Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home »  Inflasi Julai terendah sepanjang tahun

     Inflasi Julai terendah sepanjang tahun

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SUBKUMPULAN daging antara yang mencatat peningkatan harga yang lebih tinggi pada Julai. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INFLASI Malaysia mereda kepada 2.0 peratus pada Julai, merupakan pertumbuhan terendah yang dicatatkan sepanjang tahun ini.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi tersebut didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel, iaitu sebanyak 5.0 peratus serta makanan dan minuman bukan alkohol sebanyak 4.4 peratus.

    Ini diikuti kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta kesihatan dan pendidikan yang masing-masing meningkat 2.0 peratus.

    Menurut beliau, dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP), komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan lebih rendah untuk bulan kelima berturut-turut, iaitu sebanyak 3.0 peratus pada Julai.

    “Kenaikan komponen makanan di rumah adalah didorong terutamanya oleh subkumpulan daging (5.5 peratus); beras, roti dan bijirin lain (4.5 peratus); susu, keju dan telur (4.3 peratus) serta gula, jem, madu, coklat dan manisan lain (3.5 peratus).

    “Selain itu, komponen makanan di luar rumah mereda kepada 6.2 peratus berbanding 6.8 peratus yang direkodkan pada Jun 2023.

    “Antara item yang menunjukkan peningkatan lebih perlahan ialah roti canai (5.2 peratus), nasi ayam (5.1 peratus), masakan berasaskan daging (4.1 peratus) dan masakan berasaskan sayur-sayuran (4.1 peratus),” katanya dalam kenyataan pada 25 Ogos.

    Subkumpulan daging yang merangkumi daging ayam, daging lembu, daging babi, daging kambing, daging kerbau dan daging itik mencatatkan peningkatan yang lebih tertinggi berbanding bulan sebelumnya.

    Ayam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging mencatatkan kenaikan 4.3 peratus berbanding 2.6 peratus pada Jun.

    Purata harga ayam standard di Malaysia meningkat kepada RM10.51 sekilogram berbanding RM9.94 sekilogram pada Julai 2022.

    Peningkatan pada subkumpulan daging juga didorong peningkatan harga daging babi (21.3 peratus) dan itik (5.6 peratus).

    Sementara itu, inflasi kumpulan restoran dan hotel juga meningkat lebih perlahan sebanyak 5.0 peratus pada Julai, berbanding 5.4 peratus pada Jun.

    Ia disumbangkan peningkatan perlahan subkumpulan perbelanjaan di restoran dan kafe, iaitu 4.9 peratus.

    “Inflasi (kumpulan) pengangkutan pada Julai 2023 pertama kali merekodkan penurunan sejak Mac, pada kadar -0.4 peratus. Ini disumbangkan terutamanya oleh penurunan subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian (-0.8 peratus).

    “Dalam subkumpulan ini, minyak petrol tanpa plumbum RON97 mencatatkan negatif 28.8 peratus pada Julai (RM3.37 seliter).

    “Namun begitu, peningkatan bagi subkumpulan perkhidmatan pengangkutan (1.4 peratus) dan pembelian kenderaan (1.3 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi kumpulan ini dari terus mengalami penurunan,” jelas Mohd. Uzir.

    Berkenaan inflasi di peringkat negeri, sembilan negeri mencatatkan peningkatan di bawah paras nasional.

    Kata Mohd. Uzir, Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan peningkatan paling rendah, iaitu sebanyak 1.1 peratus pada Julai.

    “Enam negeri merekodkan peningkatan melebihi paras nasional, iaitu Pahang (2.6 peratus), Sarawak (2.6 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6 peratus), Perak (2.4 peratus), Selangor (2.4 peratus) dan Melaka (2.2 peratus).

    “Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol bagi semua negeri mencatatkan peningkatan. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (6.0 peratus), diikuti Selangor (5.6 peratus), Sarawak (5.5 peratus), Pahang (4.8 peratus), Perak (4.5 peratus) dan Melaka (4.4 peratus),” katanya.

    Akhir sekali, bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi Malaysia pada Julai adalah lebih rendah berbanding Zon Euro (5.3 peratus), Filipina (4.7 peratus), Singapura (4.1 peratus), Amerika Syarikat (3.2 peratus), Indonesia (3.1 peratus), Republik Korea (2.3 peratus) dan Vietnam (2.1 peratus).

    Namun, inflasi Malaysia pada Julai adalah lebih tinggi berbanding Thailand (0.4 peratus) dan China (-0.3 peratus). – RELEVAN

    Previous ArticleLuang 15 minit saja setiap hari, buat aktiviti ini untuk tubuh kalis sakit
    Next Article Rapid KL lanjut perkhidmatan rel dan bas sempena Hari Kebangsaan, lihat senarainya di sini

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.