Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 petanda anda perlu tukar kerja

    5 petanda anda perlu tukar kerja

    By Umi FatehahFebruary 14, 2023Updated:February 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 petanda anda perlu tukar kerja. - GAMBAR HIASAN ANDREA PIACQUADIO

    PERNAHKAH anda mengalami situasi seperti menjelang hari Isnin sahaja anda mula berasa risau, takut dan enggan untuk pergi kerja? Atau, saban hari mula menyedari bahawa anda bernilai lebih daripada gaji yang diterima sekarang?

    Ini sudah menjadi beberapa sebab untuk mempersoalkan kerjaya kini dan mula mencari peluang pekerjaan lain. Walaupun untuk mengambil langkah menukar kerja ini kelihatan menakutkan, namun kesejahteraan anda lebih penting.

    Terdapat ramai bakal majikan di luar sana yang mementingkan kesejahteraan mental dan fizikal anda serta tidak mementingkan kerja semata-mata. 

    Oleh kerana kebanyakan masa akan diluangkan di pejabat, penting untuk memilih komuniti dan suasana kerja yang memberi aura positif. Berikut ialah beberapa sebab untuk anda mencari pekerjaan baharu.

    INFOGRAFIK OLEH HASSAN SHAH

    1. Hasil kerja tidak diiktiraf

    Sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Bonusly mendapati bahawa sebanyak 46% responden meninggalkan pekerjaan sebelum ini kerana merasakan mereka kurang dihargai.

    Kita sebagai pekerja sebenarnya sangat menghargai pengiktirafan majikan terhadap sumbangan cemerlang kita kepada syarikat. Ia juga menjadi pendorong dan insentif yang hebat untuk kita terus memberikan yang terbaik. 

    Namun, jika segala titik peluh kita tidak diiktiraf, mungkin sudah tiba masanya untuk mengemas kini resume dan mulakan pencarian kerja baharu.

    2. Tahap tekanan meningkat

    Sebuah tinjauan kesihatan mental yang dijalan oleh The Workable mendapati bahawa 40% majikan mementingkan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada kesejahteraan pekerja. 

    Jadi, jika anda berasa letih dengan masalah yang melanda kehidupan kerjaya anda sehingga menjejaskan kesihatan mental, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan. 

    Ambil inisiatif dan berbincang dengan bos anda tentang strategi untuk meringankan beban kerja. Jika hasil perbincangan itu tidak membuahkan hasil, hargai kesihatan anda dan cari kerja baharu.

    3. Terdapat beberapa kes pemberhentian kerja

    Bukan hanya satu tetapi beberapa kes pemberhentian boleh menjadi berita buruk, walaupun anda masih bekerja. Pertama, berkemungkinan syarikat sedang bergelut untuk menyelesaikan masalah dalaman, jadi mungkin anda juga akan diberhentikan tidak lama lagi.

    Kedua, dengan pengurangan tenaga kerja mendorong kepada peningkatan beban kerja untuk kakitangan yang masih bekerja. Kemungkinan besar anda akan menggalas tugas bekas rakan sekerja. Jadi, sebelum anda diberhentikan kerja dan terpaksa menyandang tugas rakan lain, lebih baik anda cari pekerjaan sandaran.

    4. Persekitaran kerja negatif

    Sekiranya anda menjadi mangsa atau saksi diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja, maka anda sedang bekerja dalam persekitaran kerja yang negatif. Satu contoh persekitaran kerja negatif yang lain adalah mempunyai bos atau rakan sekerja toksik.

    Persekitaran kerja yang negatif menyebabkan anda perlu bekerja dalam situasi di mana bos atau pengurus menunjukkan kepimpinan yang lemah dan komunikasi yang tidak efisien yang akhirnya menjejaskan prestasi kerja anda sendiri.

    4. Rasa bosan dengan kerja

    Ia mungkin kelihatan seperti masalah kecil dan hanya berlaku sementara, tetapi kesannya boleh menjadi teruk. Burnout ialah istilah yang digunakan selama bertahun-tahun, tetapi tidak ramai yang tahu tentang boreout. 

    Boreout ialah sindrom yang disebabkan oleh kekurangan kerja di tempat kerja. Mungkin ada yang berseronok ketika tidak mempunyai banyak kerja untuk dilakukan tetapi perkara ini boleh menjadi serius.

    Ada yang sehingga kemurungan, insomnia dan kelesuan akibat otak tidak aktif bekerja. Cari cabaran baharu di tempat kerja untuk mengatasi masalah ini atau teruskan ke tempat kerja baharu yang akan membuatkan otak anda lebih ligat bekerja. – RELEVAN

    featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.