Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahagia bermula dengan memaafkan

    Bahagia bermula dengan memaafkan

    By Umi FatehahNovember 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengucapkan kata maaf lebih mudah berbanding benar-benar memaafkan. - GAMBAR HIASAN KRISTINA TRIPKOVIC/UNSPLASH

    MEMAAFKAN bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Mengucapkan kata maaf lebih mudah berbanding benar-benar memaafkan.

    Memaafkan memerlukan kekuatan jiwa yang luar biasa serta keberanian untuk melepaskan kesakitan yang seolah-olah telah berakar dalam diri kita.

    Tidak kira sama ada ia berpunca daripada pengkhianatan seorang sahabat, kata-kata nista yang menjatuhkan maruah, layanan yang tidak adil atau kekecewaan akibat ditinggalkan oleh seseorang – memaafkan bukanlah keputusan yang boleh diambil dengan ringan.

    Namun, di sebalik segala kepayahan itu, memaafkan adalah satu langkah besar menuju kedamaian. Ia bukan sekadar tindakan melepaskan rasa dendam, tetapi juga perjuangan untuk melepaskan diri daripada beban luka yang menghimpit jiwa.

    Luka tanpa parut

    Luka yang ditinggalkan oleh pengkhianatan dan salah faham memberi kesan yang lebih mendalam. Meskipun parutnya tidak kelihatan, kata-kata pedih yang pernah dilontarkan terus terngiang-ngiang di fikiran, mencalar hati yang cuba untuk sembuh.

    Persoalan yang tidak terjawab datang silih berganti: “Kenapa aku yang harus menanggung semua ini?”

    Dalam keadaan seperti ini, memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang, ia terasa hampir mustahil untuk dilakukan.

    Dua jenis kemaafan

    Setiap insan menghadapi proses memaafkan dengan cara yang berbeza. Ada yang mampu memaafkan dan melupakan. Mereka melihat kemaafan sebagai peluang untuk melalui hari yang mendatang dengan nafas baharu. 

    Walaupun kesakitan itu pernah hadir, mereka bertekad untuk tidak membiarkan ia membayangi masa depan mereka.

    Namun, tidak semua mampu melupakan. Ada yang memilih untuk memaafkan tetapi menyimpan memori itu sebagai peringatan. 

    “Aku maafkan tetapi aku tidak akan lupa,” kata mereka. 

    Bagi mereka, memori itu bukan dendam tetapi perisai perlindungan agar mereka tidak dilukai lagi.

    Kedua-dua jalan ini memerlukan keberanian yang luar biasa. Sama ada memilih untuk melupakan atau tidak, kedua-duanya adalah tanda kekuatan.

    Memaafkan juga tidak bermaksud kita menghalalkan perbuatan yang menyakitkan. Ia juga tidak bermaksud kita berpura-pura bahawa apa yang berlaku tidak pernah melukai hati. 

    Sebaliknya, memaafkan adalah tindakan melepaskan diri kita sendiri daripada beban emosi yang menyakitkan.

    Apabila kita memaafkan, ia tidak bermaksud kita menafikan bahawa kesakitan itu pernah wujud. Kita masih akan merasa kehilangan, marah atau kecewa tetapi kita memilih untuk tidak membiarkan perasaan itu memusnahkan kebahagiaan. 

    Ku cari damai di hati

    Seperti satu rangkap lagu Ku Cari Damai di hati nyanyian Gingerbread;

    Biar saja aku sendiri
    Yang mencari damai di hati
    Airmata basah di pipi
    Tak mungkin dapat membasuh luka

    Memaafkan bukanlah tentang memberikan kemaafan kepada orang yang telah menyakitkan kita tetapi tentang memberikan kedamaian kepada diri sendiri. Ia adalah hadiah yang membolehkan kita kembali bernafas, melangkah ke hadapan tanpa bayangan gelap masa lalu.

    Namun, memaafkan tidak bermaksud kita perlu membenarkan orang itu kembali dalam hidup kita. Ia juga tidak bermaksud luka itu akan hilang. Sebaliknya, ia adalah tentang memilih untuk tidak membiarkan luka itu mengawal hidup kita.

    Buat sesiapa yang masih bergelut dengan rasa marah dan luka, ingatlah bahawa memaafkan bukanlah tentang melupakan apa yang telah berlaku. Sebaliknya, ia adalah tentang menghormati kekuatan anda sendiri untuk terus bertahan, melangkah ke hadapan dan memilih kebahagiaan di sebalik kesedihan.

    Memaafkan mungkin sukar tetapi ia adalah langkah pertama ke arah kebebasan. Kebebasan untuk hidup tanpa rasa dendam, kebebasan untuk mencari kedamaian dalam hati kita sendiri. – RELEVAN

    Previous ArticleGenerasi muda tidak cerewet memilih kerja tetapi…
    Next Article Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank wanita pertama Malaysia

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.