Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja untuk wang atau wang bekerja untuk anda?

    Kerja untuk wang atau wang bekerja untuk anda?

    By Umi FatehahNovember 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerja untuk wang atau wang bekerja untuk anda? - Ilustrasi oleh Shah Hassan

    PERNAHKAH anda terdengar petikan ayat bahasa Inggeris don’t work for money, let money work for you?

    Petikan tersebut diungkapkan oleh seorang ahli perniagaan terkenal di Amerika Syarikat yang juga merupakan penulis buku kewangan terlaris di pasaran, Robert Kiyosaki.

    Buku Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki

    Buku tulisan Kiyosaki yang bertajuk Rich Dad, Poor Dad diterbitkan pada tahun 1997 dan telah terjual melebihi 44 juta salinan. Buku ini menceritakan kisah pengurusan dua orang ayah dengan pemikiran kewangan yang berbeza.

    Ayah pertama ialah ayah kandungnya (Poor Dad) dan kedua merupakan ayah kepada kawan baiknya (Rich Dad).

    Ayah kandungnya merupakan seorang doktor falsafah tetapi mempunyai pemikiran kerjaya yang agak tradisional, tidak gemarkan risiko dan kurang celik ilmu kewangan.

    Ayah kedua pula merupakan pelajar keciciran sekolah menengah yang kemudiannya berjaya membina empayar perniagaan bernilai berjuta-juta dan mampu menggaji beribu-ribu orang.

    Dalam bukunya, Kiyosaki menekankan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi tidak bekerja untuk wang. Mereka membuat wang bekerja untuk mereka. Apakah yang dimaksudkan oleh beliau?

    Di sini kita dapat mengenal pasti terdapat dua jenis pemikiran. Poor Dad bekerja siang dan malam untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Pemikiran yang pertama ini berkemungkinan paling dekat dan tidak asing dengan kita.

    Untuk mendapatkan dan mengumpul wang sama ada untuk simpanan hari tua, membeli kereta atau berkahwin, kita perlu bekerja. Bekerja sambil membina kekayaan dengan wang simpanan sahaja akan memakan masa yang agak lama.

    Bekerja sambil menyimpan wang untuk membina kekayaan mungkin memakan masa yang lama. – Gambar Hiasan CovertKit/Unsplash

    Keadaan ekonomi juga mempengaruhi jangka masa untuk mencapai sasaran simpanan wang. Sekiranya berlaku inflasi seperti yang berlaku kini, ia akan melambatkan perjalanan untuk mencapai sasaran.

    Ini kerana kita terpaksa berbelanja lebih akibat harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat.

    Ada juga yang mengeluh, kenaikan harga barang membuatkan mereka tidak mampu menyimpan dalam jumlah yang banyak kerana terpaksa mendahului komitmen yang mahal harganya.

    Pemikiran kedua pula membiarkan wang bekerja untuk anda. Ia bermaksud golongan berpendapatan tinggi ini menjana aliran tunai daripada sumber pelaburan.

    pelaburan merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan yang bagus. – Gambar Hiasan Joshua Mayo/Unsplash

    Rich Dad mempunyai pemikiran yang sedikit bertentangan dengan Poor Dad. Rich Dad berpendapat, dia akan bekerja untuk mendapat gaji bulanan sekiranya perlu. Namun, dia mempunyai pandangan yang lebih jauh untuk membina kekayaan dan mengejar kebebasan kewangan.

    Rich Dad juga tidak takut pada risiko. Dia akan mengambil risiko dengan pengiraan yang teliti untuk mencapai sasaran tahap kewangan yang diimpikan.

    Berdasarkan naratif tulisan Kiyosaki, kebanyakan daripada kita bekerja selama lebih 40 jam seminggu bagi memperoleh gaji. Dan kebanyakan daripada kita juga menggunakan pendapatan untuk membeli barangan kehendak yang kononnya akan menggembirakan diri atas dasar ganjaran diri.

    Sedar atau tidak, barangan yang dibeli sebagai ganjaran diri itu hanya memberi kegembiraan sementara. Oleh kerana masih ada sesetengah individu yang tidak celik kewangan, mereka hanya menyimpan saki baki wang setelah dibelanjakan atas barangan keperluan dan kehendak dengan cara yang konservatif.

    Jadi, jika golongan yang berpendapatan tinggi tidak bekerja untuk wang, bagaimana mereka membiarkan wang bekerja untuk mereka sehingga menjadi kaya?

    Jawapannya, dengan melakukan pelaburan dan memiliki aset.

    Untuk memulakan pelaburan, anda memerlukan sedikit wang pendahuluan dan ilmu berkaitan pelaburan yang tepat agar tidak tersalah membuat pengiraan sehingga kerugian.

    Sebenarnya, sama ada bekerja untuk wang atau biarkan wang bekerja untuk anda, tidak ada betul dan salahnya. Terpulang kepada matlamat kewangan, kesanggupan bekerja dan takrifan terhadap status kaya atau kebebasan kewangan yang anda ingin capai dalam hidup.

    Selepas jelas semuanya, baru anda boleh pilih, mahu jadi Rich Dad atau Poor Dad? – RELEVAN

    featured kaya kewangan wang
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.