Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari

    Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari

    By Zubaidah IbrahimAugust 24, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROTEIN terdapat dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu. - Foto oleh master1305/Freepik

    PROTEIN merupakan komponen struktur utama semua sel seperti kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan untuk badan anda menghasilkan enzim yang penting bagi fungsi tubuh iaitu bermula dari pencernaan sehingga pembiakan.

    Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad memberitahu, protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh.

    “Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun. Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza.

    “Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk menggantikan protein yang hilang setiap hari,” kongsinya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Jelas beliau, protein terdapat dalam daging, ikan, telur, ayam, itik dan produk tenusu. Semua itu merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan asid amino perlu.

    TUBUH kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk menggantikan protein yang hilang setiap hari. – Foto oleh Klaus Nielsen/Pexels

    Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikelaskan sebagai protein tidak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.

     Zubaidi menjelaskan kepentingan protein kepada tubuh badan seperti berikut:

    1. Tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak

    Tempoh pembentukan sejak lahir hingga peringkat kanak-kanak menjadi asas kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. Oleh itu, anda memerlukan sumber protein yang boleh dipercayai untuk memastikan asas kesihatan anak-anak anda kekal kukuh di sepanjang tahun-tahun tumbesaran dan perkembangan mereka.

    Dengan sumber protein yang tepat, anak-anak anda akan memperoleh khasiat penting untuk membentuk sistem imun dan otot yang kuat kerana nutrien membina dan membaiki tisu termasuk mengawal atur fungsi tubuh.

    2. Hidup lebih cergas dan bertenaga

    Untuk kecergasan, tenaga dan kesejahteraan umum yang dipertingkatkan.

    Kita semua ingin menikmati proses penuaan yang sihat. Sehubungan itu, anda perlu mengambil jumlah protein yang tepat.

    Pengambilan protein mempengaruhi kecergasan dan tumpuan kerana nutrien ini diubah menjadi sumber tenaga harian anda. 

    Protein juga meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot anda untuk memastikan anda menjalani kehidupan seharian serta melakukan perkara yang  gemari dengan penuh tenaga dan bersemangat.

    3. Kecantikan kulit

    Kunci kepada kulit yang lembut dan berseri terletak kepada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus jumlah protein tubuh.

    Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit.

    Protein juga perlu untuk pembentukan tisu baharu serta pembaikan dan penjanaan semula tisu untuk memastikan penyelenggaraan saluran darah, tulang dan gigi yang sihat. Dengan sumber protein yang tepat, anda boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan anda.

    Sementara itu, beliau turut kongsikan tanda-tanda badan tidak mencukupi protein.

    KUNCI kepada kulit yang lembut dan berseri terletak kepada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat.- Foto oleh Alvin Caal/Pexels
    • Rambut gugur dan kuku rapuh

    Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh akan memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.

    • Keletihan dan lesu

    Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya rasa tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.

    • Kulit kendur dan berkedut

    Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.

    •  Otot-otot menggeleber

    Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.

    •  Lambat pulih daripada kecederaan

    Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.

    • Sistem imunisasi lemah

    Protein ialah kunci kepada sistem imunasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.-RELEVAN

     

    cantik featured Malaysia protein
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.