Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang

    Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang

    By Umi FatehahSeptember 13, 2022Updated:September 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEHIDUPAN di universiti menjadi detik berharga buat para pelajar yang bukan sahaja memberi fokus kepada akademik, tetapi termasuklah urusan kewangan peribadi. Gambar oleh Utusan

    KEHIDUPAN di universiti menjadi detik berharga buat para pelajar yang bukan sahaja memberi fokus kepada akademik, tetapi termasuklah urusan kewangan peribadi.

    Berbeza dengan menetap di rumah bersama ibu bapa yang segala pembiayaan dan perbelanjaan akan ditanggung. Kini, pelajar mempunyai kebebasan untuk memutuskan di mana dan bagaimana untuk membelanjakan wang.

    Akan tetapi, kebebasan itu datang dengan tanggungjawab untuk membelanjakan dan menyimpan wang dengan bijak. Perlu ingat, setiap keputusan ada akibatnya sama ada baik atau buruk. 

    Artikel Berkaitan: Pelajar universiti tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. 

    Dalam artikel kali ini, Relevan akan mengupas beberapa tip pengurusan kewangan yang dicadangkan oleh Konsultan Kewangan dari INFAQ Consultancy Sdn. Bhd, Afyan Mat Rawi untuk membantu para mahasiswa merancang kewangan masing-masing.

    Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang.- Gambar oleh Relevan
    • Rancang perbelanjaan

    Mulakan dengan mengenal pasti pendapatan sama ada elaun pemberian ibu bapa atau elaun pinjaman pendidikan. Sekiranya ada di antara anda yang bekerja sambilan, kirakan sekali gaji yang diperoleh.

    Setelah mendapat jumlah kumulatif pendapatan, barulah boleh merancang pembahagian perbelanjaan untuk barangan keperluan harian, sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya.

    Letakkan semua kategori dan jumlah ke dalam buku nota, spreadsheet atau aplikasi belanjawan. Jangan lupa untuk asingkan sejumlah wang bagi kecemasan dan menabung sekiranya ada lebihan wang.

    • Mulakan simpanan 

    Bagi pelajar yang menerima bantuan pelajaran atau biasiswa, simpan wang lebihan di bank, Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB). 

    Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun Tabung Haji, segera daftarkan diri. Kos untuk membuka akaun Tabung Haji hanya serendah RM 2 dan tidak akan membebankan pelajar, malah menyenangkan untuk melakukan simpanan wang.

    • Lakukan pekerjaan sampingan yang tidak membebankan

    Sekiranya berminat untuk mencari kerja atau perniagaan sambilan, pastikan ia boleh dimulakan secara percuma atau memerlukan modal RM100 dan ke bawah. Jika lebih daripada itu, ia tak sesuai untuk mahasiswa. Antara perniagaan atau pekerjaan yang boleh dicuba ialah dropship dan pemasaran afiliasi (affiliate marketing). 

    Seeloknya, cari kerja yang mempunyai potensi untuk dikembangkan pendapatan selepas tamat belajar nanti. 

    Contohnya, berniaga secara kecil-kecilan, ia akan membina skil pemasaran dan membina rangkaian. Jika diasah sejak usia muda, skil tersebut sangat berguna apabila mula memasuki alam pekerjaan kelak. 

    • Cari cara untuk kurangkan perbelanjaan

    Untuk buku rujukan, anda tidak semestinya perlu membeli buku baharu. Cuba mencari buku terpakai dengan harga yang jauh lebih murah sama ada di dalam talian atau bertanya kepada senior. 

    Pada era pendigitalan kini, anda juga boleh membeli e-buku untuk pembacaan secara dalam talian di komputer riba atau telefon pintar masing-masing. 

    Kos makan adalah yang paling tinggi dalam kehidupan setiap hari di kampus. Sekiranya anda tinggal bersama rakan-rakan di kolej kediaman atau rumah sewa, perbelanjaan dapat dikurangkan jika berkongsi makanan beramai-ramai.

    Sebagai contoh, masak nasi sendiri di rumah dan beli lauk dalam kuantiti yang banyak untuk makan bersama-sama. 

    Satu hidangan nasi goreng kampung sekurang-kurangnya berharga RM7 hingga RM10. Tetapi jika membeli satu hidangan lauk tomyam dengan harga yang sama anda boleh berkongsi berdua ataupun makan dua kali dalam sehari.

    Afyan Mat Rawi juga berkongsi beberapa larangan sebagai peringatan kepada mahasiswa untuk menjaga kewangan masing-masing. 

    • Usah terpengaruh dengan trend untuk mengejar gaya hidup mewah seperti pakaian, telefon pintar canggih, aksesori dan sebagainya. 
    • Elakkan terjebak dengan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) di universiti. Hakikatnya, lebih ramai yang tersungkur daripada yang berjaya. 
    • Jangan buat kerja sambilan sehingga terabai pelajaran. Fokus utama adalah kepada pelajaran. Jika tidak, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. 
    • Jauhkan diri dengan tabiat berhutang. Sekali kita berhutang, ia akan menjadi amalan yang tidak bagus. 

    Golongan pelajar yang berhemah dalam perbelanjaan akan menjadi orang dewasa yang berhemah apabila bekerja dan mempunyai wang sendiri kelak. Begitulah sebaliknya. 

    Ramai pekerja mempunyai masalah kewangan yang berpunca daripada tabiat berbelanja dengan boros kerana tabiat buruk itu sudah bermula sejak zaman remaja di peringkat pelajar. 

    Oleh itu, sejak dari zaman muda anda perlu menjaga kewangan betul-betul yang bermula dengan tabiat berbelanja dan menyimpan. 

    Jika di usia muda sudah biasa boros, tidak pandai menyimpan maka, tabiat itulah yg bakal dibawa ke alam pekerjaan pada masa hadapan. – RELEVAN

    Previous Article45 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    Next Article Ikuti 5 tip ini untuk capai perkembangan kerjaya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.