Facebook Twitter
    Trending
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beraya sambil beringat. Jangan pegang, cium anak orang sembarangan

    Beraya sambil beringat. Jangan pegang, cium anak orang sembarangan

    By Umi FatehahApril 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mencium bayi boleh memberi kesan kesihatan yang serius kepada si kecil yang sistem imunnya masih berkembang. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    TIDAK lama lagi, Ramadan akan meninggalkan kita dan diganti pula dengan Syawal. Seronok rasanya apabila berpeluang untuk berkumpul beramai-ramai, lebih-lebih lagi pada hari yang sangat istimewa. 

    Namun, dalam pada berseronok bertukar khabar dan bergurau senda, ada satu perkara penting yang perlu diingatkan: jangan pegang dan cium anak orang sembarangan.

    Perbuatan itu tidak manis dan beradab walaupun ibu bapa bayi itu tidak bersuara. Ada kala, hati mereka meronta-ronta mahu menghalang orang lain menggomol anaknya. Namun, disebabkan tidak mahu merosakkan hari yang gembira, mereka diamkan sahaja. 

    Isu ini bukan timbul atas dasar tidak selesa semata-mata tetapi berkaitan kesihatan anak kecil itu. Mencium bayi boleh memberi kesan kesihatan yang serius kepada si kecil yang sistem imunnya masih berkembang. 

    Berikut merupakan lima risiko mencium bayi dari sudut kesihatan.

    1. Respiratory Syncytial Virus

    Respiratory Syncytial Virus (RSV) ialah keadaan yang sangat serius dan berpotensi membawa maut. Ia boleh dijangkiti melalui sentuhan fizikal atau melalui titisan pernafasan (batuk atau bersin). 

    Sekiranya anda sedang selsema atau secara umumnya dalam keadaan tidak sihat, elakkan daripada memegang, membelai dan, terutamanya, mencium bayi. 

    RSV boleh menyebabkan masalah pernafasan yang teruk dan boleh menjejaskan jantung serta otak.

    1. Melemahkan sistem imun

    Bayi dilahirkan dengan sistem imun yang belum cukup kukuh. Malah, sistem mereka juga perlu bekerja keras untuk menjaga tubuh kecil mereka serta melawan penyakit dan jangkitan.

    Dalam beberapa bulan pertama kehidupan, bayi berada pada tahap yang paling terdedah dan mudah jatuh sakit. 

    Walaupun pipi yang lembut dan gebu itu mungkin menggoda, fikirkan tentang risiko mencium bayi. Bakteria dan kuman bawaan anda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mungkin menjadi punca mereka jatuh sakit. 

    1. Kesan alahan 

    Percaya atau tidak, alat solek dan produk penjagaan muka yang kita pakai boleh menyebabkan alahan kepada bayi. Sama ada ia sekadar pelembab atau gincu, sesetengah bahan boleh memberi kesan kepada bayi.

    Disebabkan itu, kita seharusnya mengelak daripada sesuka hati mencium dan melagakan pipi dengan bayi. Tidak kiralah sama ada tidak memakai alat solek atau produk penjagaan kulit sekalipun, kuman masih ada. Risiko kesihatan bayi akan terjejas itu masih ada.

    Selain itu, tangan kita bukan sentiasa dalam keadaan bersih. Mungkin kita baru selepas makan kekacang dan sisanya tidak dibersihkan. 

    Dalam situasi ini, sekiranya tangan yang mempunyai sisa makanan menyentuh bayi, ia mungkin akan menyebabkan kesan alahan yang mungkin mengancam nyawa.

    1. Penyakit tangan, kaki dan mulut

    Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah penyakit jangkitan virus yang menyebabkan ruam atau lepuh pada tangan dan kaki, serta di sekitar mulut.

    Walaupun sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini, bayi dan kanak-kanak lebih cenderung dan berisiko. Meskipun kebiasaannya tidak mengancam nyawa, ia boleh memberi kesan yang teruk kepada bayi yang mempunyai sistem imun lemah. 

    Bagi peringkat kanak-kanak pula, mereka yang terkesan mungkin terpaksa tidak bersekolah untuk tempoh masa yang tertentu.

    Bagi ibu bapa yang serba salah mahu menegur individu yang memegang dan mencium anak anda, jangan segan silu untuk melindungi anak-anak. Apa yang penting, teguran itu hendaklah dilakukan dengan cara yang tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. – RELEVAN

    beraya cium anak featured kesihatan pegang anak
    Artikel Terkini

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.