Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    By Umi FatehahJuly 28, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim. - GAMBAR HIASAN JONATHAN BORBA/UNSPLASH

    TIDAK semua orang berpeluang atau bersemangat untuk ke gim. Sama ada kerana kekangan masa, malu dan ada juga yang ingin jimat wang. 

    Hakikatnya, tidak perlu melanggan keahlian gim yang mahal atau peralatan profesional untuk kekal aktif. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dari rumah atau di kawasan sekitar berbekalkan sedikit usaha dan kreativiti.

    Berikut adalah enam cara mudah dan berkesan untuk kekal cergas tanpa ke gim.

    1. Berjalan atau berlari di sekitar kawasan rumah

    Berjalan atau berjoging adalah antara senaman kardiovaskular yang paling mudah dan terbukti membantu kesihatan jantung, membakar lemak dan mengurangkan stres.

    Jika tinggal di kawasan perumahan atau pangsapuri, cuba manfaatkan laluan berjalan kaki atau kawasan taman yang ada. Anda juga boleh naik turun tangga sebagai latihan alternatif yang lebih mencabar.

    Manfaat utama: Meningkatkan stamina, menguatkan otot kaki dan membakar kalori tanpa sebarang kos.

    #Tip tambahan:

    Tetapkan matlamat langkah harian, contohnya 6,000 atau 10,000 langkah sehari.

    Jika cuaca buruk, berjalan atau berlari setempat dalam rumah juga boleh menjadi alternatif sementara.

    1. Lakukan senaman badan sendiri (bodyweight exercises)

    Anda tidak memerlukan dumbbell, barbell atau mana-mana mesin gim untuk membina kekuatan. Gunakan berat badan anda sendiri sebagai rintangan! Senaman seperti:

    • Squat: Kuatkan otot peha dan punggung.
    • Tekan tubi: Bina kekuatan dada, lengan dan bahagian perut.
    • Plank: Kukuhkan otot perut dan bahagian tengah badan.
    • Lunges: Imbangkan kekuatan kaki kiri dan kanan.
    • Burpees: Senaman kardio yang mencabar keseluruhan tubuh.

    Cadangan rutin: Lakukan setiap senaman selama 30 hingga 45 saat, rehat 15 saat antara setiap senaman dan lakukan sebanyak tiga set.

    Senaman ini boleh dilakukan dalam ruang yang sangat terhad. Jadi, ia sangat bersesuaian untuk mereka yang tinggal di rumah kecil atau bilik sewa.

    1. Ikuti video senaman secara dalam talian

    Kelebihan dunia digital hari ini membolehkan anda mengakses pelbagai rutin kecergasan secara percuma. 

    Tidak tahu hendak mula di mana? Buka YouTube dan cari latihan badan untuk pemula (beginner full body workout) atau senaman latihan intensiti tinggi berselang atau (High-Intensity Interval Training) HIIT di rumah.

    Anda boleh pilih:

    • Yoga atau pilates untuk kelenturan dan ketenangan.
    • Zumba atau kardio menari untuk bakar kalori sambil berseronok.
    • Senaman atau latihan HIIT untuk mereka yang mahukan cabaran.

    #Tip tambahan: Wujudkan jadual tetap seperti setiap hari jam tujuh pagi atau lapan malam supaya senaman jadi rutin harian, bukan sekali-sekala.

    1. Menari di rumah

    Senaman tidak semestinya perlu serius dan penuh disiplin. Menari juga satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat bagus. Ia bukan sahaja membantu membakar kalori tetapi juga memperbaiki koordinasi badan dan merangsang hormon gembira (endorfin).

    Anda boleh ikut video tarian di YouTube atau sekadar menari mengikut rentak lagu kegemaran anda. Paling penting, bergerak dan berseronok!

    Kajian menunjukkan menari 30 minit sehari boleh membantu membakar antara 200 hingga 400 kalori, setanding dengan senaman kardio intensif.

    1. Aktifkan diri sepanjang hari

    Kadangkala, kita terlalu fokus pada senaman formal sedangkan pergerakan kecil sepanjang hari juga memberi kesan besar. Cuba ubah gaya hidup dengan menjadi lebih aktif walaupun sedang menjalani rutin harian biasa.

    Contohnya, menyapu lantai, mop dan cuci tingkap sebenarnya boleh jadi senaman ringan. Berkebun atau menjaga haiwan peliharaan turut membakar tenaga. Bermain dengan anak-anak atau anak buah juga buat anda banyak bergerak terutamanya jika mereka sangat aktif.

    Gunakan aplikasi penjejak aktiviti seperti Google Fit atau Samsung Health untuk melihat berapa banyak anda bergerak setiap hari.

    1. Guna perabot rumah sebagai alat senaman

    Jangan pandang rendah pada perabot di rumah anda. Ia boleh dijadikan alat bantu senaman jika digunakan dengan betul. Contohnya:

    • Kerusi kukuh: Untuk lakukan tricep dips (senaman lengan), step-up atau squat dengan sokongan.
    • Tuala kecil: Untuk sliding lunges atau senaman lantai yang melibatkan geseran.
    • Dinding: Buat wall sit atau tekan tubi untuk melatih otot paha dan lengan.

    Sediakan satu ruang khas di rumah sebagai sudut senaman walaupun hanya seluas satu tikar yoga.

    Ramai orang tangguh bersenam sebab fikir perlu ada masa lapang, ruang besar atau peralatan lengkap. Hakikatnya, anda hanya perlukan niat, konsistensi dan sedikit usaha.

    Mulakan dengan senaman ringan dan ringkas. Apa yang penting, kekalkan momentum. Bila anda mula rasa lebih bertenaga, lebih ringan dan lebih sihat, itu akan jadi motivasi semula jadi untuk teruskan.

    Tak ada gim? Tak mengapa. Jadikan rumah anda sebagai ruang kecergasan sendiri. Tubuh yang sihat bermula dengan keputusan kecil yang dibuat hari ini. – RELEVAN

    Previous ArticleCara ‘tackle’ bos suka mengkritik
    Next Article Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.