Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 lokasi percutian menarik, orang KL dan Selangor wajib pergi 

    6 lokasi percutian menarik, orang KL dan Selangor wajib pergi 

    By Zubaidah IbrahimMay 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    VILLA Sajuri bertemakan Maghribi terletak berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan 12 katil.

    BERCUTI adalah salah satu terapi yang sangat efektif untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas bekerja dan kini tibalah masanya anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun insan tersayang.

    Tidak perlu pergi bercuti di tempat yang jauh dengan perjalanan memenatkan, cuba terokai lokasi percutian berdekatan anda yang tidak kurang hebatnya.

    Untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, Relevan kongsikan enam lokasi percutian menarik berdekatan anda yang wajib dikunjungi.

    1.   Villa Sajuri

    Nikmati vila bertemakan Maghribi terletak berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan 12 katil. Vila ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu.

    Pelbagai kemudahan disediakan seperti gelongsor air, kolam renang, set karaoke, ruang barbeku dan projektor yang sesuai untuk anda menonton filem seisi keluarga.

    1.   Villa Chee

    Terletak di Sekinchan, Villa Chee menyajikan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi, jauh dari kesibukan bandar.

    Pengunjung boleh menyewa basikal atau motosikal dan menyelusuri kehijauan sawah padi di sekitar Sekinchan sambil mengabadikan kenangan percutian di sini dengan merakam gambar di tempat-tempat yang semestinya instagrammable serta indah.

    VILLA Chee menyajikan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi, jauh dari kesibukan bandar.
    1.   River & Glamp

    Hanya mengambil masa 20 minit dari Batu Caves, tapak glamping ini terletak bersebelahan Sungai Tua dengan pemandangan yang indah dan mendamaikan.

    Setiap khemah di River & Glamp boleh memuatkan tiga hingga empat orang dan dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi, tempat mengecas alat elektronik serta tilam yang selesa.

    Pengunjung juga boleh memilih perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) atau mengadakan barbeku bersama keluarga.

    RIVER & GLAMP menyediakan tapak glamping yang terletak bersebelahan Sungai Tua dengan pemandangan yang indah dan mendamaikan.
    1.   Hotel Mercure

    Terletak di tengah-tengah bandar Selayang, Hotel Mercure adalah tempat staycation yang sempurna. Mereka yang menginap di sini boleh menyaksikan matahari terbenam dengan suasana romantis berdekatan kolam renang di atas bumbung dan di situ turut disediakan kawasan permainan kanak-kanak.

    Anda juga boleh menikmati hidangan di Restoran Meraki dengan pelbagai juadah yang pasti memikat selera.

    Mereka yang menginap di Hotel Mercure boleh menyaksikan matahari terbenam dengan suasana romantis berdekatan kolam renang di atas bumbung dan di situ turut disediakan kawasan permainan kanak-kanak.
    1.   Avani Goldcoast Resort

    Hanya 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Avani Goldcoast Resort di Sepang diinspirasikan daripada seni bina Polinesia dan Maldives dengan lebih 392 vila atas laut yang direka dengan sangat elegan.

    Hotel atas laut yang mesra alam ini amat sesuai untuk penginapan seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh dirancang di sini seperti menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), menyewa basikal, spa dan pusat urut yang mewah serta bilik karaoke.

    AVANI Goldcoast Resort di Sepang diinspirasikan daripada seni bina Polinesia dan Maldives dengan lebih 392 vila atas laut yang direka dengan sangat elegan.
    1.   Dusun Bonda di Hulu Selangor
    DUSUN Bonda yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali adalah tempat glamping yang menyediakan semua kemudahan untuk menginap secara berkumpulan di tengah-tengah hutan tropika.

    Terletak di atas tanah seluas 2.1 ekar yang dikelilingi pokok buah-buahan tempatan dan landskap indah, Dusun Bonda menawarkan penginapan yang menenangkan dan  suasana menakjubkan

    Dusun Bonda yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali adalah tempat glamping yang menyediakan semua kemudahan untuk menginap secara berkumpulan di tengah-tengah hutan tropika.- RELEVAN

    Previous ArticleTeroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik
    Next Article Konvensyen Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) memacu inisiatif kelestarian alam sekitar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.