Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Gaji progresif, gaji minimum dan perlindungan sosial untuk rakyat

    Belanjawan 2025: Gaji progresif, gaji minimum dan perlindungan sosial untuk rakyat

    By Umi FatehahOctober 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: Gaji progresif, gaji minimum dan perlindungan sosial untuk rakyat. - GAMBAR HIASAN FAIZ ALIF ZUBIR

    BELANJAWAN kali ini menghamparkan usaha dan visi kerajaan berkaitan pendapatan rakyat. 

    Dalam pembentangan pada 18 Oktober, kerajaan menyatakan bahawa penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.

    Untuk itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2025.

    Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. 

    Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran dicadangkan pada RM2,290, Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985).

    Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif diteruskan sebagai ikhtiar kerajaan Madani untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. 

    Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar itu sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. 

    Dasar Gaji Progresif melibatkan peruntukan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja.

    Berikut Relevan himpunkan inisiatif dan manfaat lain yang disediakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025.

    Perlindungan sosial

    Jelas Anwar, agenda perlindungan sosial akan terus diperkasa bagi memastikan rakyat terbanyak dilengkapkan dengan simpanan persaraan yang munasabah serta caruman insurans daripada musibah.

    Bagi menggalakkan lebih ramai pekerja tidak formal dan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditingkatkan kepada 20 peratus berbanding 15 peratus pada tahun lalu.

    Ia bagaimanapun tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan RM500 atau RM5,000 seumur hidup. 

    “Program i-Suri akan diteruskan secara insentif padanan melalui caruman kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.

    “Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri juga akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan sebanyak RM100 juta,” katanya. 

    Kerajaan menegaskan bahawa inisiatif tersebut merupakan persediaan ke arah penetapan caruman wajib sebagai salah satu syarat membaharui lesen vokasional bagi individu bekerja sendiri tahun hadapan.

    Di samping itu, syarikat pengendali juga diseru untuk menanggung baki caruman sebagai usaha membela kebajikan pekerja.

    “Program insurans sosial, iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk memanfaat sehingga dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 

    “Mereka layak menuntut baucar RM30 untuk membiaya sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir,” tegasnya.

    Ke arah negara menua, KWSP sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi.

    Ini bermakna, sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.

    Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030. – RELEVAN

    belanjawan Belanjawan 2025 featured gaji kerjaya
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.