Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Konvensyen Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) memacu inisiatif kelestarian alam sekitar

    Konvensyen Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) memacu inisiatif kelestarian alam sekitar

    By Umi FatehahMay 21, 2023Updated:May 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KONVENSYEN Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) kali kedua anjuran pelajar tahun akhir Program Kewartawanan daripada UiTM Shah Alam. - GAMBAR IHSAN ELYSA AMIRAH

    KONVENSYEN Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) yang dianjurkan untuk kali kedua terus cakna dalam mengetengahkan isu relevan mengenai kelestarian alam sekitar sejagat kepada bakal graduan bidang kewartawanan dan media.

    Konvensyen anjuran pelajar tahun akhir Program Kewartawanan, Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu bakal mengumpulkan lebih 60 mahasiswa daripada universiti dalam dan luar negara.

    Menurut ketua projek, Daniel Isqandar Ahmad Bakri, konvensyen kali ini membariskan panel-panel yang mempunyai kepakaran hebat dalam pelaporan berita mengenai isu alam sekitar.

    “Diharap dengan pengalaman dan perkongsian ilmu daripada wartawan berpengalaman ini dapat menyediakan dan melengkapkan kami untuk menghadapi latihan di industri seterusnya meneruskan karier di bilik berita nanti.

    “Isu yang dibawa oleh NYJC kali ini juga amat bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di dalam negara dan serata dunia,” katanya.

    Daniel juga menambah bahawa penting untuk pelajar kewartawanan tahu bagaimana media boleh memainkan peranan penting dan membuat pelaporan yang tepat dan berinformasi mengenai permasalahan.

    Sebagai contoh, bagaimana media memainkan peranan dalam mengetengahkan isu kesan perubahan iklim, isu pencemaran dan menjelaskan apa itu Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) kepada orang ramai.

    “Selain daripada melaporkan apa yang terjadi terhadap alam, media massa juga berperanan untuk mengubah dan membentuk sikap pembaca ke arah bertindak secara proaktif,” jelas Daniel.

    Berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini, konvensyen tersebut akan turut membariskan panel pengamal media yang tidak kurang hebatnya iaitu Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan penulis media digital, Mohammad Athir Ismail. 

    Selain itu, wartawan penyiaran Media Prima, Juliana Sharin, wartawan NST, Aliza Shah dan wartawan yang pernah memenangi Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang MPI-Petronas, Yao-Hua Law turut hadir sebagai panel bagi menjayakan program ini.

    Mengangkat tema The Role of Media: Environmental Sustainability, NYJC kali ini cuba memberikan pendedahkan pengetahuan pelaporan mengenai alam sekitar dan agenda SDG oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada bakal wartawan muda.

    Peserta konvensyen akan didedahkan dengan pengetahuan pelaporan berita alam sekitar serta perkongsian pengalaman pada hari pertama dan diikuti dengan sesi news pitching secara berkumpulan pada hari kedua.

    Pemenang untuk sesi news pitching akan menerima wang tunai sebanyak RM500 bagi tempat pertama, RM300 bagi tempat kedua dan RM150 bagi tempat ketiga.

    Sementara itu, menurut penasihat projek, Azlinawati Ngainon, NYJC kali ini bukan hanya mendapat sokongan daripada pihak industri serta alumni tetapi turut menerima usahasama badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan dengan mewujudkan kesedaran mengenai pemeliharaan alam sekitar iaitu Malaysia Forest Fund (MFF).

    “Bersempena dengan NYJC kali ini, kami akan bekerjasama dengan rakan strategik, MFF, dengan menganjurkan pertandingan Young Environmental Journalist yang telah mendapat sambutan hampir 200 penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.

    “Penglibatan pelbagai pihak dalam program melibatkan isu alam sekitar ini memperlihatkan isu alam sekitar adalah sangat penting,” katanya.

    Azlinawati turut berharap agar wartawan muda yang hadir di konvensyen mahupun sesi kolokium kewartawanan nanti dapat mempraktikan ilmu pelaporan berita yang baik.

    Bagi melengkapkan program NYJC, siri kolokium kewartawanan akan diadakan secara dalam talian pada 9 Jun dan 17 Jun akan datang bersama Pengarah Filem Dokumentari dan wartawan, Yih Wen Chen, Ketua Korporat Kelestarian, Dr. Renard Siew dan juga Ahli Lembaga Malaysia Forest Fund, Datuk Tpr. Suki Mee. – RELEVAN

    Previous Article6 lokasi percutian menarik, orang KL dan Selangor wajib pergi 
    Next Article UPM rangkul pingat emas dan perak di ITEX 2023

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.