Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wanita, waspada dengan sakit jantung!

    Wanita, waspada dengan sakit jantung!

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 1, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    serangan jantung
    Tanda serangan jantung bagi wanita berbeza dengan lelaki. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    PENYAKIT jantung lebih sinonim dalam kalangan lelaki. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud wanita terlepas daripada menghidap penyakit sama. 

    Berdasarkan statistik Jabatan Pe­rangkaan Malaysia 2022, penyakit jantung merupakan punca kematian utama bagi kedua-dua jantina di negara kita, dengan jumlah sebanyak 18,515 kematian.

    Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, kini semakin ramai individu berusia 20 hingga 30-an menghidap sakit jantung disebabkan penggunaan tembakau. 

    Katanya, penggunaan rokok elektronik juga menjadi punca utama masalah kesihatan dalam kalangan belia. 

    Menurut Pengarah Perubatan Yayasan Kesihatan British (BHF), Professor Jeremy Pearson, lebih ramai wanita meninggal dunia disebabkan serangan jantung berbanding kanser payudara. 

    “Di United Kingdom (UK), tiga wanita meninggal dunia disebabkan serangan jantung setiap jam. Wanita sering tunggu lebih lama sebelum melakukan pemeriksaan walaupun sudah mengalami serangan jantung. 

    “Sebarang kelewatan boleh mengurangkan peluang anda untuk terus hidup,” katanya.

    Ingatkan demam biasa

    sakit jantung
    Tekanan emosi adalah antara punca utama serangan jantung dalam kalangan wanita. -GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut American Heart Association, serangan jantung merupakan pembunuh senyap bagi wanita. 

    Manakan tidak, kaum hawa selalunya beranggapan simptom yang mereka alami, misalnya pedih ulu hati, sakit dada atau sesak nafas sebagai tanda-tanda penuaan. Malah, ada juga yang menganggapnya sebagai demam biasa. 

    Ingatlah, tanda serangan jantung berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami sakit dada dan sesak nafas. Ada juga yang rasa letih yang amat sangat walaupun tidak melakukan sebarang kerja berat. 

    Namun, serangan jantung juga boleh berlaku tanpa sakit dada. Malah, ada wanita yang mengalami sakit belakang, pening kepala dan kerap pengsan sebagai simptom utama sakit jantung. 

    Berbeza dengan lelaki, wanita selalunya mengalami simptom sakit jantung ketika sedang berehat atau ketika tidur. Tekanan emosi adalah antara punca utama serangan jantung dalam kalangan wanita. 

    Oleh sebab simptom yang dialami wanita sedikit berbeza dengan lelaki, ada kebarangkalian kesakitan yang dialami sukar untuk didiagnosis. 

    Wanita juga lebih berkemungkinan mengalami sakit jantung tanpa penyumbatan yang teruk pada arteri (nonobstructive coronary artery disease).

    Serangan jantung merupakan satu kecemasan. Ia perlu dirawat secepat mungkin untuk mengelakkan kecacatan kekal atau kematian. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 langkah cegah nyanyuk, jaga kesihatan fizikal dan mental  

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental

    Tanda-tanda sakit jantung

    Antara simptom serangan jantung ialah: 

    1. Sakit dada – Rasa sempit pada kawasan dada. 
    2. Sakit pada kawasan badan yang lain – Kadangkala, kesakitan ini boleh menjalar ke bahagian dada hingga lengan (selalunya lengan kiri), rahang, leher, belakang badan dan perut. 
    3. Pening kepala. 
    4. Sesak nafas. 
    5. Mual dan muntah-muntah. 
    6. Kerap berpeluh. 
    7. Sering rasa gelisah (seakan-akan serangan panik). 
    8. Selalu batuk-batuk. 

    Elak serangan jantung

    sakit jantung
    Berhenti merokok dan mula bersenam sekiranya ingin elak serangan jantung. – GAMBAR HIASAN JESSE ORRICO/UNSPLASH

    Serangan jantung boleh dielakkan. Bagi kaum wanita, pastikan anda: 

    1. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala. 
    2. Berhenti merokok. Setahun selepas berhenti, anda dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 50 peratus. 
    3. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit (berjalan kaki) atau lakukan senaman berat selama 75 minit (berjoging) seminggu. Tambahkan latihan menguatkan otot sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 
    4. Tukar diet jika perlu. Sekiranya anda suka mengambil makanan ringan, tukarkannya kepada makanan yang lebih sihat. 
    5. Urus stres dengan lebih baik. Stres boleh menyebabkan salur darah menjadi tegang dan meningkatkan risiko serangan jantung. 
    6. Ikut arahan doktor. Jika anda perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, pastikan anda makan ubat tersebut mengikut arahan doktor. – RELEVAN
    Previous ArticleDua Ikon Relevan tercalon TikTok Awards Malaysia 2024
    Next Article Menjadi pemberani di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.