Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu cepat capai target simpanan? Ikuti 7 langkah ini!

    Mahu cepat capai target simpanan? Ikuti 7 langkah ini!

    By Umi FatehahDecember 25, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu cepat capai target simpanan? Ikuti 7 langkah ini! - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun baharu, 2024. Untuk tahun baharu ini, pasti ramai yang sedang merangka rencana kehidupan seterusnya.

    Sama ada mahu membeli rumah atau kereta baharu atau bercita-cita untuk berkahwin pada tahun hadapan, segalanya memerlukan wang.

    Meskipun kata-kata wang itu tidak menjamin kebahagian ada betulnya, namun segalanya memerlukan wang. Untuk itu, pasti kita pernah terfikir bagaimanakah cara untuk mempercepatkan peningkatan jumlah simpanan? Berikut ialah beberapa cara yang anda boleh cuba lakukan.

    1. Belajar dan fahami situasi kewangan anda

    Petua ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan bagi mengawal kewangan peribadi. Sebelum mula menyimpan wang setiap bulan, anda perlu memahami aliran tunai. 

    Ini bermakna setiap aliran pendapatan masuk dan keluar, termasuk sebarang pembayaran balik hutang, bil bulanan dan sumbangan simpanan perlu diambil kira.

    Mulakan dengan catat setiap perbelanjaan selama 30 hari untuk mengenal pasti tabiat berbelanja. 

    Kemudian, bandingkan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan bulanan. Adakah anda terlebih berbelanja? Jika ya, anda perlu mengenal pasti manakah perkara yang perlu dikurangkan perbelanjaan.

    1. Hapuskan hutang jahat

    Sebelum mula menyimpan, cuba untuk menyelesaikan sebarang baki tertunggak pada hutang jahat sedia ada. Hutang jahat yang dimaksudkan ialah apa sahaja hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi seperti hutang kad kredit.

    Semakin lama anda menangguhkan pembayaran hutang, semakin besar jumlah hutang tersebut. 

    Hal ini kerana nilai faedah akan meningkat dari masa ke masa. Jika anda menangguhkan pembayaran hutang anda, faedah yang terakru akan menyebabkan anda perlu menggunakan setiap wang yang disimpan hanya untuk membayar hutang.

    Untuk bebaskan diri daripada belenggu hutang, pertimbangkan untuk menggunakan kaedah belanjawan 50/30/20. Baca artikel 7 langkah bina belanjawan dengan peraturan 50/30/20 untuk ketahui lebih lanjut. 

    1. Asingkan akaun simpanan dengan akaun perbelanjaan

    Melalui cara ini, anda tidak akan menggunakan wang simpanan secara sengaja atau tidak sengaja. Katakan, anda mempunyai akaun Bank Islam dan akaun Maybank. Tetapkan akaun Bank Islam sebagai akaun simpanan dan akaun Maybank sebagai akaun perbelanjaan.

    Setiap hari gaji, asingkan sejumlah wang untuk disimpan ke dalam bank simpanan. Jumlah baki wang yang berbaki dalam bank perbelanjaan menunjukkan jumlah wang yang boleh anda gunakan untuk berbelanja.

    Anda juga digalakkan untuk membuat simpanan ke dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB). Anda akan mendapat dividen mengikut jumlah wang simpanan terendah sepanjang tahun. 

    1. Letakkan had perbelanjaan pada kad

    Tetapkan had jumlah yang boleh dibelanjakan untuk kad kredit atau debit anda. Ini menghalang daripada berbelanja berlebihan dan menggalakkan anda menilai semula perbelanjaan harian terlebih dahulu. 

    Terdapat banyak bank yang menawarkan perkhidmatan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi pihak khidmat pelanggan bank masing-masing.

    1. Lakukan kerja sampingan

    Jika anda ingin meningkatkan simpanan bulanan anda dengan serius, anda perlu mempertimbangkan untuk mengambil langkah sampingan. Pertimbangkan untuk lakukan kerja sampingan sekiranya mampu. 

    Sama ada bekerja lebih masa atau lakukan pekerjaan gig, ia sedikit sebanyak akan membantu anda menambah pendapatan. Namun, jangan terlalu memaksa diri. Jangan disebabkan mahu mengejar wang anda pertaruhkan nyawa dan kesihatan.

    1. Batalkan langganan yang tidak penting

    Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai jenis penstriman dalam talian seperti Netflix, Disney+, YouTube Premium dan sebagainya. Pertimbangkan untuk melanggan salah satu sahaja atau batalkan kesemuanya.

    Isi masa lapang yang anda gunakan untuk menonton drama atau filem dengan benda yang lebih berfaedah seperti membaca buku atau menonton rancangan yang mendorong kepada motivasi atau peningkatan jati diri. 

    Alang-alang, perbanyakkan ilmu kewangan dalam dada supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan simpanan dan kurangkan perbelanjaan.

    1. Fikir sebelum berbelanja

    Lumrah manusia, ada sahaja kehendak yang mahu dilayan. Jika sebelum ini anda seorang yang cepat sahaja melayan kehendak, apa kata anda tukar cara berbelanja. Sekiranya anda teringin mahu membeli sesuatu kehendak, fikir dahulu dan tangguhkan untuk beberapa hari. 

    Sekiranya selepas dua minggu anda masih gila bayang, tidak salah untuk anda membelinya. Tetapi, pastikan simpanan anda mempunyai dua hingga tiga kali ganda daripada harga barang yang mahu dibeli. 

    Katakan, anda mahu membeli telefon pintar baharu yang berharga RM4,800. Pastikan anda mempunyai simpanan minimum sebanyak RM9,600 dan ke atas sebelum membelinya. 

    Selain itu, elakkan berhutang. Kalau anda perlu berhutang untuk membelinya, itu bermakna anda belum mampu. Kawal nafsu dan guna dahulu apa yang ada. Kemudian, rancang untuk menabung agar anda dapat membelinya secara tunai. – RELEVAN

    cepat duit featured kahwin kewangan simpanan telefon wang
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.