Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Graduan baharu boleh runding gaji lebih tinggi dengan 5 cara ini

    Graduan baharu boleh runding gaji lebih tinggi dengan 5 cara ini

    By Zubaidah IbrahimSeptember 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GRADUAN baharu boleh membuat rundingan gaji dengan bakal majikan untuk mendapat bayaran lebih tinggi.- GAMBAR HIASAN/TIMA MIROSHNICHENKO/PEXELS

    SELEPAS menamatkan pengajian, langkah seterusnya adalah memburu peluang pekerjaan. Macam-macam pekerjaan telah dipohon mengikut kelayakan masing-masing dan gaji yang dirasakan setimpal.

    Bergelar graduan baharu dan kurang berpengalaman dalam dunia pekerjaan menyebabkan kebanyakan mereka sanggup menerima tawaran gaji lebih rendah. Ada yang merasakan tidak layak untuk menerima gaji lebih tinggi kerana tidak mempunyai pengalaman kerja.

    Ada juga majikan yang mengambil kesempatan di atas keadaan tersebut dengan menawarkan gaji yang tidak setimpal.

    Usah risau, di sini Relevan mencadangkan 5 cara untuk graduan baharu membuat rundingan gaji dengan bakal majikan sebelum menerima tawaran kerja seperti dikongsikan di Prosple.

    1. Siapkan diri dengan maklumat

    Penting untuk anda mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang diminta, syarikat yang bakal berkhidmat dan gaji bersesuaian dengan pekerjaan tersebut.

    Ambil perhatian tentang pekerjaan dan kemahiran yang paling banyak permintaan di pasaran kerja. Dapatkan juga nasihat daripada senior dan rakan.

    Dengan berbekal maklumat tersebut, anda boleh membuat rundingan gaji dengan lebih yakin.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip untuk graduan baharu mendapat pekerjaan pertama

    Walaupun sebagai graduan baru, anda boleh berunding dengan lebih yakin jika jawatan yang anda mohon atau kemahiran yang anda miliki adalah in-demand.

    1. Bermula dengan gaji lebih tinggi

    Peraturan asas untuk setiap rundingan ialah bermula dengan nilai tinggi dan diturunkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai persetujuan dengan gaji yang dimahukan.

    Menyatakan gaji yang lebih tinggi pada awal perbincangan memberi anda dan bakal majikan lebih banyak ruang untuk berunding.

    1. Jangan kaitkan dengan hal peribadi

    Melainkan ditanya, jangan nyatakan sebarang hal peribadi semasa membuat rundingan gaji.

    Jangan nyatakan permintaan anda untuk mendapatkan gaji yang tinggi itu disebabkan mahu menyara hidup atau komitmen perbelanjaan bulanan.

    Setiap orang mempunyai perjuangan mereka dan perekrut anda mungkin melalui perkara serupa.

    Sebaliknya, fokus kepada pencapaian dan set kemahiran yang boleh anda sumbangkan kepada bakal majikan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Realiti gaji rendah rakyat Malaysia

    1. Jadi orang pertama yang meletakkan nilai gaji

    Anda boleh menetapkan berapa banyak gaji ideal yang dirasakan sesuai dengan kelayakan anda.

    Langkah pertama itu membolehkan anda tahu mengenai bajet syarikat tersebut untuk membayar gaji bagi jawatan tersebut.

    Elakkan meletakkan julat gaji kerana ia mendorong bakal majikan memilih gaji lebih rendah. Sebaliknya, nyatakan terus nilai yang spesifik.

    1. Jangan terburu-buru terima tawaran kerja

    Siapa tidak teruja berjaya diterima kerja. Apatah lagi ia kerja pertama selepas menamatkan pengajian.

    Walaupun anda diberi tawaran kerja yang dianggap baik dengan gaji ideal, maklumkan kepada perekrut bahawa anda mahukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

    Menerima tawaran kerja adalah keputusan besar dalam kerjaya anda dan perlu dipertimbangkan dengan bijaksana.

    Anda mungkin berubah fikiran, menerima tawaran kerja daripada syarikat lain atau ingin berunding untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.- RELEVAN

    Previous Article5 negara dengan kadar gaji minimum tertinggi di dunia
    Next Article Yang penting dalam laporan Kajian Separuh Penggal RMK12

    Artikel berkaitan

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026

    Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.