supaya ada masa untuk buat penambahbaikan tanpa tergesa-gesa. 

    Kebebasan kecil seperti ini mungkin nampak remeh tetapi ia boleh membantu anda rasa lebih bersemangat dan mengurangkan tekanan yang datang daripada sikap bos.

    1. Jangan biar terus dipijak

    Untuk bertahan dalam persekitaran sebegini, anda tidak perlu menjadi orang yang sentiasa menentang atau melawan. Kadangkala, kita perlu kekal profesional, mendengar arahan dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Namun, itu tidak bermakna anda perlu membiarkan diri dipijak tanpa batas.

    Belajar untuk berkata ‘tidak’ dengan sopan tetapi tegas. Contohnya, jika bos minta anda menyiapkan tugasan di luar waktu kerja sedangkan ia tidak mustahak, katakan “Boleh saya selesaikan esok pagi sebaik tiba di pejabat? Saya ingin pastikan hasilnya tidak cacamarba.” 

    Nada sebegitu menunjukkan anda menghormati kerja dan dalam masa yang sama, masih menghormati diri sendiri.

    1. Fikirkan langkah seterusnya

    Jika anda sudah terlalu letih dan tidak mampu untuk bertahan lagi, sudah tiba masanya untuk rombak pelan kerjaya masa hadapan.

    Adakah anda mahu terus berada di bawah kepimpinan seperti ini atau cari sahaja kerja lain? 

    Sekiranya anda memilih untuk mencari kerja baharu, pertimbangkan untuk menambah kemahiran baharu melalui kursus atau latihan dalam talian. Mengukuhkan rangkaian profesional juga boleh membuka peluang kerja lain yang lebih selari dengan nilai dan cara kerja anda.

    Berfikir tentang masa depan boleh membantu anda rasa masih ada harapan dan tujuan, bukan sekadar bekerja sambil rasa terhina semata-mata untuk terima gaji setiap bulan.

    Bekerja di bawah bos yang ‘mengawal’ memang mencabar. Namun, ia boleh menjadi ruang untuk belajar tentang kesabaran, komunikasi dan kepimpinan. Paling penting, jangan biarkan sesiapapun merendahkan harga diri anda. – RELEVAN

    Previous ArticleCuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!
    Next Article 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    Artikel berkaitan

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.