Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?
    • Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental
    • Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    • Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza
    • Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

      September 17, 2025

      Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

      September 17, 2025

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025
    • Kerjaya

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kita lahirkan ramai siswazah tapi peluang kerja mahir terus terhad

    Kita lahirkan ramai siswazah tapi peluang kerja mahir terus terhad

    By June 2, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JUMLAH kerja mahir yang ditawarkan dalam sektor ekonomi terbesar negara, iaitu Perkhidmatan masih tidak mencukupi. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BERITA anak muda tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tak mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM sentiasa boleh dikaitkan dengan persepsi mereka terhadap pasaran kerja.

    Anggapan bahawa pendidikan tinggi tidak menjamin peluang pekerjaan berkualiti bukan baru sehari dua berkumandang; sudah lama dan persepsi itu semakin memekat saban hari.

    Dan persepsi itu tidak sepenuhnya salah. Data Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir empat bagi setiap 10 siswazah berada dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan pada 2023.

    Pada 2021, terdapat 15.8 peratus siswazah berada dalam sektor pekerjaan tidak formal, berbanding 8.6 peratus pada 2013.

    Itu antara statistik yang dikemukakan penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Hafiz Hafizi Suhaimi dan Hawati Abdul Hamid untuk membuktikan bahawa peluang pekerjaan mahir di negara ini kurang dan tidak sepadan dengan jumlah siswazah yang dilahirkan.

    Statistik dan bukti lain ada di bawah.

    Sasaran tersasar

    Sasaran mewujudkan pekerjaan mahir tidak asing dalam pelan dan rancangan kerajaan Malaysia.

    Hafiz Hafizi dan Hawati memetik inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bermula sejak 2010. Sebanyak 3.3 juta pekerjaan disasar akan diwujudkan dengan 57 peratus daripadanya ialah pekerjaan berpendapatan tinggi dan sederhana.

    Melalui Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) pula, sasaran berkaitan pekerjaan mahir ditetapkan masing-masing sebanyak 33 peratus dan 35 peratus.

    “Penciptaan pekerjaan baharu merentas semua tahap kemahiran telah melepasi sasaran yang ditetapkan dalam pelan-pelan tersebut, kecuali RMK-11 yang hanya mencapai 85 peratus daripada sasaran.

    “Namun begitu, jumlah kerja mahir yang telah diwujudkan masih jauh daripada sasaran dan kekal di bawah paras 25 peratus.

    “Jurang pencapaian ini bermakna perlu ada semakan dasar semasa bagi menambah baik inisiatif penciptaan kerja mahir dalam pasaran buruh,” katanya dalam rencana Peluang Kerja Mahir Terhad yang diterbitkan KRI pada 20 Mac 2024.

    Ini bermakna, walaupun kerajaan berjaya mencapai, malah melepasi, sasaran penciptaan kerja dalam ETP dan RMK-10, peratus penciptaan kerja mahir berbanding keseluruhan kerja masih rendah.

    Usaha itu akan diteruskan dalam pelbagai pelan baharu, seperti RMK-12, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

    NIMP 2030 menetapkan peluang kerja mahir sebanyak 700,000 dalam sektor pembuatan bernilai tinggi dan NETR Fasa 1 menyasarkan untuk mewujudkan 23,000 kerja berkemahiran dan bernilai tinggi.

    Bagi Hafiz Hafizi dan Hawati, penekanan terhadap penciptaan kerja mahir telah dikenal pasti tetapi ia perlu sentiasa dipantau bagi memastikan sasarannya dapat dicapai.

    Dominasi separa

    Sejak 2015 hingga 2022, peratus kerja mahir berbanding jumlah kerja keseluruhan kekal di bawah 25 peratus. Yang mendominasi pasaran pekerjaan ialah pekerjaan separa mahir dengan penguasaan lebih 61 peratus pada tempoh yang sama.

    Yang lebih membimbangkan, menurut Hafiz Hafizi dan Hawati, adalah aspek penciptaan kerja apabila taburan kerja mahir baharu menurun daripada 49.8 peratus pada 2016 kepada 29.5 peratus pada 2022.

    Kekurangan penciptaan kerja mahir itu ditampung dengan kerja separa mahir yang meningkat daripada 43.2 peratus kepada 60.8 peratus.

    “Data penciptaan kerja mahir ini seakan tidak selari dengan sasaran yang ditetapkan kerajaan melalui pelan-pelan pembangunan sedia ada.

    “Walaupun pencapaian penciptaan kerja melebihi sasaran, kerja yang diwujudkan adalah bersifat separa mahir,” katanya.

