Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Masa hadapan dan jangkaan gaji untuk pekerjaan dalam bidang kejuruteraan

    Masa hadapan dan jangkaan gaji untuk pekerjaan dalam bidang kejuruteraan

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BIDANG kejuruteraan akan terus berevolusi seiring dengan kemajuan dunia. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BIDANG kejuruteraan merupakan antara bidang paling penting dalam pertumbuhan ekonomi negara sejak berdekad lamanya. Termasuk ketika pandemik, bidang tersebut menyumbang kepakarannya kepada negara dan dunia bagi mempercepat usaha melawan pandemik.

    Walau bagaimanapun, bidang itu masih mengalami kekurangan pekerja berkemahiran. 

    TalentCorp dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) memasukkan kejuruteraan dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (COL), senarai pekerjaan yang diperlukan secara kritikal dalam industri di Malaysia.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Disember berkata, nisbah jurutera kepada populasi Malaysia adalah sebanyak 1:170, lebih rendah berbanding negara maju lain.

    Dalam sektor awam pula, kerajaan kekurangan kira-kira 100,000 lagi jurutera untuk menjalankan projek-projek pembangunan di seluruh negara, menurut Ketua Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah sistem nombor, siapa insan penting di sebaliknya?

    Jurutera berkemahiran

    Menurut Panduan Gaji Malaysia 2022/2023 yang diterbitkan oleh firma penyedia penyelesaian tenaga kerja, PERSOLKELLY, kemahiran yang diperlukan dalam seorang jurutera kini telah melangkaui kepakaran teknikal.

    Menurut Perikatan Kejuruteraan Antarabangsa (IEA) dan Persetujuan Washington, beberapa ciri diperlukan dalam kalangan graduan kejuruteraan, termasuk pengaplikasian pengetahuan; penyelesaian masalah rumit; penyiasatan dan analisis masalah; kerjasama berpasukan serta komunikasi.

    Kemahiran lain yang turut diperlukan ialah pengurusan projek dan kewangan; etika dan tanggungjawab terhadap isu masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundangan, budaya, alam sekitar dan kemampanan serta pembelajaran sepanjang hayat.

    Secara mudahnya, jurutera hari ini bukan sahaja perlu mahir secara teknikal, malah mampu bekerja dalam pasukan dan menjadi pemimpin masa hadapan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Antara minat dengan gaji lumayan, pekerjaan mana yang lebih berbaloi dipilih?

    Potensi pertumbuhan

    Menurut PERSOLKELLY, bidang kejuruteraan akan terus berevolusi dengan pertumbuhan dan inovasi akan menjadi pendorong utama industri tersebut.

    Katanya, selepas pandemik, kerjaya dalam kejuruteraan memerlukan lebih banyak inovasi. Terutamanya dengan pendigitalan dalam semua sektor, jurutera dalam bidang digital dan teknologi maklumat (IT) akan mempunyai permintaan yang tinggi.

    “Tambahan pula, dengan syarikat-syarikat terus menajamkan tumpuan mereka terhadap matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), permintaan untuk jurutera yang berpengalaman dalam teknologi hijau dan pintar akan meningkat,” katanya.

    Jurutera juga perlu lebih bingkas (resilient) dan tangkas (agile) dalam menerima kemunculan teknologi baharu, perubahan keperluan kemahiran dan persekitaran kerja yang berubah.

    “Oleh itu, pekerja pula meningkatkan kemahiran masing-masing dengan kemahiran yang mendapat permintaan semasa, melangkaui kelayakan akademik.

    “Majikan pula perlu terus melabur dalam pembangunan bakat bagi memastikan pekerja bersedia menerima tugas semasa ekonomi menuju pemulihan,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cadang gaji minimum RM1,800 untuk lepasan TVET

    Jangkaan gaji

    Julat jangkaan gaji pelbagai jawatan dalam bidang kejuruteraan yang disediakan PERSOLKELLY tidak merangkumi tahap baru masuk (entry level).

    Beberapa jawatan dengan pengalaman dua hingga lima tahun diletakkan pada julat terbawah manakala julat tertinggi diisi jawatan tahap pengurus dengan pengalaman 10 tahun ke atas.

    Berikut merupakan jangkaan gaji untuk pelbagai pekerjaan dalam bidang kejuruteraan untuk tahun 2022/2023 seperti yang dikumpulkan oleh PERSOLKELLY:

    Previous ArticleJangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan
    Next Article Masyarakat belum celik zakat, masih keliru dan kurang kesedaran

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.