Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    By Umi FatehahJuly 24, 2025Updated:July 24, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut! - GAMBAR HIASAN RON LACH/PEXELS

    RAMAI orang begitu tekun menjaga kulit wajah dengan produk mahal dan rutin yang teliti. Namun, tanpa sedar, beberapa tabiat harian yang kelihatan biasa sebenarnya boleh mempercepat proses penuaan kulit. 

    Menurut seorang pakar dermatologi bertauliah di Newport Beach, California, Dr. Suchismita “Tia” Paul, berikut ialah tabiat yang akan mencepatkan penuaan.

    1. Terlalu kerap membasuh muka

    Memang benar mencuci muka dengan pencuci membantu menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa solekan. 

    Namun, jika dilakukan terlalu kerap misalnya lebih daripada dua hingga tiga kali sehari, ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit (skin barrier). Hal ini kerana pencuci muka terutamanya yang mengandungi sulfat atau alkohol boleh menghilangkan minyak semula jadi yang diperlukan kulit untuk kekal lembap dan terlindung daripada radikal bebas.

    Apabila lapisan pelindung kulit rosak, kulit akan menjadi kering, mengelupas dan lebih mudah mengalami keradangan. Dalam jangka panjang, keadaan ini menyebabkan kulit cepat berkedut dan hilang keanjalan.

    Jika kulit tidak terlalu berminyak, mencuci muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sudah memadai. Pilih pencuci muka yang lembut, bebas alkohol dan tidak mengandungi pewangi sintetik untuk mengelakkan iritasi.

    1. Mengabaikan pelembap

    Ramai beranggapan individu dengan kulit kering sahaja perlu memakai pelembap. Sedangkan, kulit berminyak pun memerlukannya. 

    Kulit yang cukup lembap akan mengekalkan tahap keanjalan semula jadi kerana air membantu mengekalkan struktur kolagen dalam kulit. Apabila kulit kekurangan kelembapan, garis halus akan kelihatan lebih jelas dan kulit nampak kusam.

    Untuk kulit berminyak, gunakan pelembap berasaskan air atau gel yang ringan. Bagi kulit kering pula, pilih pelembap dengan kandungan ceramide atau asid hialuronik bagi membantu mengekalkan hidrasi lebih lama.

    1. Tidak menggunakan pelindung matahari

    Ini adalah kesilapan terbesar dalam penjagaan kulit. Sinaran UV dari matahari adalah penyumbang utama kepada penuaan pramatang (photoaging). Ia merosakkan serat kolagen dan elastin dalam kulit dan menyebabkan kulit kendur, berkedut serta kemunculan bintik penuaan (age spots).

    Ramai orang hanya memakai krim pelindung matahari ketika pergi ke pantai atau aktiviti luar. Tetapi sebenarnya, sinaran UV boleh menembusi tingkap rumah atau kereta. Ini bermakna, walaupun berada dalam bangunan tertutup tetapi masih ada pencahayaan matahari, kulit masih terdedah kepada UV.

    Pilih pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 dan perlindungan spektrum luas (broad spectrum). Sapukan setiap pagi dan pakai semula setiap dua hingga tiga jam jika anda terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa panjang.

    1. Menggosok muka terlalu kasar

    Tanpa sedar, ramai orang menggosok muka terlalu kuat ketika mencuci atau mengelap muka dengan tuala. 

    Perbuatan ini boleh merosakkan kapilari halus di bawah kulit, menyebabkan iritasi dan menipiskan lapisan pelindung kulit. Selain itu, jika terlalu kerap menggunakan skrub kasar, kulit akan menjadi semakin sensitif dan cepat berkedut.

    Ketika mencuci muka, gunakan hujung jari dengan tekanan lembut dan gerakan membulat. Selepas itu, keringkan dengan tepuk perlahan menggunakan tuala bersih, bukan menggosok.

    1. Cukupkan tidur

    Tidur bukan sahaja penting untuk merehatkan mental dan fizikal tetapi juga pemulihan kulit. Ketika tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan dan kolagen yang membantu membaiki sel kulit rosak dan mengekalkan keanjalan kulit. 

    Sekiranya tidur tidak mencukupi, proses pemulihan kulit akan terganggu dan menyebabkan wajah kelihatan kusam, mata sembap dan kedutan akan terbentuk lebih cepat.

    Selain itu, kekurangan tidur juga akan meningkatkan hormon stres (kortisol) dalam tubuh. Tahap kortisol tinggi boleh memecahkan struktur kolagen dan elastin dan mencepatkan penuaan kulit.

    Usahakan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Jika sukar tidur awal, elakkan skrin telefon atau laptop satu jam sebelum tidur, mandi air suam dan gunakan aroma terapi menenangkan seperti lavender.

    1. Mengabaikan kawasan leher dan dada

    Ramai orang memberi tumpuan hanya kepada kulit wajah sedangkan leher dan dada juga cepat menunjukkan tanda penuaan. Kawasan leher dan dada mempunyai kulit yang lebih nipis dan kurang kelenjar minyak, menjadikannya lebih mudah berkedut jika tidak dijaga.

    Setiap kali menggunakan pelembap atau pelindung matahari, sapukan juga ke leher dan dada. Kawasan ini akan kelihatan sama cantik dan muda seperti wajah anda. – RELEVAN

    Previous ArticleBermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global
    Next Article Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    Artikel berkaitan

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.