Facebook Twitter
    Trending
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gila kerja atau kerja keras?

    Gila kerja atau kerja keras?

    By Umi FatehahFebruary 9, 2023Updated:March 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GILA kerja atau kerja keras? - ILLUSTRASI OLEH HASSAN SHAH

    BEKERJA keras bukanlah suatu perkara yang buruk tetapi terdapat sempadan yang membezakan antara bekerja keras (hardworking) dengan gila kerja (workaholic). 

    Ramai orang keliru tentang takrifan antara orang yang bekerja keras dengan gila kerja. Merujuk kepada WebMD, workaholism bermakna anda mengutamakan kerja berbanding semua aktiviti lain, walaupun ia menjejaskan kesihatan dan keluarga serta kualiti kerja anda. 

    Ada juga yang menghabiskan masa panjang untuk bekerja tetapi masih meluangkan masa untuk orang tersayang dan menikmati aktiviti luar apabila mereka mempunyai masa lapang. Mereka ini adalah pekerja yang bekerja keras dan bukan gila kerja. 

    Terlalu ramai orang yang dilabel (atau melabelkan diri mereka sendiri) sebagai workaholic hanya kerana menghabiskan beberapa jam tambahan kerja setiap minggu. 

    Sebenarnya, dalam iklim ekonomi yang lemah ini, ramai antara kita bekerja lebih keras untuk mengekalkan taraf kehidupan dan meningkatkan pendapatan.

    Orang yang gilakan kerja sebenarnya mempunyai sedikit sahaja minat terhadap aktiviti luar selain hal ehwal kerja. 

    Mereka membiarkan kehidupan keluarga berantakan. Kebanyakan individu jenis ini sering mengalami masalah kesihatan termasuk kemurungan (depression).

    Seperti mana-mana ketagihan lain, mereka mengulangi tingkah laku yang membinasakan kesihatan walaupun sedar ia membawa kesan buruk. 

    Ramai yang ingin berhenti merosakkan diri sendiri tetapi hakikatnya ia sangat sukar atau mustahil untuk dilakukan.

    Terdapat beberapa cara untuk membezakan antara workaholic dan hardworker.

    1. Pekerja yang bekerja keras menganggap kerja sebagai satu tanggungjawab. Ada kalanya, individu jenis ini berasa gembira ketika bekerja kerana mereka melakukan sesuatu yang disukai. 

      Berbanding dengan orang gila kerja, mereka melihat kerja sebagai cara untuk menjauhkan diri daripada perasaan dan perhubungan yang tidak diingini.

    2. Pekerja yang bekerja keras akan memastikan setiap kerja tersusun agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Kebiasaannya, mereka mengamalkan keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work-life balance). 

      Orang gila kerja pula percaya bahawa kerja adalah lebih penting daripada segala-galanya dalam kehidupan, termasuk keluarga dan rakan-rakan.

    3. Orang gila kerja mendapat keseronokan apabila mereka dapat memenuhi permintaan yang mustahil daripada majikan. 

      Pekerja yang bekerja keras pula berasa kurang seronok kerana mereka mungkin terpaksa bekerja lebih masa daripada kebiasaannya sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga.

    4. Pekerja yang bekerja keras boleh dan perlu berehat beberapa ketika setelah berjam-jam bekerja tetapi tidak bagi mereka yang gila kerja. 

      Mereka hanya berfikir tentang kerja sahaja tanpa mengira apa yang mereka hadapi atau dengan siapa mereka berada. Dalam apa jua situasi sekali pun, mereka akan mendahulukan kerja.

    Jadi, bagus atau tidak hidup sebagai orang yang gila kerja?

    Seperti ketagihan-ketagihan yang lain, workaholism boleh menjejaskan kesihatan seseorang dengan ketara. Antaranya ialah tekanan berkaitan kerja yang lebih tinggi dan kadar keletihan kerja (job burnout rates), kemarahan, kemurungan, kebimbangan dan gejala psikosomatik seperti sakit perut dan sakit kepala.

    Walaupun ada simptomnya, mereka yang gila kerja mungkin menafikan tentang ketagihan mereka terhadap kerja. 

    Sama sahaja seperti seorang remaja yang menghidapi penyakit anoreksia yang melihat dirinya sebagai obes walaupun hakikatnya mereka sangat kurus dan kekurangan zat.

    Jika merasakan anda mempunyai tanda-tanda sebagai seorang yang gila kerja, terdapat pelbagai pakar kesihatan mental di luar sana yang boleh membantu. 

    Rujuk kepada pakar bagi mengatasi masalah berkaitan kerja. Seperti yang disebutkan di atas, gila kerja bukanlah sesuatu perkara yang baik untuk kesihatan dan kehidupan secara menyeluruh. – RELEVAN

    featured kerjaya

    Artikel berkaitan

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Artikel Terkini

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.