Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kerjaya dan mengapa ia penting

    Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kerjaya dan mengapa ia penting

    By Umi FatehahOctober 31, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kerjaya dan mengapa ia penting. - GAMBAR HIASAN MIMITHIAN/UNSPLASH

    PERNAHKAH anda mendengar pepatah Inggeris, “if you’re not growing, you’re dying“? Ia mungkin agak dramatik tetapi ada benarnya.

    Tanpa perkembangan dari sudut peribadi dan kerjaya yang konsisten, kita tersekat pada satu fasa sama dalam kehidupan pada tempoh yang lama: simptom lesu upaya yang lazim dalam kalangan pekerja.

    Sebelum topik ini dikupas dengan lebih lanjut, fahamkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan atau perkembangan kerjaya.

    Perkembangan kerjaya ialah perjalanan ke arah apa yang anda ingin capai untuk kerjaya. Ini adalah cara anda beralih daripada pekerjaan pertama sebagai pemula, kepada jawatan yang lebih besar seperti pengurus. 

    Sama ada anda ingin menjadi ketua eksekutif (CEO) di syarikat atau memulakan perniagaan sendiri, perkembangan kerjaya ialah proses jangka panjang untuk bergerak ke arah matlamat profesional utama anda.

    Tidak tahu di mana dan apa yang perlu dilakukan untuk perkembangan kerjaya? Jangan risau, berikut Relevan senaraikan tip untuk melakukannya.

    1. Katakan “ya” untuk peluang baharu

    Setiap kali peluang baharu yang lebih besar datang, adakah anda terus katakan tidak tanpa berfikir panjang? 

    Sama ada kita terlalu sibuk, tertekan atau tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kita perlu menyedari bahawa mengatakan “ya” dengan lebih kerap boleh membantu perkembangan kerjaya. 

    Mengambil bahagian dalam program bimbingan atau peningkatan kemahiran, ia akan membantu anda mengambil langkah seterusnya untuk perkembangan kerjaya. 

    Menerima tanggungjawab pekerjaan yang baharu juga boleh mendorong untuk mempelajari kemahiran yang berharga. Melakukan pekerjaan sampingan atau projek bebas juga akan membantu mencari minat baharu dan membina portfolio pekerjaan yang lebih mampan.

    Salah satu daripada peluang ini boleh menjadi apa yang diperlukan untuk terus mengembangkan kerjaya dan mencapai matlamat kerja anda. Anda hanya perlu bersedia untuk berkata “ya.”

    1. Bina kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan

    Jika anda ingin maju dalam laluan kerjaya anda, mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan adalah sangat penting. 

    Sebagai contoh, kemahiran komunikasi boleh membantu anda berjaya dalam temu duga atau bercakap tentang kenaikan pangkat yang lebih layak. 

    Ia juga akan membantu anda menjadi penyelesai masalah yang lebih baik dan membuat hubungan dengan rakan sekerja atau mana-mana individu berpengaruh demi peluang pekerjaan yang lebih besar.

    Kemahiran kerja berpasukan pula penting kerana kebanyakan pekerjaan memerlukan anda bekerja dengan baik bersama orang lain. Ia bermakna anda mampu membina rasa hormat dan kepercayaan dengan ahli pasukan supaya boleh mencapai matlamat pasukan yang ditetapkan oleh syarikat atau pengurus.

    Akhir sekali, sama ada anda mengetuai pasukan atau tidak, kemahiran kepimpinan diperlukan pada setiap peringkat kerjaya. Jadilah pemimpin dengan melakukan kerja berkualiti tinggi, mempunyai personaliti yang hebat dan menyokong rakan sekerja. 

    Semua kemahiran ini akan menunjukkan kepada pihak pengurusan bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan untuk meningkatkan tangga kerjaya.

    1. Jadikan membina rangkaian sebagai satu keutamaan

    Tahukah anda bahawa 31 peratus pemburu kerja mencari pekerjaan melalui hubungan profesional? 

    Bina rangkaian dengan orang lain dalam syarikat dan industri adalah salah satu cara terbaik untuk mencapai matlamat pertumbuhan kerjaya. 

    Anda boleh bertemu rakan sekerja dalam peranan yang sama kerana mereka berpotensi menjadi rakan usaha sama yang berharga di kemudian hari. Atau, anda boleh berjumpa dengan mentor yang boleh berkongsi nasihat tentang langkah pertumbuhan kerjaya yang seterusnya.

    Berikut ialah beberapa cara untuk memulakan rangkaian untuk pertumbuhan kerjaya anda:

    • Hadir persidangan industri di mana anda boleh bertemu orang baharu dalam bidang anda
    • Manfaatkan rangkaian LinkedIn dengan meminta connection untuk berbual berkaitan kerjaya atau melakukan temu bual yang bermaklumat 
    • Luangkan masa untuk makan bersama atau sekadar minum kopi bersama rakan sekerja daripada jabatan lain supaya boleh belajar tentang pekerjaan masing-masing
    • Sertai persatuan yang berkaitan dengan industri di mana anda boleh berhubung dengan orang lain
    1. Tentukan apa yang anda mahukan dan bina perancangan

    Kadang-kadang, kita mungkin tidak tahu apa yang kita mahu untuk kerjaya. Mungkin anda tidak berminat dengan jenis kerja yang dilakukan. 

    Penting untuk diingatkan bahawa pertumbuhan kerjaya tidak selalunya lancar. Kadangkala, ia melibatkan perubahan kerjaya atau langkah lain supaya anda jumpa apa yang dicari.

    Sebagai contoh, katakan anda bekerja dalam bidang pemasaran tetapi sentiasa ingin tahu tentang kerjaya kejuruteraan perisian. Syarikat anda mungkin membenarkan anda kekal pada tahap yang sama tetapi berpindah ke jabatan baharu. 

    Atau mungkin anda bekerja dalam industri kewangan tetapi sentiasa mahu melakukan pemasaran untuk syarikat kecantikan.

    Anda boleh mengambil pekerjaan baharu dengan tanggungjawab yang sama di syarikat yang lebih diminati. Kedua-dua cara ini merupakan usaha yang terbaik untuk terus mengembangkan kerjaya walaupun anda tidak pasti matlamat kerjaya utama.

    Akhir sekali, jika anda benar-benar tidak pasti apa yang anda mahu lakukan dengan hidup, mungkin sudah tiba masanya untuk lebih mengenali diri sendiri. 

    Dengan meluangkan masa untuk merenung perkara yang disukai, tidak suka dan ingin pelajari, anda boleh mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apa yang ingin dicapai dalam kerjaya. – RELEVAN

    Previous ArticlePenyakit jantung iskemia punca kematian utama untuk lelaki, pneumonia untuk perempuan
    Next Article 76.5% isi rumah miliki rumah, hampir 100% ada akses bekalan elektrik

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.