    Dari segi aktiviti ekonomi pula, jumlah kerja sejak 2015 hingga 2022 didominasi sektor perkhidmatan sebanyak 51.6 peratus, diikuti sektor pembuatan dengan 42.8 peratus.

    Namun, peratusan kerja mahir dan separa mahir dalam sektor perkhidmatan hampir setara, masing-masing sebanyak 34.4 peratus dan 46.6 peratus.

    Kata Hafiz Hafizi dan Hawati, ini menunjukkan bahawa keupayaan sebenar sektor perkhidmatan dalam menyumbang kepada peningkatan nilai pasaran buruh adalah terhad kerana dominasi kerja separa mahir masih tinggi.

    “Keterbatasan sektor perkhidmatan sebagai penggerak utama ekonomi juga dapat dilihat melalui peningkatan jumlah kekosongan kerja mahir dalam sektor ini daripada 25.4 peratus pada 2015 kepada 50.3 peratus pada 2022.

    “Ini menggambarkan tenaga kerja sedia ada sukar untuk mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

    Ini dikukuhkan lagi dengan statistik yang menunjukkan jumlah kekosongan kerja separa mahir dalam sektor tersebut menurun daripada 48.4 peratus pada 2015 kepada 27.2 peratus pada 2022. 

    Ramai pekerja lebih mudah memasuki sektor perkhidmatan melalui kerja separa mahir berbanding mahir.

    Tidak sepadan

    Satu lagi sudut pandang penting yang perlu diambil kira ialah perbandingan tawaran kerja mahir dengan jumlah siswazah yang dilahirkan.

    Sejak 2015 hingga 2022, jumlah siswazah baharu dan lama dalam pasaran buruh meningkat daripada 4.0 juta kepada 5.2 juta.

    Dalam tempoh sama, jumlah kerja mahir hanya meningkat daripada 2.0 juta kepada 2.2 juta.

    “Sementara itu, pertambahan pekerja berpendidikan tinggi dalam pasaran buruh semakin signifikan apabila keluaran graduan secara purata mencecah 300,000 setahun antara 2015 hingga 2022. Penciptaan kerja mahir baharu pula hanya sekitar 55,000 dalam tempoh sama.

    “Inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan, selain menawarkan gaji yang setimpal mestilah juga selari dengan usaha untuk membangunkan lebih ramai tenaga kerja berpendidikan tinggi,” kata Hafiz Hafizi dan Hawati.

    Malah, menurut mereka, ramai majikan masih berasa sukar untuk mengisi kekosongan jawatan kerja mahir walaupun jumlah tenaga berpendidikan adalah lebih banyak berbanding jumlah kerja mahir.

    Bagi majikan, calon yang memohon tidak mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran teknikal yang diperlukan.

    Persepsi itu wujud, antara lain, disebabkan pemilihan bidang pengajian yang tidak selari dengan bidang yang diperlukan industri.

    Data Kementerian Pendidikan Tinggi dan TalentCorp pada 2021 menunjukkan jurang yang besar antara keluaran graduan dengan kehendak industri.

    Sebagai contoh, keluaran graduan Sains Sosial, Perniagaan dan Undang-Undang jauh melebihi kehendak industri dalam bidang tersebut, manakala keluaran graduan bidang Sains, Matematik dan Komputer serta Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak industri.

    Banyak dimensi

    Boleh disimpulkan, isu tawaran pekerjaan mahir di Malaysia menghadapi cabaran pelbagai dimensi. Bukan sahaja tawarannya kurang, malah wujud masalah ketidaksepadanan antara keluaran graduan dengan jumlah pekerjaan serta ketidaksepadanan bidang.

    Bagi Hafiz Hafizi dan Hawati, kedua-dua aspek pengeluaran dan permintaan tenaga kerja perlu diteliti supaya isu tersebut dapat ditangani.

    Kata mereka, penumpuan terhadap mewujudkan lebih banyak kerja mahir perlu dipertingkat melalui pelbagai inisiatif pelaburan dan pembangunan yang lebih bernilai tinggi.

    “Pelaburan untuk menghasilkan tenaga kerja berpendidikan tinggi seharusnya digunakan secara maksimum dalam menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

    Begitu juga hasrat seluruh rakyat Malaysia, seharusnya. Kita tak mahu keupayaan pendidikan tinggi untuk menambah baik taraf hidup anak muda terus diselubung persepsi buruk. – RELEVAN

    featured kerja kerja mahir kerjaya peluang kerja siswazah

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    September 17, 2025

    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    September 17, 2025

    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    September 17, 2025

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    September 17, 2025

    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    September 17, 2025

    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    September 17, 2025

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.