Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kulat invasif serang sistem imun lemah, bawa maut

    Kulat invasif serang sistem imun lemah, bawa maut

    By November 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KIRA-KIRA 300,000 pesakit dijangkiti aspergilosis invasif di seluruh dunia setiap tahun.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KULAT boleh ditemui secara semula jadi di persekitaran kita. Jangkitan kulat invasif biasanya akan menyebabkan penyakit yang teruk dan agresif dengan kadar morbiditi dan kematian yang tinggi jika dibiarkan tanpa rawatan.

    Jangkitan kulat yang invasif ini biasanya disebabkan oleh aspergillus spp, namun ia juga boleh disebabkan oleh kulat lain yang jarang ditemui seperti mucormycetes yang menyebabkan penyakit seperti aspergilosis invasif dan mucormycosis.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda menjadi sasaran – Relevan

    Menurut Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Low Lee Lee, kulat ini menghasilkan spora yang kita temui setiap hari tanpa menyebabkan jatuh sakit, namun ia berbeza untuk mereka dengan sistem imun yang lemah.

    DR. LOW LEE LEE

    “Penyakit aspergilosis invasif ini jarang berlaku dan biasanya dijumpai dalam kalangan individu dengan sistem imun yang lemah.

    “Penyakit ini dianggarkan menjangkiti lebih 300,000 pesakit di seluruh dunia setiap tahun,” katanya ketika berucap sempena Minggu Kesedaran Penyakit Kulat Pfizer baru-baru ini.

    Tambahnya, aspergilosis invasif biasanya menjangkiti mereka yang telah menjalani pemindahan organ terutamanya pemindahan paru-paru atau dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit hematologi yang serius seperti leukemia akut.

    Selain itu, mucormycosis juga jarang berlaku dan dianggarkan kira-kira 10,000 kes di seluruh dunia.

    Jumlahnya meningkat kepada 910,000 kes setiap tahun sekiranya statistik negara India dimasukkan bersama.

    Mucormycosis semakin kerap dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis yang tidak terkawal, penghidap penyakit hematologi, pemindahan organ dan penerima terapi kortikosteroid berdos tinggi.

    Dr. Low berkata, kesedaran penyakit jangkitan kulat invasif seringkali diabaikan dan dipandang remeh berbanding penyakit berjangkit yang lain.

    “Walaupun aspergilosis invasif dan mucormycosis jarang berlaku berbanding penyakit berjangkit yang lain, jangkitan kulat invasif ini boleh mengancam nyawa dan mencatat kadar kematian yang tinggi jika tidak dirawat dengan segera. Kadar kematian boleh mencapai 100 peratus.

    “Diagnosis jangkitan kulat invasif sememangnya amat mencabar dan kelewatan didiagnosis akan melambatkan pemberian rawatan yang optimum kepada pesakit yang dijangkiti kulat invasif ini,” jelasnya yang juga ahli Malaysian Mycology Interest Group (MMIG).

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mata – Relevan

    Sejak kebelakangan ini, beberapa negara telah melaporkan jangkitan aspergilosis invasif dan mucormycosis dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menyebabkan peningkatan risiko kematian.

    Peningkatan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 ini berkemungkinan berkait rapat dengan sistem imun yang lebih lemah atau juga disebabkan oleh terapi tertentu untuk merawat wabak tersebut seperti penggunaan steroid.

    Terang beliau lagi, risiko untuk dijangkiti penyakit kulat invasif ini bergantung kepada status kesihatan seseorang inidividu.

    Bagi jangkitan mucormycosis, salah satu faktor risiko utama ialah penyakit ketoasidosis. Aspergilosis invasif pula biasanya akan menjejaskan paru-paru, namun ia juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

    “Mucormycosis biasanya dijumpai di bahagian sinus atau resdung (rongga atau ruang udara yang berhampiran saluran hidung) atau paru-paru, tetapi ia juga boleh merebak ke bahagian otak dan organ lain.

    “Gejalanya tidak spesifik dan bergantung kepada bahagian badan yang dijangkiti lantas meningkatkan cabaran mendiagnosis penyakit ini.

    “Pesakit dengan jangkitan kulat invasif di paru-paru mungkin menunjukkan gejala radang paru-paru yang tipikal seperti demam, sakit dada, batuk, batuk berdarah dan sesak nafas,” ujarnya lagi.

    Jangkitan sinus pula boleh menyebabkan rasa sakit, lemah, bengkak dan sembab di sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi, senget di sebelah muka, sakit kepala, hidung atau sinus tersumbat, tompok atau kesan hitam pada batang hidung.

    Jangkitan di otak pula boleh menyebabkan perubahan status mental pesakit atau koma peringkat akhir. Dr. Low memberitahu, penghidap jangkitan kulat invasif perlu menerima rawatan di hospital dan tempoh rawatan yang panjang akan meningkatkan kos rawatan.

    Peningkatan kos rawatan perubatan juga dikaitkan dengan keperluan diagnostik tambahan dan rawatan yang diperlukan.

    Sememangnya adalah mustahil untuk mengelakkan diri daripada pendedahan spora kulat kerana kulat yang menyebabkan aspergilosis invasif dan mucormycosis wujud dalam persekitaran kita.

    Namun, dengan kesedaran yang tinggi, risiko jangkitannya dapat dikurangkan lantas menyelamatkan banyak nyawa.- RELEVAN

    featured jangkitan kulat penyakit jarang jumpa
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.