Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berdiri pun boleh bakar kalori? Ini sebabnya

    Berdiri pun boleh bakar kalori? Ini sebabnya

    By Umi FatehahDecember 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berdiri pun boleh bakar kalori? Ini sebabnya. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    TIDAK semua orang mampu meluangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam dan membakar kalori. Tetapi, tahukah anda kalau berdiri pun boleh membakar kalori?

    Sekadar berdiri sahaja, kalori yang dibakar dapat mengurangkan risiko kesihatan tertentu. Namun, jika mahu menurunkan berat badan, anda perlu melakukan lebih daripada sekadar berdiri.

    Dengan berdiri, anda membakar antara 70 hingga 95 kalori sejam. Semuanya bergantung kepada jantina, umur, ketinggian dan berat badan.

    Duduk pula hanya membakar 65 hingga 85 kalori sejam. Perbezaannya mungkin tidak besar, tetapi ia bertambah dari semasa ke semasa. 

    Ambil perhatian bahawa lelaki biasanya membakar lebih banyak kalori kerana mereka biasanya mempunyai jisim otot yang lebih besar. Lebih banyak jisim otot yang dimiliki, lebih cepat anda membakar kalori.

    Bagaimana dengan berdiri juga boleh membakar kalori?

    Badan anda membakar lebih banyak kalori apabila anda bergerak. Dengan berdiri, anda mengaktifkan jisim otot. Jisim otot ini membantu anda membakar lebih banyak kalori.

    Selain itu, ketika berdiri, anda akan banyak menggerakkan badan. Setiap pergerakan dan regangan kaki boleh bertambah dari semasa ke semasa, seterusnya membakar lebih banyak kalori.

    Faedah sampingan berdiri berbanding duduk

    Selain membakar kalori, berdiri boleh mengurangkan risiko:

    • Kencing manis
    • Serangan jantung
    • Strok
    • Barah

    Ia juga boleh meminimumkan risiko lordosis, iaitu lengkungan ke dalam tulang belakang. Walaupun pada beberapa tahap lengkungan adalah normal, lengkungan yang ketara boleh memberi tekanan yang tidak diperlukan pada tulang belakang.

    Tetapi, jika ia dilakukan secara berlebihan, ada juga buruknya.

    Seperti mana-mana postur badan, berdiri terlalu lama sebenarnya boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

    Kajian yang dilakukan pada 2017 menjalankan pemerhatian terhadap 20 peserta dewasa ketika mereka menyelesaikan dua jam kerja menggunakan komputer secara berdiri.

    Mereka mendapati bahawa selepas dua jam berlalu, para peserta mengalami keadaan mental yang lemah, bengkak pada anggota bawah dan ketidakselesaan keseluruhan badan.

    Tetapi, keupayaan menyelesaikan masalah secara kreatif semasa berdiri menunjukkan peningkatan dalam kalangan peserta yang terlibat.

    Jadi, sekiranya anda sedang mengalami masalah untuk menyelesaikan sesuatu perkara, cuba berdiri atau berjalan buat beberapa ketika sambil berfikir. Siapa tahu, mungkin anda dapat fikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

    Banyakkan berdiri dalam rutin seharian

    Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk banyakkan berdiri di tempat kerja. Pertama sekali, cuba cari meja yang lebih tinggi supaya anda boleh menghadap komputer riba sambil berdiri. 

    Kedudukan berdiri sambil bekerja yang betul juga penting. Pastikan skrin komputer berada pada paras mata bagi mengelakkan anda bongkok. 

    Selain itu, anda boleh juga mula disiplinkan untuk berdiri selepas duduk selama 30 minit. Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat membakar lebih banyak kalori, malah dapat menghilangkan rasa ngantuk dan akan menyegarkan badan.

    Jika anda mengalami rasa sakit semasa berdiri, dapatkan nasihat doktor tentang gejala anda.

    Mudah sahaja bukan untuk menjaga kesihatan? Mulakan dengan banyakkan berdiri, berjalan dan sekiranya mampu, lakukan senaman yang bersesuaian dengan berat badan dan keadaan kesihatan.

    Apa yang penting, jangan terlalu memaksa diri. Sekiranya penat atau lenguh, berehat sebentar. – RELEVAN

    Previous Article6 manfaat air kelapa, tinggi elektrolit semula jadi
    Next Article SuperCamp cipta landskap baharu pendidikan

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.