Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Antara minat dengan gaji lumayan, pekerjaan mana yang lebih berbaloi dipilih?

    Antara minat dengan gaji lumayan, pekerjaan mana yang lebih berbaloi dipilih?

    By Umi FatehahNovember 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Antara minat dengan gaji lumayan, pekerjaan mana yang lebih berbaloi dipilih? - Gambar Hiasan Nick Morrison/Unsplash

    RAMAI yang berada dalam dilema, mahu pilih kerjaya yang sesuai dengan minat atau yang menawarkan gaji tinggi?

    Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Jika memilih kerjaya berdasarkan minat, kita gembira ketika bekerja. Produktiviti juga boleh meningkat kerana tugasan yang diterima bersesuaian dengan minat. 

    Bagi pemilihan kerjaya berdasarkan gaji, ia bermakna anda akan memilih kerjaya yang menawarkan ganjaran lumayan walaupun kurang bersesuaian dengan minat. 

    Dilema antara minat dengan gaji ini normal. Bergantung kepada situasi dan taraf kehidupan, mungkin anda perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum memilih laluan kerjaya yang dimahukan.

    Berikut, Relevan kompilasikan panduan yang dikongsi oleh Indeed bagi membantu mengurangkan kerunsingan anda.

    Mahu menikmati kerja atau sekadar kerja untuk mencari wang?

    Oleh kerana kita akan menghabiskan sekurang-kurangnya sembilan jam atau lebih untuk bekerja, faktor emosi perlu diambil kira.

    Sesetengah orang akan berasa teruja untuk melakukan tugasan yang mereka suka setiap hari. Tetapi, orang lain mungkin mengalami situasi seperti tidak bersemangat dan tidak dapat memberi komitmen yang tinggi kerana bidang kerja tidak bersesuaian dengan minat.

    Minat dalam bekerja juga berkait rapat dengan tekanan atau stres. Semua pekerjaan akan melibatkan tekanan emosi dan fizikal, tetapi perlu fikirkan juga sejauh mana anda mampu hadap dan kawal tekanan tersebut. 

    Sekiranya tidak sanggup menghadapi tekanan kerja kerana kurang minat, mungkin ini petanda untuk mencari kerja baharu yang lebih sesuai dengan diri masing-masing. 

    Sekiranya sanggup menghadapi tekanan demi ganjaran tinggi, silakan. Ingat, apa yang penting ialah kemampuan diri sendiri dan bukan pendapat orang sekeliling

    Bahagia ketika bekerja atau bahagia kerana bebas daripada kekangan kewangan?

    Tidak dinafikan isu ini sedikit sensitif bagi beberapa pihak. Ini adalah pertimbangan kritikal jika anda mempunyai tanggungan yang besar. 

    Sekiranya pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan akan membantu dan memudahkan anda melangsaikan bayaran komitmen, ini mungkin pilihan yang lebih baik. 

    Mungkin dengan laluan ini akan mendorong kepada rasa bahagia kerana anda tidak tertekan dengan bebanan kewangan.

    Namun, ada satu perkara yang melibatkan kos yang tidak ternilai iaitu kesihatan mental. Jika bekerja dalam persekitaran yang kurang diminati tidak mampu membahagiakan meskipun gaji yang ditawarkan lebih daripada tinggi, masih ada masa dan ruang untuk anda pertimbangkan semula.

    Minat yang mungkin berubah-ubah atau kestabilan kewangan?

    Bagi sesetengah orang, minat dan hobi berubah mengikut peredaran masa seiring dengan usia. Semakin meningkat dewasa, mungkin kita akan menemui minat baharu. 

    Jika anda ditawarkan pekerjaan yang selaras dengan minat semasa, ingat bahawa minat boleh berubah. Pertimbangkan berapa lama anda ingin kekal dalam pekerjaan atau bidang ini dan sama ada boleh bertukar kerjaya sekiranya anda mengubah fikiran.

    Perlu ingat, minat juga boleh dipupuk. Pemilihan kerjaya berdasarkan gaji pula, pada awalnya mungkin anda tidak berminat. Tetapi lama-kelamaan, timbul minat terhadap kerjaya tersebut. 

    Ada masa lapang untuk menikmati wang atau ada wang untuk menikmati masa lapang?

    Jika anda sedang mempertimbangkan pekerjaan yang bergaji tinggi dan bukannya pekerjaan yang diminati, perkara ini juga perlu dipertimbangkan. Memandangkan pekerjaan bergaji tinggi kebiasaannya tempoh bekerja lebih lama. 

    Apabila tempoh bekerja lebih lama, mungkin anda kekurangan masa lapang untuk menikmati hidup dan meluangkan masa bersama yang tersayang. Wang yang lumayan itu juga akhirnya akan disimpan untuk kegunaan hari tua. 

    Betul, wang itu penting untuk kehidupan yang lebih terjamin. Tetapi, adakah tujuan kita hidup  adalah untuk mencari wang semata-mata?

    Jika anda ingin memilih pekerjaan yang diminati, pertimbangkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pada masa lapang. Ramai orang yang memilih pekerjaan yang mereka suka dan bukannya pekerjaan bergaji tinggi untuk mempunyai masa lapang, atau dalam erti kata lain, keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work-life balance).

    Walau bagaimanapun, jika sebahagian besar gaji digunakan untuk keperluan dan komitmen, anda mungkin tidak mempunyai banyak wang yang boleh digunakan untuk aktiviti masa lapang. Ini mungkin akan menyebabkan anda perlu mencari wang tambahan dengan melakukan kerja sampingan. – RELEVAN

    featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.