Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ulser mulut kerana dehidrasi? ini punca dan cara merawatnya

    Ulser mulut kerana dehidrasi? ini punca dan cara merawatnya

    By Zubaidah IbrahimFebruary 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ULSER pada mulut muncul dengan tompok berwarna putih kebiasaannya di bibir, gusi, lidah, pipi bahagian dalam dan tekak.

    KEMUNCULAN ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan sangat meresahkan. Nak makan dan minum tidak selesa. Bukan itu sahaja, rasa pedih yang berpanjangan itu membuatkan anda berasa serba tidak kena.

    Ulser pada mulut muncul dengan tompok berwarna putih kebiasaannya di bibir, gusi, lidah, pipi bahagian dalam dan tekak. Oleh itu, pesakit juga berasa tidak selesa ketika bercakap dan memberus gigi.

    Ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi kerana tidak cukup minum air putih dan juga badan terlalu panas. Tetapi apa sebenarnya punca kepada masalah ini?

    Menurujuk kepada Healthdirect, tiada siapa yang tahu punca sebenar ulser mulut, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan masalah itu seperti berikut: 

    • Tekanan, kebimbangan atau perubahan hormon
    • Kecederaan pada mulut seperti kesan daripada gigi tajam, gigi palsu atau pendakap gigi
    • Tindak balas terhadap makanan atau ubat gigi tertentu
    • Jangkitan dan penyakit seperti penyakit seliak
    • Penggunaan ubat-ubatan dan rawatan perubatan tertentu
    • Kekurangan vitamin

    Bila perlu berjumpa doktor?

    Kebanyakan ulser mulut akan sembuh dengan sendirinya dalam masa satu atau dua minggu. Jika ulser mulut anda terjadi dalam tempoh yang lama atau ia berulang kembali, anda perlu berjumpa doktor kerana ia mungkin petanda masalah yang lebih serius. 

    Selain itu, segera berjumpa dengan doktor jika ulser mulut itu menjadi semakin teruk dengan gejala penyakit umum seperti berikut: 

    • Penurunan berat badan, sakit perut dan demam yang tidak dapat dijelaskan
    • Lendir atau darah dalam najis
    • Kekakuan leher dan keletihan
    • Ulser di sekitar dubur

    Doktor biasanya boleh mendiagnosis ulser mulut dengan hanya melihatnya. Doktor juga mungkin bertanya soalan berkaitan simptom, diet, sejarah perubatan dan ubat yang anda kerap ambil.

    Jika doktor berpendapat bahawa ulser mulut anda mengalami jangkitan, mereka mungkin melakukan ujian calitan pada ulser untuk mengesahkan jangkitan dan membantu menentukan rawatan yang betul.

    Bagaimanakah ulser mulut dirawat?

    Selalunya, ulser mulut sembuh sendiri tanpa rawatan. Walaupun begitu, anda boleh melegakan ketidakselesaan itu dengan gel mulut anestetik kebas yang disapu pada kawasan yang terkena mata ikan. Gel ini boleh dibeli di Farmasi.

    Di samping itu, anda juga boleh mencuba beberapa petua seperti berikut: 

    • Jangan sentuh kawasan yang sakit. Menyentuh boleh mengganggu proses penyembuhan dan juga boleh merebakkan jangkitan. Jika anda perlu menyentuh kawasan tersebut, pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas.
    • Gunakan berus gigi yang lembut.
    • Jika luka itu sangat menyakitkan sehingga anda tidak boleh menggosok gigi, gunakan ubat kumur yang mengandungi chlorhexidine. Ia boleh dibeli di farmasi dan beberapa pasar raya. 
    • Elakkan penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol.
    • Berkumur dengan air garam boleh membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan kemungkinan jangkitan. Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air. Ambil seteguk air garam itu dan biarkan di dalam mulut selama dua minit, kemudian meludahkannya. Ulangi proses ini sebanyak empat kali sehari.
    • Makan makanan yang lembut.
    • Elakkan makanan dan minuman yang sangat panas atau pedas. Minum air sejuk boleh membantu meredakan kesakitan.
    • Jika mulut anda sangat sakit, cuba minum dengan menggunakan penyedut minuman.- RELEVAN
    Previous ArticleResume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman
    Next Article Bersedia hadapi musim panas, ikuti 6 tip ini

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.