Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Huraian kepercayaan Rukun Negara

    Huraian kepercayaan Rukun Negara

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEPERCAYAAN Rukun Negara ialah cita-cita yang ingin dicapai melalui penghayatan prinsip-prinsipnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PROFESOR Dr. Syed Hussein Alatas menyifatkan Rukun Negara seperti “peta bagi pelaut di tengah gelora”. Dokumennya ringkas tetapi peranannya penting, sebagai panduan kepada seluruh warga Malaysia dalam menjalani kehidupan bernegara.

    Rukun Negara bukan sekadar hafalan. Ia tiang seri penting yang membentuk identiti sepunya rakyat Malaysia. Menjadi tanggungjawab seluruh warganegara untuk menghayati dan memahami falsafah serta fungsinya.

    Rukun Negara bukan hanya lima prinsip yang sering kita baca di perhimpunan sekolah. Dokumen lengkapnya juga hadir dengan lima kepercayaan, iaitu cita-cita yang ingin dicapai melalui penghayatan lima prinsipnya.

    Lima prinsip Rukun Negara wajib dibaca bersama lima kepercayaannya.

    Sehubungan itu, berpandukan dokumen lengkap Rukun Negara yang dimuatkan dalam buku Rukunegara: Selayang Pandang oleh Eddin Khoo, Relevan mencatatkan semula huraian-huraian untuk semua kepercayaan Rukun Negara untuk anda di bulan kemerdekaan ini.

    • Negara Bersatu

    Kita mendukung cita-cita hendak mencipta satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dengan tidak mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing. 

    Malaysia ialah satu masyarakat terdiri daripada berbilang kaum dengan pelbagai persoalannya. Keadaan ini bertambah rumit oleh kerana adanya sesetengah golongan ekonomi yang terdiri daripada kaum-kaum tertentu yang dengan secara kebetulan pula terdapat di kawasan-kawasan tertentu. 

    Masyarakat ini dibelah bahagi oleh jarak generasi yang jelas hingga perhubungan yang berkesan antara generasi bertambah susah dilaksanakan. 

    Walaupun demikian, daripada unsur-unsur yang berlainan ini, kami bercita-cita hendak membentuk satu bangsa dan negara yang bersatu padu di mana kesetiaan dan perasaan cinta tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara selaras dengan perlembagaan adalah mengatasi segala kesetiaan terhadap mana-mana pihak yang lain.

    Kita mendukung cita-cita memelihara satu sistem pemerintahan di mana negeri-negeri anggotanya bergabung dalam bentuk kerajaan bersekutu dan dalam persekutuan ini tujuan-tujuan kebangsaan akan diusahakan selaras dengan pemeliharaan hak kerajaan negeri.

    • Masyarakat Demokratik

    Kita mendukung cita-cita hendak memelihara satu cara hidup demokratik di mana kekuasaan akhirnya terletak pada rakyat bertindak melalui Parlimen yang dilantik menurut Perlembagaan. Kita semua menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan tidak mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa keutamaan kita: parti politik atau negara?

    Dalam sistem kita ini kepentingan bangsa dan negara mesti didahulukan. Kepentingan keseluruhan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu pihak kerana, jika tidak demikian, nescaya kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

    Perlembagaan kita menjamin kebebasan asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik asalkan sahaja tidak melanggar undang-undang negara, tetapi hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi, bagi membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.

    • Masyarakat Adil

    Kami mendukung cita-cita hendak mencipta satu masyarakat yang adil di mana semua anggotanya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. 

    Sesebuah masyarakat yang adil wujud jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Untuk mencapai tujuan ini mustahaklah pihak-pihak yang lemah dan berkekurangan diberi bantuan supaya mereka dapat bertanding setaraf dengan pihak-pihak lain. 

    Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seorang terhadap yang lain ataupun penindasan satu golongan terhadap yang lain.

    • Masyarakat Liberal

    Kita mendukung cita-cita hendak memelihara wujudnya dan perkembangan satu masyarakat yang liberal di mana anggotanya bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara. 

    Bangsa dan negara Malaysia sesungguhnya mempunyai kekayaan serta perbezaan kebudayaan yang khusus dalam kedua-dua bidang tradisi dan kebiasaan. Kami bercita-cita hendak mencipta satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan bangsa dan negara Malaysia.

    • Masyarakat progresif

    Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang progresif, yang mengikuti langkah kemajuan sains dan teknologi di samping menghidupkan nilai-nilai ketuhanan. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan bersifat revolusi di bidang ilmu pengetahuan sains dan teknologi. 

    Masyarakat progresif yang kita cita-citakan itu ialah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi serta tidak terkeluar daripada batas nilai-nilai ketuhanan. – RELEVAN

    Previous ArticleApa keutamaan kita: parti politik atau negara?
    Next Article 6 makanan ini boleh jadi racun jika dipanaskan semula

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.