Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azman Hashim dimasyhur Canselor UCMI

    Azman Hashim dimasyhur Canselor UCMI

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 15, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AZMAN HASHIM (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Canselor UCMI daripada Mohd. Daud (tengah) sambil disaksikan Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd. Azizi Wan Sulaiman.

    TOKOH perbankan, Tan Sri Azman Hashim dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dalam majlis pemasyhuran yang julung kali diadakan sempena Majlis Konvokesyen kali ke-14 kolej tersebut pada 13 Januari lalu.

    Pemasyhuran tersebut dibuat selepas pelantikannya diperkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan AGong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Menurut UCMI, pelantikan Azman sebagai canselor adalah pilihan tepat berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam industri kewangan.

    Katanya, kejayaan Azman membangunkan Kumpulan Ambank mengangkat beliau sebagai antara pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan.

    “Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi Malaysia, menjadikan beliau tokoh yang amat disegani,” kata kolej itu dalam kenyataan pada 13 Januari.

    Turut dimasyhurkan dalam acara tersebut ialah Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail sebagai Pro-Canselor UCMI.

    Asma merupakan tokoh pendidikan yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi dan ekosistem pembangunan sains di Malaysia, malah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    Jelas UCMI, antara kejayaan signifikan Asma ialah penemuan saintifik yang membawa kepada penghasilan 16 paten yang dikomersialkan di seluruh dunia serta menghasilkan ujian diagnostik pantas demam tifoid yang turut mendapat sokongan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

    “Pelantikan kedua-dua tokoh ini mampu menjadi pemangkin usaha UCMI untuk mencapai taraf universiti penuh menjelang 2025,” katanya.

    Majlis pemasyhuran tersebut disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Mohd. Daud Bakar.

    Sementara itu, seramai 1,029 graduan yang layak bergraduat telah menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil dalam  Majlis Konvokesyen UCMI kali ke-14 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

    Dalam majlis itu, UCMI pertama kali memperkenalkan Anugerah Canselor sempena pemasyhuran canselor pertamanya.

    Penerimanya, Nurshazwani Abd. Jalani merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Farmaseutikal (Kepujian) dan Fakulti Farmasi.

    Selain itu, graduan Diploma Sains Perubatan, Wal Ikhwan Mustafa dari Fakulti Kesihatan pula menerima Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP. – RELEVAN

    Previous ArticleKatakan ‘tidak’ kepada anak-anak? Ibu bapa boleh cuba 5 cara ini
    Next Article Berdengkur biasa atau sleep apnea? Perhatikan tanda amaran ini

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.