Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Gatal’ pada tahun ketujuh perkahwinan

    ‘Gatal’ pada tahun ketujuh perkahwinan

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 26, 2024Updated:October 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUN ketujuh
    Istilah seven year itch berasal daripada sebuah filem romantik komedi yang dibintangi oleh bintang popular, Marilyn Monroe dan Tom Ewell. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KEBELAKANGAN ini, terlalu banyak hantaran media sosial yang mengupas mengenai seven year itch – satu teori yang kononnya, penceraian akibat kecurangan selalunya berlaku pada tahun ketujuh perkahwinan. 

    Menurut hantaran tersebut, kebanyakan perkahwinan artis popular di Malaysia juga berakhir pada tahun ketujuh, misalnya seperti apa yang berlaku kepada pelakon popular, Nur Fazura dan suaminya Fattah Amin. 

    Secara amnya, perkahwinan akan mula terasa bosan dan tidak lagi menyenangkan pada tahun ketujuh. 

    Pada waktu ini, pasangan sudah lama melampaui tempoh bulan madu dan keterujaan pada awal perkahwinan sudah lama pudar. 

    Mereka mungkin sudah mempunyai anak dan tidak lagi menghabiskan masa untuk ‘bercinta’ dengan pasangan masing-masing sekerap dulu. 

    Sebab itulah, ada yang sanggup mencurangi pasangan masing-masing, selalunya dengan alasan perkahwinan sedia ada sudah hambar. 

    Bagaimanapun, adakah kebenaran di sebalik teori seven year itch? Adakah semuanya benar atau kebetulan semata-mata? 

    Asal usul istilah seven year itch

    Mungkin ramai tidak tahu, istilah seven year itch berasal daripada sebuah filem romantik komedi yang dibintangi oleh bintang popular, Marilyn Monroe dan Tom Ewell.

    Jalan cerita filem tersebut lebih kurang begini: Richard Sherman (Tom Ewell) telah jatuh cinta kepada seorang model (Marilyn Monroe) yang tinggal di tingkat atas pangsapurinya. 

    Pada waktu itu, isteri dan anak-anak Sherman pulang ke kampung untuk bercuti. Jadi, tinggallah Sherman seorang diri tanpa pengawasan sesiapa. 

    Pada masa yang sama, Sherman telah membaca manuskrip milik seorang ahli psikiatri, Dr. Brubaker, yang mendakwa setiap perkahwinan akan dilanda konflik pada tahun ketujuh.

    Menurut Dr. Brubaker, hampir 84.6 peratus lelaki akan curang pada tahun ketujuh perkahwinan. 

    Tertarik dengan manuskrip tersebut, Sherman berasakan dirinya turut mengalami masalah sama dan mempunyai keinginan kuat untuk bersama wanita lain. 

    Selepas itu, Sherman mula memasang angan-angan ingin mencurangi isterinya dengan model yang tinggal di tingkat atas.

    Lama-kelamaan, khayalan tersebut menjadi semakin kuat sehingga dia mula berfantasi yang bukan-bukan terhadap model tersebut.  

    Bagaimanapun, Sherman cepat tersedar daripada kesilapannya, mungkin kerana dia mula dihantui rasa takut dan bersalah terhadap isterinya. 

    Bagi menyelamatkan perkahwinan, Sherman terus pulang ke Maine untuk menyertai isteri dan anak-anaknya di kampung halaman. 

    Artikel berkaitan: Sains di sebalik kecurangan

    Artikel berkaitan: 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    Benarkah pasangan mula alami masalah selepas tujuh tahun? 

    Menurut ahli psikologi klinikal,  Dr. Adam Borland, menurut sesetengah kajian, ramai pasangan yang berkahwin kali pertama akan bercerai pada tahun ketujuh perkahwinan.  

    Katanya, dalam tempoh tujuh tahun, isu yang melibatkan masalah komunikasi dan kurangnya empati terhadap pasangan masing-masing akan menjadi pencetus utama penceraian.

    “Pasangan yang baru pertama kali berkahwin dan tidak biasa tinggal sebumbung perlukan masa untuk membiasakan diri dengan pasangan masing-masing,” katanya. 

    Tambah Borland, bukan semua pasangan yang tinggal bersama dapat mengecapi kebahagiaan, lebih-lebih lagi jika ada sesetengah ‘perangai’ pasangan yang tidak boleh diterima. 

    “Ditambah pula dengan tekanan membesarkan anak-anak, masalah kewangan dan perbezaan pendapat, pasangan selalunya akan memilih untuk berpisah disebabkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain,” jelasnya. 

    Walaupun istilah seven year itch lebih popular, Dr. Helen Fisher yang lebih dikenali sebagai Doktor Cinta mempunyai pendapat yang berbeza. 

    Menurut Fisher, kajiannya menunjukkan pasangan lebih berkemungkinan bercerai selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan. 

    Kajian yang dilakukan oleh Kulu pada 2014 pula mendapati kebanyakan pasangan berpisah selepas lima tahun. 

    Bagaimanapun, ingatlah, teori seven year itch itu asalnya dari sebuah filem. Tidak ada sebarang bukti saintifik bahawa ia merupakan satu fenomena yang benar. 

    Bagaimanapun, jika anda mula rasa gatal (itch) pada tahun ketujuh perkahwinan, pastikan anda lakukan sesuatu untuk memastikan perkahwinan yang dibina terus utuh, sehingga ke akhir hayat. – RELEVAN

    bercerai berkahwin curang featured kecurangan sever year itch
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.