Facebook Twitter
    Trending
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip untuk graduan baharu mendapat pekerjaan pertama

    5 tip untuk graduan baharu mendapat pekerjaan pertama

    By Umi FatehahAugust 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tip untuk graduan baharu mendapat pekerjaan pertama. - GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALI

    TAHNIAH diucapkan kepada semua graduan! Anda sudah melakukan yang terbaik. Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan. 

    Selepas tamat belajar, anda tidak lagi bergelar sebagai seorang pelajar. Anda sudah mula perlu melangkah ke alam dewasa yang bekerja. Pasti ramai di antara anda yang sedang takut, gementar dan cemas apabila memikirkan tentang kerja. 

    Proses pencarian kerja pula boleh menjadi sangat mencabar. Jadi, kami kongsikan tip kepada graduan baharu untuk mendapat pekerjaan pertama sebagai panduan.

    1. Wujudkan mindset yang kuat

    Kekal positif dalam perjuangan mencari kerja ini adalah satu kemestian. Anda perlu bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kegagalan temuduga atau terlepas peluang. Tetapi, ini perkara biasa lebih-lebih lagi jika ia adalah kali pertama anda untuk mencari kerja. 

    Perlu diingat bahawa persaingannya yang sukar dan setiap industri pekerjaan sentiasa mencari pekerja yang lebih layak.

    Anda juga perlu tanamkan kecekalan dalam diri. Kecekalan bermakna perlu sentiasa bersedia untuk belajar daripada kekurangan dan cuba untuk menaik taraf diri menjadi versi yang lebih baik. 

    Cabaran akan kekal terus mendatang untuk memberi pengajaran dan pengalaman dalam kehidupan. Jadi, sambut dan atasi cabaran dengan pemikiran yang kuat dan terbuka.

    1. Luaskan rangkaian sosial

    Pembinaan rangkaian bermula sebaik sahaja anda mula mengenali orang. Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan rakan kolej, profesor atau mana-mana kenalan profesional yang lain. Sekiranya anda seorang introvert, cuba untuk keluar daripada zon selesa.

    Anda juga boleh menyertai komuniti dalam talian di mana orang ramai berkongsi pengalaman kerja dalam bidang kerja tertentu. Ini akan memberitahu anda tentang perkara yang diharapkan sebaik sahaja anda mula mencari pekerjaan.

    Antara platform media sosial yang sesuai untuk anda mula membina dan mencari rangkaian profesional ialah LinkedIn dan Twitter.

    1. Tahu apa yang anda mahukan

    Bagi sesetengah orang, tempoh empat tahun belajar di universiti tidak cukup untuk mengenali diri sendiri. Sekiranya rasa seperti anda tidak tahu apa yang diminati, apakah kekuatan dan kelemahan pada diri, ambil inisiatif untuk mula mengetahui lebih lanjut tentang diri sendiri.

    Tanyakan kepada diri sendiri soalan seperti “adakah saya suka bekerja dengan orang lain?” atau “adakah saya mahu bekerja di mana saya boleh bersendirian di rumah?”.

    Mengetahui perkara yang anda inginkan akan membantu mewujudkan matlamat yang dicari. Susun strategi ke arah objektif anda dan teruskan bekerja keras sehingga berjaya mencapai impian.

    1. ‘Jual’ diri

    Jual diri di sini bukan bermaksud apa-apa yang negatif. Maksud jual diri ialah cari kekuatan kemahiran atau pengetahuan yang anda ada dan kukuhkannya. Sebagai contoh, kekuatan anda ialah mempunyai suara yang sedap. 

    Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah berlatih membaca berita atau pengacaraan sekiranya anda mempunyai cita-cita ke arah itu.

    Malangnya, kebanyakan graduan baharu kini mempunyai set kemahiran yang lemah. Masih belum terlambat untuk anda ubah nilai diri sendiri. Sertai program-program yang boleh meningkatkan mana-mana kemahiran yang anda ada.

    1. Yakin dengan diri sendiri

    Untuk menjual diri kepada majikan memerlukan keyakinan yang tinggi. 

    Sebelum majikan meletakkan kepercayaan mereka kepada kemahiran diri yang anda jual, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mesti percaya dan yakin bahawa diri anda berkualiti dan calon pekerja yang paling sesuai berbanding calon lain.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keyakinan tidak boleh mengatasi sifat rendah hati. Sentiasa tunjukkan kesediaan untuk berkembang dan belajar walaupun sebenarnya anda sudah yakin dengan kemahiran diri sendiri. – RELEVAN

    featured graduan baharu kerjaya pekerjaan pertama
    Artikel Terkini

    4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    September 21, 2023

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.