Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 peringatan ketika beraya agar badan kekal sihat

    5 peringatan ketika beraya agar badan kekal sihat

    By Umi FatehahApril 1, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 peringatan ketika beraya agar badan kekal sihat. - GAMBAR HIASAN ANNAS ARFNAHRI/UNSPLASH

    BERBAKI beberapa hari sahaja sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini.

    Pasti ramai antara kita sudah mula sibuk membuat persiapan seperti baju raya, kuih raya, menukar duit raya, merangka perjalanan untuk pulang ke kampung dan tidak ketinggalan, acara meneka warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

    Dalam pada kita seronok membuat persiapan dan menunggu tibanya Syawal, ada beberapa peringatan yang ingin disampaikan agar masing-masing tidak lupa untuk menjaga kesihatan. 

    1. Banyakkan minum air

    Disebabkan sepanjang tempoh berpuasa kita tidak boleh makan dan minum, ada kemungkinan badan berada dalam keadaan dehidrasi. Jadi, seeloknya banyakkan minum air di samping makan rendang, ketupat dan juadah raya yang lain. 

    Tetapi, jika terlebih minum air ada juga padahnya. Setiap orang dewasa yang sihat memerlukan 35 mililiter air setiap hari bagi setiap kilogram berat badan.

    Secara amnya, individu dengan berat 50 kilogram memerlukan 1.7 liter air. Manakala individu dengan berat 60 kilogram perlu mengambil 2.1 liter air dan berat badan 70 kilogram memerlukan 2.4 liter air.

    1. Makan juadah raya sambil beringat

    Tidak ada salahnya untuk menikmati juadah raya yang pelbagai tetapi ambil dalam kuantiti berpatutan. 

    Juadah raya ialah makanan yang paling dirindui kerana hanya boleh menikmatinya ketika Aidilfitri sahaja. Jadi, sesiapa yang sedang berdiet juga tidak mampu menolak godaan rendang, kuah kacang, ketupat dan pelbagai jenis kuih raya.

    Oleh itu, cuba untuk mengawal pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula berlebihan, berlemak dan masin. 

    Badan kita mungkin mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mendapat isyarat bahawa perut sudah penuh dan kekenyangan. Jadi, anda disarankan untuk makan dengan perlahan-lahan dan dalam bahagian yang kecil. Cara ini juga dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kecenderungan untuk makan berlebihan.

    1. Elak keluar rumah terlalu kerap

    Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tidak ada salahnya sekiranya anda lebih memilih untuk duduk di rumah dan tidak menyertai rombongan beraya. Sebab perubahan cuaca yang mendadak akan memberi kesan kepada kesihatan kita.

    Sekiranya masih mahu keluar beraya, elakkan terdedah kepada matahari terik antara pukul 11 pagi hingga 3 petang. Jangan lupa untuk memakai krim pelindung matahari, topi dan cuba untuk sejukkan badan setelah terdedah kepada matahari terik.

    1. Pantau keadaan kesihatan masing-masing

    Bagi individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, anda bukan sahaja perlu menjaga pemakanan. Tetapi anda juga perlu memeriksa paras glukosa secara berkala. 

    Perhatikan juga simptom hiperglisemia (paras glukosa terlalu tinggi) seperti berikut:

    • Kerap buang air kecil
    • Dahaga yang melampau
    • Penglihatan kabur
    • Keletihan
    • Sakit kepala
    1. Kekal aktif

    Ketika berpuasa selama sebulan, mungkin ramai yang tidak berpeluang untuk bersenam kerana ingin mengisi masa dengan beribadat. Jadi, ambil peluang dalam bulan Syawal untuk tingkatkan aktiviti bersenam.

    Meskipun pada kebanyakan masa kita mungkin tergoda dengan jemputan rumah terbuka dan pelbagai juadah raya yang enak, cuba sekurang-kurangnya bersenam sekali seminggu. Sekiranya tidak mampu, teruskan bergerak dengan aktif melalui banyakkan berjalan di sekitar kawasan rumah. – RELEVAN

    Previous ArticleLaila yang qadar: Sejarah, tanda dan galakan menyembunyikan penemuannya
    Next Article Mengenali siling kertas: perintang halimunan yang menyekat bakat pekerja tanpa ijazah

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.