Facebook Twitter
    Trending
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025
    • Kerjaya

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 azam tahun baharu untuk kesihatan yang lebih baik

    6 azam tahun baharu untuk kesihatan yang lebih baik

    By Umi FatehahDecember 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 azam tahun baharu untuk kesihatan yang lebih baik. - GAMBAR HIASAN DAN GOLD

    TAHUN baharu menandakan permulaan baharu. Bagi sesetengah orang, permulaan baharu juga termasuklah menetapkan matlamat untuk meningkatkan tahap kesihatan seperti menurunkan berat badan, mengikuti diet yang lebih sihat dan memulakan rutin senaman.

    Walau bagaimanapun, resolusi kesihatan dan kesejahteraan yang dipilih oleh ramai orang adalah tidak mampan, menyebabkan resolusi ini hanya bertahan dalam masa beberapa minggu sahaja. Itulah sebabnya ramai orang membuat azam yang sama tahun demi tahun.

    Untuk memecahkan kitaran itu, penting untuk membuat resolusi yang bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan tetapi juga mudah dan sesuai untuk dilakukan. Berikut ialah enam azam tahun baharu dari sudut kesihatan yang boleh anda lakukan.

    1. Kurangkan makan makanan terproses

    Salah satu cara yang paling mudah dan paling mampan untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan adalah dengan mengurangkan makan makanan terproses.

    Sebaiknya, perbanyakkan makan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin penuh dan ikan. Makanan-makanan ini mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk berfungsi pada tahap optimum.

    Yang disebutkan di atas boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, berat badan dan paras gula darah dengan ketara, serta mengurangkan risiko penyakit tertentu, seperti diabetes (jenis 2).

    Bagaimanapun, menambah lebih banyak makanan berkhasiat ke dalam diet anda perlu dilakukan dengan perlahan dan konsisten. Sebagai contoh, jika anda tidak biasa makan sayur-sayuran, mulakan dengan menambah satu hidangan sayuran ke dalam diet setiap hari.

    1. Kurangkan duduk, banyakkan bergerak

    Pekerjaan atau kehidupan yang tidak aktif menyebabkan ramai orang duduk lebih lama daripada tempoh yang sepatutnya. 

    Terlalu banyak duduk boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Malah, ia mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian keseluruhan.

    Membuat resolusi untuk kurangkan duduk adalah azam yang mudah dan boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda. 

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai kerja yang memerlukan tempoh duduk yang lama, tanam azam untuk berjalan kaki selama 15 minit semasa makan tengah hari atau bangun dan berjalan selama 5 minit setiap jam.

    1. Kurangkan minuman manis

    Menurut Healthline, mengurangkan minuman manis ialah idea yang bijak memandangkan minuman manis dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti, hati berlemak, penyakit jantung dan rintangan insulin. 

    Walaupun berhenti daripada meminum manis secara mendadak tidak salah, lebih baik jika anda mengurangkan pengambilan secara beransur-ansur.

    1. Dapatkan tidur yang lebih berkualiti

    Tidur adalah komponen penting dalam kesihatan keseluruhan dan tidur yang kurang dan tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan. 

    Sebagai contoh, kurang tidur boleh meningkatkan risiko penambahan berat badan, penyakit jantung dan kemurungan.

    Namun, ramai juga yang mengalami masalah kesukaran tidur. Jadi, penting untuk anda memberi tumpuan kepada jadual dan gaya hidup bagi menentukan cara terbaik untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti tidur.

    1. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

    Mendapatkan pemeriksaan secara berkala adalah penting atas banyak sebab. Melakukan pemeriksaan darah dan pemeriksaan lain yang diperlukan boleh membantu mengesan masalah kesihatan sebelum ia berubah menjadi sesuatu yang lebih serius.

    Walaupun jadual pemeriksaan bersama doktor bergantung kepada banyak perkara termasuk jenis rawatan perubatan, umur dan sejarah perubatan, kebanyakan pakar mengesyorkan berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan.

    1. Jaga gigi

    Artikel ‘Jaga gigi untuk jaga diri’ yang dikongsikan Relevan sebelum ini menceritakan kepentingan penjagaan gigi untuk kesihatan menyeluruh yang lebih terjamin. 

    Justeru itu, menjaga kesihatan gigi dan mulut ialah idea azam tahun baharu yang boleh dan harus dikekalkan sepanjang hayat.

    Memberus dan flos gigi dengan kerap boleh membantu mencegah keadaan mulut yang tidak baik seperti penyakit gusi dan nafas berbau. 

    Lebih-lebih lagi, terdapat beberapa penyelidikan mendedahkan bahawa penyakit gusi mungkin dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang serius seperti Alzheimer dan penyakit jantung. Perkara ini menjadikan penjagaan mulut menjadi lebih penting. – RELEVAN

    azam tahun baharu berkhasiat sihat doktor featured kesihatan makanan
    Artikel Terkini

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    June 12, 2025

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.