Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Siapa Yahudi, Israel dan Zionis? Sejarah yang wajib kita tahu

    Siapa Yahudi, Israel dan Zionis? Sejarah yang wajib kita tahu

    By Zubaidah IbrahimOctober 30, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    YAHUDI di bawah Theodor Herzl (1860-1904) telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia. - PIXABAY

    SEBUT sahaja nama Yahudi, pasti kita tergambar kekejaman yang tidak terjangkau dek akal ke atas rakyat Palestin. Sudah lupakah mereka suatu ketika dahulu merayu perlindungan di tanah Palestin akibat kekejaman Jerman?

    ‘Bagai melepaskan anjing tersepit’, sedikit demi sedikit tanah Palestin di rampas dan kini rakyat Palestin berada di penjara terbesar dunia menanti ajal datang menjemput.

    Kita semua perlu tahu asal usul bangsa Yahudi agar tidak terus tertipu dengan penyebaran berita yang cuba menimbus kebenaran dan menutup kezaliman mereka.

    Asal usul Yahudi

    Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Dungun, Terengganu, Dr. Abdul Wahab Md. Ali menceritakan dengan lebih lanjut sejarah dan asal usul Yahudi.

    ABDUL WAHAB

    “Ahmad Syalabi dalam bukunya menyatakan bahawa pada peringkat awal, bumi Palestin diduduki oleh kabilah Arab yang berhijrah dari Semenanjung Tanah Arab ke arah utara kerana kemarau teruk di sana.

    “Kabilah ini dikenali dengan nama Phoenicia kira-kira 3000 Sebelum Masihi (SM), kemudian beberapa kabilah lain seperti Kan’aan mendiami kawasan ini lalu ia dikenali sebagai bumi Kan’aan sekitar tahun 2500 SM.

    “Nabi Ibrahim dan pengikutnya adalah antara kabilah yang mengembara dan menetap di Kan’aan ini,” katanya.

    Kisah perpindahan ini dirakamkan dalam surah al-Anbiyak ayat 71 yang bermaksud, “Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami berkatinya untuk sekalian manusia.” Kelompok ini dan seluruh keturunannya dinamakan Ibrani.

    “Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak.

    “Ismail merupakan putera sulung hasil perkahwinan dengan Siti Hajar manakala Ishak anak hasil perkahwinan yang pertama dengan Siti Sarah.

    “Dari keturunan Ismail inilah lahirnya bangsa Arab yang digelar Arab Musta’ribah.  Ishak dilantik untuk memimpin kaum Ibrani selepas kewafatan ayahnya,” jelasnya.

    Setelah kewafatan Ishak tanggungjawab memimpin kaum Ibrani itu diambil oleh anaknya, Yaakub.  

    Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak dari empat orang isteri. Beliau digelar Israil iaitu hamba atau pejuang Allah. Keturunannya digelar Bani Israil atau anak-anak Yaakob. Keturunannya juga disebut dengan bangsa Yahudi merujuk kepada salah seorang anaknya iaitu Yahuda.

    Bani Israil sebelum memasuki Palestin

    Yaakub dan keturunannya mendiami bumi Kan’aan (Palestin). Oleh kerana terjadi kemarau yang panjang, mereka telah berpindah dari Palestin ke Mesir atas anjuran salah seorang anaknya yang menjadi pembesar Mesir iaitu Nabi Yusuf.

    “Di Mesir, mereka hidup dengan baik bersama rakyat tempatan namun, setelah berkembangnya Bani Israil, mereka tidak disukai dan dimusuhi oleh penduduk Mesir.

    “Ini kerana, sebahagian besar Bani Israil bersikap sombong dan berbangga dengan status mereka sebagai bangsa pilihan. Kemuncaknya, Firaun selaku raja Mesir mengeluarkan perintah agar dibunuh anak-anak lelaki Bani Israil sehinggalah lahirnya Nabi Musa,” ceritanya.

    Oleh kerana Bani Israil menanggung ujian yang berat, Nabi Musa menyelamatkan kaumnya dengan membawa mereka keluar dari Mesir menuju ke Palestin.

    Setelah terselamat dan ditunjukkan pelbagai mukjizat, kaumnya tetap ingkar arahan Nabi Musa untuk masuk ke Palestin. Mereka tidak mahu berjuang sebaliknya ingin masuk dengan mudah tanpa perang.

    Disebabkan itu, Allah menghukum Bani Israil dengan dibiarkan tersesat di lembah sekitar Sinai selama 40 tahun dan tempat itu digelar sebagai Lembah Tih.

    Setelah wafatnya Nabi Musa sekitar 1200 SM, tanggungjawab kepimpinan diserahkan kepada Yusya’ bin Nun atau disebut Joshua bagi orang Yahudi. Beratus-ratus tahun selepas itu, barulah orang Bani Israil berjaya memasuki bumi Palestin.

    Bani Israil selepas memasuki Palestin

    “Setelah berjaya menguasai sebahagian bumi Palestin, Yusya’ bin Nun telah membahagikan kawasan tersebut kepada 12 bahagian sesuai dengan 12 puak yang ada ketika itu.

    “Selepas itu, kepimpinan Bani Israil dipegang oleh Thalut sekitar tahun 1100 SM. Kerajaan mereka ketika itu berperang dengan Raja Jalut atau Goliath.

    “Dalam satu peperangan, Jalut mati dibunuh seorang tentera bawahan bernama Daud dan akhirnya diangkat menjadi raja Bani Israil yang agung,” katanya.

    Ketika pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Sulaiman inilah telah dibina Haikal Sulaiman, sebuah tempat ibadat suci mereka.

    Orang Yahudi mendakwa di bawah Masjidil Aqsa terdapat Haikal Sulaiman yang hilang.

    Menurut sejarah, kerajaan Bani Israil di Palestin hancur setelah ditewaskan oleh tentera Babylon di bawah Raja Nebukhadnesar.

    Kemuncak Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin ialah setelah mereka melakukan pemberontakan pada zaman pemerintahan Rom sekitar tahun 70 Masihi. Mereka lari bertebaran di serata dunia dan hidup sebagai komuniti kecil tanpa sebuah negara sendiri.

    Yahudi Itu zionis?

    Adakah Yahudi itu semuanya zionis dan sebaliknya? Zionis itu pada asalnya satu gerakan keagamaan Yahudi sebelum berubah menjadi gerakan politik.

    “Ia berkait dengan konsep Messiah atau penyelamat yang akan datang akhir zaman untuk menyelamatkan mereka.

    “Yahudi di bawah Theodor Herzl (1860-1904) telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia.

    “Maka bermulalah Zionisme sebagai sebuah gerakan politik. Theodor Herzl dikatakan sudah berputus asa dengan keadaan Eropah yang memusuhi bangsa Yahudi. Satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan kelahiran sebuah negara Israel,” terangnya.

    Yahudi yang ada sekarang bukan semuanya zionis. Bahkan banyak pertubuhan dan mazhab dalam Yahudi yang tidak bersetuju dengannya.

    Ia sudah berubah dari pertubuhan agama kepada gerakan politik yang bermatlamat untuk mengembalikan semangat kaum Yahudi yang tersebar ke seluruh pelosok dunia ke Palestin iaitu di bukit Zion dan sekitarnya.- RELEVAN

    Previous ArticleKes kaki patah dijangka meningkat 3.5 kali ganda, perlu tingkat kesedaran tentang osteoporosis
    Next Article Penyakit jantung iskemia punca kematian utama untuk lelaki, pneumonia untuk perempuan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.