Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara mudah untuk ubah sikap atau hentikan tabiat buruk

    Cara mudah untuk ubah sikap atau hentikan tabiat buruk

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sebagai manusia, kita perlu tahu bahawa perubahan tidak akan berlaku sekelip mata - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    PERUBAHAN, terutamanya ke arah yang lebih baik bukanlah mudah untuk dilakukan. 

    Kita semua mempunyai tabiat buruk sendiri yang sukar untuk dihentikan walau berkali-kali mencuba. Bagaimanapun, kita semua tahu bahawa perubahan tidak akan berlaku sekelip mata. 

    Sedangkan kucing dan anjing yang mempunyai otak bersaiz lebih kecil juga perlukan masa untuk dilatih, apatah lagi manusia yang banyak perangai dan ragamnya.  

    Menurut BJ Fogg dalam tulisannya di Medium, ketiadaan motivasi atau disiplin bukanlah punca utama manusia sukar mengubah tabiat masing-masing. Cara kita mendidik diri untuk berubah yang perlu ditekankan. 

    Katanya, manusia cuma perlukan tiga komponen penting untuk berubah, iaitu motivasi (motivation), kemampuan (ability) dan tindakan (prompt). Fogg menggelarnya sebagai formula MAP. 

    Semakin seseorang itu bermotivasi untuk lakukan sesuatu, semakin tinggilah kebarangkalian untuk dia bangun dan melakukannya. 

    Bagaimanapun, niat semata-mata tidak ke mana. Fogg berkata, sebesar manapun motivasi seseorang, tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya dia tidak bertindak. 

    Langkah yang digariskan oleh Fogg hampir sama dengan panduan mengubah sikap yang tertulis dalam laman sesawang American Heart Association (AHA). 

    Menurut AHA, kita sebagai manusia perlu faham bagaimana satu-satu tabiat itu terbentuk dan apakah cara terbaik untuk menggantikannya dengan tabiat yang lebih baik. 

    Fikir apa yang menghalang anda untuk berubah

    Sebagai contoh, Hana ingin menjadi seorang yang lebih berdisiplin. Untuk berubah, dia mahu bermula dengan mengemas bilik tidur sekurang-kurangnya sekali seminggu. Hana menetapkan untuk mengemas bilik setiap Sabtu. 

    Namun, apabila Sabtu tiba, Hana lebih suka bergolek-golek di atas katil. Godaan yang ada dalam telefon pintarnya lebih besar. Akibatnya, Hana tidak jadi kemas rumah. Dia lebih suka bermalas-malasan sambil melayan drama. 

    Sebenarnya, Hana boleh memaksa diri untuk mengemas diri sekiranya dia sanggup meletakkan telefon pintarnya buat seketika. Lagipun, kemas bilik bukanlah memakan masa yang lama, mungkin hanya sekitar 30 minit. 

    Artikel berkaitan: 5 cara atasi sikap suka bertangguh

    Artikel berkaitan: Iri dan dengki di tempat kerja

    Cari cara mudah patahkan tabiat buruk

    ubah sikap
    Cari jalan untuk hentikan diri daripada melakukan sebarang tabiat buruk – GAMBAR HIASAN SARAH BROWN/UNSPLASH

    Menurut AHA, sebelum berubah, manusia perlu kenal pasti tabiat buruk yang perlu ditinggalkan. 

    Selepas itu, kita perlu lakukan sesuatu untuk menghentikan diri daripada melakukan tabiat buruk tersebut. 

    Dalam kes di atas, Hana tahu tabiat buruk apa yang perlu diubah. Namun, dia belum dapat kenal pasti cara yang paling berkesan untuk menanganinya. 

    Sebagai contoh, anda sukar untuk bangun pagi. Akibatnya, anda selalu sampai lambat ke pejabat. 

    Mengapa perkara tersebut berlaku? Puncanya, anda suka matikan jam penggera sehingga ia menjadi satu kebiasaan. 

    Sekiranya anda ingin berubah, anda perlu lakukan sesuatu untuk mematahkan tabiat tersebut.

    Sebagai contoh, anda boleh tukar bunyi jam penggera atau letakkannya di hujung bilik supaya anda perlu berjalan untuk mematikannya. 

    Dalam kes Hana, dia perlu meletakkan telefon bimbitnya untuk seketika. Caranya mudah, Hana mungkin boleh matikan telefon atau letak telefonnya di bilik lain buat seketika. 

    Hanya dengan melakukan satu aktiviti, Hana boleh memaksa dirinya untuk bangun dan mengemas bilik. 

    Nampak mudah bukan? Namun, hanya disiplin sahaja yang membolehkan Hana kekal melakukan aktiviti sama pada minggu-minggu yang mendatang. 

    Jadikan tabiat baharu satu kebiasaan

    ubah sikap
    Sebagai pemula, tetapkan sasaran yang kecil dan mudah untuk dicapai – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Sekiranya anda ingin terapkan satu tabiat baharu yang lebih sihat dalam kehidupan harian, pastikan anda mula secara perlahan-lahan. 

    Tetapkan sasaran yang kecil dan mudah untuk dicapai. 

    Sebagai contoh, anda ingin banyakkan membaca buku. Berbanding meletakkan sasaran sebuah buku sebulan, apa kata anda mulakan dengan sehelai muka surat sehari. 

    Menurut James Clear dalam bukunya, Atomic Habits, ada tiga R yang menjadi tiang pembentukan satu-satu tabiat baharu – peringatan (reminder), kebiasaan (routine) dan ganjaran (reward). 

    Pertama sekali, anda perlu ingatkan diri untuk melakukan perkara yang diinginkan. Kemudian, cuba disiplinkan diri dan jadikannya satu kebiasaan. 

    Akhir sekali, anda akan menerima ganjaran daripada perubahan tabiat tersebut. – RELEVAN

    berubah sikap featured pendidikan pupuk tabiat baik tabiat baik tabiat baru ubah sikap
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.